Macam-macam pelajar aku jumpa di Matrik, dari pelbagai latar belakang.. Pertemuan demi pertemuan ada yang buat aku geli hati, ada yang buat aku marah, ada juga yang buat aku rasa malu sangat.
Kadang-kadang aku confuse jugak, sama ada aku dekat matrik Perak atau Kelantan.. banyak yang datang dari sebelah Timur, Terengganu dan Kelantan sebenarnya, memang meriah.. boleh la sikit2 aku kecek kelate..
Ada satu hari budak yang pekat gleerrr cakap Perak bersembang dengan budak Kelantan.. aku tengok diorang nie dah macam ayam cakap dengan itik.. lawak glerr..
Anak jati Perak : Awak idak la makan lagi..lapor benor rasenye...
Budak Kelantan : Tokse, sayo make doh tadi..
Anak jati Perak : Awak cakap awak belum makan lagi..
Budak Kelantan : Tokse, sayo doh make..
Anak jati Perak : awak belum makan!!
Aku dah tak larat nak tahan gelak, ok 'awak' dalam bahasa Perak sebenarnye bermaksud saya.. itu perkataan selain 'teman' yang juga bermaksud saya.. budak Kelantan dah salah faham dia ingat anak jati perak cakap pasal dia.. adoyaiii aku pegi explain baru senyap dua2.. :P
Ada juga pertemuan yang bagi aku sangat lah marah.. aku bukan la jenis yang suka sound orang tapi.. entah la.. aku nak sound jugak!
Ustaz kat depan tengah baik bagi kuliah magrib..semua diam.. senyap~~ ..ada juga yang setuju dengan yang ustaz cakap..tunduk sampai ke lantai.. aku lebih respect mereka2 yang tido masa kuliah berbanding dengan..
Aku cuba tumpu apa ustaz sedang cakap..tiba2.. F***! F***! *F***! orang kat belakang aku sebut berkali-kali seakan rentak berzikir.. berdesing telinga aku.. ''WOI!!! tahan~ tahan diba~ maybe dia kejap lagi stop la tuu''..sempat lagi berdialog dalam hati..
sampai satu tahap tak leh tahan dah.. kot yer pun minah nie nak mengutuk balak dia yang baru mintak break.. perlu ke sumpah seranah guna F*** tu dalam masjid?? masjid yerr.
Aku pun sound kaw2...tak menengking tapi bagi minah yang layak masuk matrik rasanya memang boleh tangkap lah point berbisa yang aku kasi..nak terima atau tak..terpulang.. yang penting sendiri ingat lah masjid tu tempat apa..
tu pasal marah..
pertemuan yang sangat memalukan aku pulak..huhuhu
Masa tu baru habis ceramah, dah berjam2 duduk kaki aku sampai macam tak boleh nak rasa apa dah.. dalam kepala cuma nak balik bilik jee..
Bilik aku T.1.9.. aku jalan entah kenapa macam jauh pulak nak sampai bilik masa tuu.. dah sampai aku cucuk kunci.. Pulas! pintu tak bukak.. pusing kunci kiri kanan tak mahu jugak..
badan dah berpeluh, kaki dah lenguh, kepala dah pening.. memang bengang lah pintu tiba2 buat hal.. aku hempuk, goncang pintu tu.. dah la pakai baju kurung.. tak senonoh betul..
yang dari tadi ada sorang budak usha aku dari belakang.. aku toleh belakang.. arggghhh lantak la dia nak tengok, aku tengok depan balik.. baru aku perasan selipar luar bilik tu bukan selipar2 aku... aku tengok no bilik T.1.19... perhhhh malu dah tahap gaban.. apa lagi cepat2 mintak maaf dekat tuan punya bilik yang dari tadi berdiri belakang aku..
Masa tu aku harap aku kena marah, supaya hilang rasa bersalah aku buat pintu dia macam nak roboh..tapi dia hanya senyum... ''tak pe la..faham.. mesti penat sangat niee.. :) ''
Andai setiap pertemuan tu aku start dengan awal kalam Assalamualaikum pertemuan itu pasti lebih indah...
Mungkin budak Kelantan dan Perak tak berlanjutan bertekak kalau awal lagi aku memberi salam..
Mungkin dengan awal kalam Assalamualaikum..., minah tadi boleh terima teguran aku dengan cara baik..
Mungkin juga aku tak terus menjahanamkan pintu bilik, kalau aku terlebih dahulu bertegur sapa dengan tuan bilik..
Assalamualaikum..awal kalam yang terbaik..bukan 'Wassup'' bukan ''semekom'' bukan ''weyy..ape cer??''
Kadang kita hairan kenapa kehangatan sebuah persahabatan itu menjadi suam2 kuku.. mungkin kerana pada awal lagi kita dah salah cara menegur..
Assalamualaikum jika terlalu panjang gantikan lah dengan As Salam bukan seperti Salam.. perkongsian yang aku dapat dari blog seorang teman..klik link bawah, dan sebarkan..
moga perkongsian ini membawa manfaat.. wallahualam..
hahaha . fad pon penah silap blk smp dh msk org ramai2 .
ReplyDeletehahaha..tapi fad tak robohkan diorg punya pintu kan? :P
ReplyDeleteadik..online kat mane?? rajin mengupdate blog..hehehe..i want to call you yesterday, but xsempat..ngantuk sgt..anyways, take care..buzz me next time you online..study elok2 :)
ReplyDeleteon9 dkt rumah..balik bermlm..hari nie nak balik daa..huhu.. ok xpe, same to u..tk care :)
ReplyDeletemengingatkan saya masuk bilik orang juga..haha
ReplyDeletexpe nini masuk jee boleh tambah kenalan..hehe
ReplyDelete