Tuesday, May 10, 2011

seringkas nama.



Adibah. Cuma satu perkataan. Tiada Nur, mahupun Siti. Waktu zaman persekolahan, jika cikgu ingin masukkan nama aku ke dalam sesuatu aktiviti, pasti soalan ini ditanya ''Nama awak cuma Adibah je?''
''Adibah je cikgu :)'' Nama aku selalu teratas..jadi apa jua soalan, aku yang selalu kena jawab dulu. 

Kata ibu, cukup dengan nama ringkas untuk aku.

Pada saat mula aku punya blog ini sejujurnya aku tidak tahu apa itu Nuffnang.. dan bila rakan kata boleh buat duit guna blog lagi aku terpinga..aku masih tak terasa nak letakkan iklan, bagi ku kewujudan blog ini tidak punya tujuan sampingan mencari duit..aku cuma ingin menyampai perkongsian tentang hidupku..

Walau aku tahu dalam diam ada yang tidak suka akan blog ini. Aku mohon maaf jika blog ini tidak seperti yang kau inginkan. 

Duit itu bisa aku cari walau habuan yang tak seberapa, namun pengalaman yang aku peroleh terlalu mahal harganya.

Terima kasih atas sikap prihatin rakan-rakan blogger baru..yang cadangkan supaya aku letak lebih banyak widget.. memang pada mula aku tak mahu letak shoutbox..tapi setelah diberitahu aplikasi itu menyenangkan komunikasi, aku letakkan di situ... :)

Aku cuma blogger simple. Tidak sehebat blogger lain,mahu aku cuma bercoret apa ada di minda.. Aku yang masih terkial dengan tutorial yang diberi..terima kasih kepada rakan-rakan blogger..dengan menjadi seorang blogger membuat diri ini lebih mengenali susur alur kehidupan.

Ada blogger yang mahu rintihan mereka didengari, ada yang mengolah bakat berbahasa dengan begitu indah sekali..aku juga mendengar banyak cerita baik, dari blogger yang punya perkongsian sentuhan rohani mengingatkan alam kekal abadi.

Seringkas nama. Itu aku. Pagi itu, rakan datang ke rumah mengajak aku keluar. Aku selesa dengan sekadar mengenakan t-shirt lengan panjang, seluar jeans dan tudung..aku yang bersiap tak sampai 5 minit.. dia seperti tidak percaya ''apa gincu, maskara tak perlu pakai ke?'' aku tersenyum.

Mungkin aku begini simple juga kerana didikan ayahku..kalau masa sekolah rendah aku biarkan ayah aku tunggu 10 minit di gate sekolah, dia pasti tinggalkan aku..

kalau aku buat dia tunggu 10 minit, dia buat aku tunggu 3 jam..selepas 3 jam baru dia datang balik.. dalam sunyi berseorangan tunggu ayah, pak cik guard rajin melayan kerenah aku.

Kata ayah, aku perlu diajar menghargai waktu, agar tahu erti hormat orang lain. Sampailah sekolah menengah aku pasti tunggu ayah 20 minit, atau 15minit paling kurang sebelum waktu yang sepatutnya..jadi kalau waktu pulang 1.10 aku cakap 1.30..biar aku tunggu dia, jangan dia tunggu aku.

Mungkin ayah aku sedikit berbeza dari ayah rakan-rakan yang lain mungkin kerana kerjanya..dia seorang polis, bertugas di cawangan persenjataan dan unit pemusnah bom.. waktu kecil ku banyak aku habiskan di pejabat dia, lihat ratusan senjata..

kata ayah dalam kendalikan bom..cuma ada 1 prinsip..


''sesaat lupa, selama-lamanya takkan ingat kembali....''

Jadi jika lupa sama ada wayar biru atau merah harus dipotong, atau lupa langkah mengendalikan bom, step yang sepatutnya dibuat kemudian, didahulukan..maka pasti bom akan meletup, tiada isitilah mahu ingat di mana salah..

Simple.Aku selesa begini. Itu saja perkataan yang boleh menghuraikan tentang diri ini dan juga blog yang tidak seberapa..tanpa nuffnang..tanpa muzik..tanpa gincu mahupun maskara..Terima kasih bagi siapa yang datang berkunjung.. :)






















12 comments:

  1. weeeeeeeeeeee, macam same je

    meh try tengok blog, lagi simple

    takde bende pun

    hanya entri semata

    dan tak suke pakai maskara, gincu segala benda tue

    ReplyDelete
  2. Yeahhhh sama la kita. simple suda~

    ok sedang berjalan menuju ke blog anda.. :)

    ReplyDelete
  3. AHAKZ ! klu ko kate adiba tu simple , HAHAHA , name ak pun simple , nafisah . HEEXD ,. nenek ak kasi ..,kate dya nk samekn ngn name ibu ak , najikhah , <3

    HAHAH , n dsbbkn name ak pendek lah , byk heck nicname ak , HEEEEEEEEEEEEEE ^_^"

    ReplyDelete
  4. tapi yg querida afy tu sape pulak? huuuu~
    ibu najikhah <3

    its ok..yg penting CANTIK LA UU ^-^''

    ReplyDelete
  5. motif tabik? cehh..lu biasa2 suda sama gua..
    tak perlu tabik segala..kita kan kawan, i wanna hug aqilah!! <3

    ReplyDelete
  6. oh , ayah diba polis ? kne jage2 pasni , kang terkutuk polis kene attack ngn diba . hehe

    ReplyDelete
  7. haha..baek2 diba attack nanti.. hehe

    ReplyDelete
  8. tak ape. lagi kurang widget. lagi blog ringan. lagi orang suke. letak banyak2 pon orang tak datang buat ape. kan. hehe.

    blog ni dah cukup simple. keep it up dear. (:

    *bab bom tu sangat menakutkan. kalau salah potong. kite yg mati. takotnye.

    ReplyDelete
  9. itulah kelebihan orang yg nama mula huruf A
    apa2 dia yang kena dulu..huhu

    ReplyDelete
  10. ur blog is quite nice laah! :))
    keep it blogging sweety! have a nice day okee~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...