Tuesday, May 3, 2011

30 seconds to Mars!

Aku budak yang memang suka sangat dengan air.. still ingat masa umur dalam lingkungan 5, 6 tahun aku masuk longkang besar sebelah rumah..sebab ape? aku nak main air.. kantoi! ayah aku nampak..seharian tu la mak aku mandikan aku dengan segala jenis khazanah berus..

aku tak serik..masa aku dah expert naik basikal, kasi basikal yang besar dari badan aku pun..aku boleh naik..jadi senyap2 aku kayuh basikal pergi sungai.. balik rumah baju dah basah2...kantoi lagi sekali..

Ayah aku dah tension tengok perangai aku..jadi dia masukkan aku kelas berenang masa darjah 3.. tak ada saat paling bahagia masa tu kecuali berenang..air! dan air!

masa darjah 5 cikgu nampak potensi dalam diri aku..jadi dia tawarkan aku jadi anak didik tajaan MKLAND, terima kasih Tan Sri Mustafa Kamal yang banyak berhabis duit untuk team aku, masuk berita harian muka kami...hari2 aku berlatih berenang.. wakil sekolah masa darjah 5 n 6 dalam kepala cuma ada swim je..siapa kisah UPSR? kisah2..aku dapat 4A 1B:P

Bila dah masuk sekolah menengah, aku sibuk..siapa jadi budak main convent ipoh hidup mereka akan jadi seperti PM.. :p tapi aku masih jadikan berenang sebagai hobi aku sehinggalah sekarang..


THE END.. dgn kisah aku..

------------------------------------------------------------------


Aku bukanlah nak bercerita tentang aku tapi tentang seseorang yang aku kenal dan seorang lagi yang mahu aku kenali..

Dia merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik.. makanan kegemarannya nasi lemak kari ayam pak ali kopitiam..jangan tanya di mana restoran tu..aku pun tak tahu..:P Dia pada mulanya tak minat lansung dengan sukan renang nie..imbau kembali masa darjah 1, dia meronta, menangis bila parents masukkan dia ke kelas renang..

Bila dah masuk darjah 5, barulah dia betul2 minat dengan sukan air.. baru nak excited macam aku..haha! awal tahun nie dia dah simpan hasrat nak masuk swimathon.. sebab tahun lepas dia ada ambil training untuk license life guard peringkat Malaysia.. jadi sepanjang cuti tahun lepas dia struggle berenang tiap-tiap hari!

Alhamdulilah dia berjaya ujian lifeguard, judge yang menilai lihat dia punya potensi untuk pergi lebih jauh.. judge cadangkan dia pergi ke peringkat International..sekali lagi, dia berjaya di peringkat International! pagi, petang, malam sekurangnya dia berlatih 2.5 km setiap kali training.. ya sememang amat aku kagumi.. itu bukan satu perkara yang senang.. kerana aku sendiri merasai training sebegitu walau bukan peringkat International aku pun dah rasa tercungap..

Reaksi keluarga agak terkejut bila dia sebut hasrat nak masuk swimathon dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut, Marang. mak ayah cakap ''boleh ke takk nie???'' ''Boleh laaa :)'' jawapan dia yakin lagi bersahaja.. ibu bapa mana tak seronok tengok anak semangat? jadi mereka turut excited.. push glerrr! untuk practice..mestilah takut anak sulung kesayangan lemas kat laut..hehe.. melihat wajah ibu bapa yang bangga dan gembira, itu paling bermakna buat dia..

Tahun nie dia bakal duduki peperiksaan SPM..jadi dia kena pandai bahagikan masa antara berenang dengan swim..katanya weekdays study..weekends training.. simple to plan..kan?

Kapas-Marang Swimathon!

Pengalaman berenang di open water yang sememangnya amat menyeronokkan..perasaan takut, memang takut..tapi barangkali dah ramai orang berenang bersama..mungkin itu memberi dia semangat untuk teruskan renangan..

Cabaran terlalu banyak..macam-macam dalam laut yang tak boleh di jangka contohnya..jellyfish! wow... kalau kena memang sakit..''BANYAK sangat sea lice.spnjg berenang tuu, dok garu2 badan je! Tak tenang lansung..and goggles aku bocor, so air asyik masuk mata..pedih..'' itu antara cabaran dia..jeng3..

Apa tips dia amalkan untuk kekalkan stamina?..ehem! JANGAN MEROKOK...! dia olah panjang lebar  tentang rokok nie kalau nak tawu....

tak yah arrr merokok



Setelah struggle dengan training, dorongan keluarga tak henti-henti, dan semangat yang kental..sahabatku nie akhirnya sampai ke garisan penamat..
Dia, Saifullah Suhairi.

no 124






''the only thing that keeps you behind is yourself..so jangan jadikan alasan untuk menghalang diri terus maju :)'' - Saifullah Suhairi.

''Harapan aku dapat bukak swimming pool yang class and islamic oriented'' 

-------------------------------------------------------------

Kisah tadi tentang sahabat aku, epul..dia yang aku kenali.. 

Manakala seseorang yang ingin aku kenali..

Tidak banyak yang aku ketahui tentang dia, tapi satu aku tahu..dia punya azam kuat..

Di lahirkan cacat sejak lahir, sikit pun tidak patahkan semangat untuk jalani kehidupan seperti orang biasa.. kita nie yang ada tangan..boleh taip entri baru tiap malam.. dia pun boleh! guna kaki jee..

Bahkan dia boleh pandu kereta! Dia lulusan bidang Psikologi Perkembangan dari Universiti Griffith, Australia..

Tengok balik..arnab dengan kura-kura berlumba..tengok fizikal kita memang takkan sangka kura-kura akan menang.. jangan pandang orang sebelah mata.. memberi kita inspirasi untuk teruskan perjuangan capai impian kita..

siapa boleh kenal kan aku dengan Zhariff Affandi?


no 302








saifullah dan zhariff.. bersama menamatkan renangan sejauh 6.5 km.



Impian kita~
30 seconds to mars?? bunyi mustahil tapi itu simbolik sebuah impian.. maka sedaya upaya capai...! 























13 comments:

  1. saya suke blog anda sbb xbanyak gadget/glitter2.. Senang nak bukak n xstuck..smooth je =)

    ReplyDelete
  2. kalau suka follow ler..ohh sy suka simple.. =)

    ReplyDelete
  3. salam..

    wah.. i like this entry...

    p/s: ajar saya berenang... kecik2 belajar mandi parit tapi tak pernah lulus.. huhu

    ReplyDelete
  4. wasalam

    tenkiu :)

    cp- no hal! jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......! :) cp duduk mana? diba budak ipoh..hehe

    ReplyDelete
  5. hye..nice entry tapi kan cik sakura tak pandai berenang..adoi..hehe

    ReplyDelete
  6. hye..haha! dont worry cik purpleberry boleh ajarkan..hehe.. XD

    ReplyDelete
  7. memang tabik la dgn semangat diorang tu. patut dijadikan idola

    ReplyDelete
  8. swimming mmg best~~!!
    dlu sy pon swimming gak..start amik class dr darjah 2..then drjah 4 join anakair swimming club(ASC)...
    1st competiton dh kne fly ke penang-PISA..mmg awsome glerrr~~
    unfortunately lps MSSS mse form1 dlu(2006) teros dh pencen dr arena renang ni.. ):

    tp hajat d'hati kini mahu kembali terjun ke arena renang sekali lg...doakan semoga sy m'dpt kesempatan tu ye..
    anyway nice entry!! <3

    ReplyDelete
  9. sasa- thanks sgt..hope bila epul baca nie..dia dapat rasa sokongan ramai.. sasa, kita follow semangat diorang tu tau.. :)

    nuraian- wauuuu ain pun sama..smart!! yup2 awesome, handsome..segala jenis some, some..kan? hehe..eh jangan la pencen lagi! jom kita kembali bersama.. :) aku doa buat kamu..<3

    ReplyDelete
  10. hahahahhahaha.. kau nii kann, buat aku tergelak snsorg dpn comp! haha, thnx nyway. xpnh2 orang buat post pasal aku. haha

    ReplyDelete
  11. hahaha! agak2 berapa minit ko gelak?? XD

    welcome..aku bukan post pasal ko sorang k..zhariff pun ada..hak3

    yela aku post laa pasal ko..sbb 6.5km bukan senang wooo..aku dua pusingan pegi balik pun dah cungap kat pool tuuu..kagum2 v^-^v

    ReplyDelete
  12. kalo x silap zharif tu dulu pernah study kt Uitm Shah Alam kan?? maybe b4 dia ke Aussie..i've met him b4..

    ReplyDelete
  13. uitm? tak tawuu la pulak..sy kenal dia dari saifullah.. bertuah dapat chance jumpa dia.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...