Sunday, May 22, 2011

Berangkat..




Baru tenang hati, bila semua dah siap packing.. kalau tak semua serba tak kena.. masih ada lagi ke yang tertinggal? Alhamdulilah semua beres, esok aku akan berangkat ke kolej matrikulasi gopeng, Perak.

Tak sabar rasanya nak melangkah kaki nak kembali sambung belajar, tebus kembali keputusan spm yang tak seberapa..

Aku sempat tinjau kawasan matrik sebelum nie..kawasan sekeliling cuma ada sawit dan getah.. selama nie 5 tahun sekolah sebelah Ipoh Parade, tapi kali nie sebelah sawit..Haha.. memang best dapat pengalaman baru macam nie..tambah2 pulak tak pernah ada pengalaman masuk asrama :P

Aku sempat rompak beberapa gambar dari blog Naz memang nampak best life kat matrik..


Dataran nie paling nampak gempak bagi aku.. lepas nie aku nak lepak library selalu.. dataran nie bakal jadi tempat aku meninggalkan jejak kasut.. ke sana ke mari... hehe..



Masjid.. mana lagi nak pegi bila time tension? karaoke? Ya, aku nak karaoke sepuas hati tapi biar Dia sahaja mendengar.. Pemandangan masjid yang cantik.tapi kata Naz banyak kucing yang dah mati dalam kolam tuuu.. dan masjid tu separuh sahaja seakan terapung dalam air..separuh lagi di darat..




Dewan.. dekat sini pelajar selalu datang main badminton n squash.. aku bakal main badminton dekat sini walau tak sehebat Chong Wei kasi smash jeee...haha

Mana pun aku pergi.. mana pun rakan2 lain pergi..aku tetap tak boleh lupakan tempat yang dah terlalu banyak mengajar aku..bukan setakat apa yang ada dalam buku teks.. tapi erti kehidupan.. persahabatan~

sekolah, umpama rumah kedua.. kekal di ingatana walau mana aku pergi lepas nie, terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku jumpa di sini..cikgu2 yang dah faham sangat perangai aku, takkan aku buang segala nasihat cikgu dan juga harapan mereka..

SMK MAIN CONVENT IPOH..2006-2010..photo by AiLing..





Pada awalnya aku excited nak taip dekat blog betapa teruja aku rasa..tapi semua dah bertukar bila aku terlintas.. aku tak lagi rasa seronok..seronok nak jumpa kawan baru~ bilik baru~ 

aku lebih merenung kepada tujuan asal kenapa aku harus berada di sini.. 

Kalau dia masih ada, mungkin aku akan bersahabat baik dengan dia, kami punya minat pada course yang sama.. 

Kalau dia masih ada, mungkin esok pada hari pendaftaran aku akan terserempak dengan dia.. itu sekadar mungkin.. dia dah kembali ke alam sana..

Mungkin aku tak kenal dia siapa..tapi aku akan cuba capai impian yang dia hajati..

Zaid Ashwal, 18 tahun...dia salah seorang mangsa tragedi tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Madrasah Al- Taqwa Hulu Langat yang bakal memasuki matrikulasi gopeng perak sekiranya beliau masih ada esok..

Al- fatihah..





Ini entri last dari aku sebelum ke matrik....bye blog.. 


6 comments:

  1. i'm suppose to be there too.
    tapi sy memilih usim. huhu,
    nice to know. :)

    ReplyDelete
  2. wehh, lawa kott sawit di sana! haha

    ReplyDelete
  3. suasana sawit dan getah memang best.serius..pengalaman selama 5 tahun bersama sawit dan setahun bersama getah telah aku lalui.haha

    ReplyDelete
  4. hansyirah- all da best dekat usim.. :)

    fuad- terima kasih :)

    epul- memang lawa umpama laut terbentang luas..haha

    fahmi- anda memang banyak pengalaman.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...