Saturday, May 28, 2011

hati-hati tuang air..


Nak ditegur.. dia tengah kusyuk dengar MP3.. dari tadi telinga dengan earphones jee.. 

Nak ditegur...dia asyik jee senyum depan phone..

Nak ditegur...dia baring sambil bergayut..

''Dapat elaun semester nanti RM1250..aku nak jalan 1 perak nie..''

''ehh ada bas..outing tiap minggu lah macam nie...''

Mana aku pergi..situasi berkepit dengan phone,MP3 nie memang terlalu banyak... aku cuma nak tanya direction je..kolej tu besar, banyak kali jugak sesat.. 

Macam mane aku nak tegur kalau kebanyakkan seolah-olah memberi 'isyarat' mereka memang sedang sibuk..

Muzik? Phone? I-pad? elaun? Entah laa..bila tengok kawan2 aku nie..macam dah hilang fokus..baru 5 hari..

Aku tahuuu masa sekolah dulu, kita tak boleh bawa phone apa lagi gadget2 yang lain tapi tak bermaksud kita boleh ambil kesempatan dengan peluang yg ada..

Tipu la kalau aku cakap aku tak layan muzik..layan jee..MP3 memang ada..aku minat pun Green Day, Simple Plan, Tokio Hotel..tapi cukup lah sikit2..ada batasnya..

.kalau dari pagi sampai malam ko asyik hadap benda tu jee.. What the HAL??

Kita nampak muzik, phone tu sebagai entertainment kecil..''alarh..glerr ke study 24 jam?? aku bukan buat maksiat pun..dengar lagu je..''

Memanglah lagu je..tapi sedar atau tidak..benda2 nie lah bunga-bunga tercetusnya kepada masalah lain.. korang layan korea..sekali bila dapat tahu band korea tu nak datang M'sia..dah tak senang duduk..

Konsert tu ada khas tempat asingkan kaum muslimin dan muslimat..? Kalau ko dah terjerit, terkinja-kinja lambai sana-sini, jerit macam kena histeria, gaul laki perempuan.. ko tak rasa itu bukan maksiat ke?

Phone..macamlah tak pernah ada jee aku tengok..asal jumpa tiang, nak tangkap gambar.. asal jumpa kerusi, nak tangkap gambar, asal jumpa pasu bunga ko dah tergedik2 nak tangkap gambar.. tolong lah faham..

Aku pun hairan kalau aktiviti start pukul 8 kenapa 8.45 ko datang sambil lenggang kangkung..muka macam tak bersalah pulak tuu..

Jangan hilang fokus, FOKUS..fikir balik tujuan kita datang sini..ingat muka mak ayah..terlalu banyak harapan dari mereka..

Kita nie umpama gelas kosong berwarna putih..kosong..putih..tak ada apa-apa pun..
kalau boleh tuangkan laa dengan benda yang menenangkan, isi dengan yang dapat menghilangkan 'dahaga' yang kau cari dan tertanya..

kalau ko tuang air rock kapak, hardcore.. warna gelas turut ikut warna rock kapak, hardcore.. dari dalaman akan terpancar ke luaran..isi jiwamu sebaik-baiknya..jiwa kau jugak bukan jiwa orang lain..

nyanyi lagu bagai nak rak..puja sangat penyanyi tuu tapi hakikat, ada penyanyi tu kenal ko siapa? baru hari ke 6, yg lelaki cuma tinggal 2 saf jee..padahal lelaki bukan ada dalam 700 lebih ke..

Life after SPM dah lama lepas, yang lepas biar lepas...sekarang dah ada lembaran baru, tak lama setahun jee..setahun tu la kita nak tumpu.. 

Aku pinjam kata2 Ustaz Shah ''Ramai di antara kita mati ketika usia muda tetapi dikuburkan sesudah tua''

Sekadar teguran bersama..Wallahualam..

Jumpa lagi, nak balik kolej dah..esok start kuliah.. As Salam :)
















5 comments:

  1. wah...
    dalam sungguh kata2 ustad tu..^^

    ReplyDelete
  2. kekadang2....kita terlupa bila terlepas dari 'kurungan'...kita rasa kita bebas =D

    ReplyDelete
  3. kata-kata ustaz itu memberi kesan..

    ReplyDelete
  4. so we must practice to be perfecttt and must show our good behave :)

    practice make perfect.

    well, keep blogging!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...