Thursday, March 31, 2011

kita makan terlalu........?

 Photo by Safrinaz Safry.


''Nak makan apa?''

''Tak tahu lahhhh...''

''eh cakap pasal makanan korang nak tahu tak kat kem I ada sekali tu I bawak sup babi tau.. sekali kawan2 melayu datang sekali makan..I dah warning..woii!! tu babi lah!''

diorang reply ''SO WHAT?? HA! HA!''

aku kusyuk mendengar cerita teman rapatku nie yang semakin petah berbahasa Melayu meski dia berbangsa cina.. lenggok tari bahasa yang keluar dari mulutnya tidak lagi ada pelat cina.. speaking pun dah kurang..
mungkin pengalaman di PLKN telah banyak mengajar dia untuk bertutur dalam bahasa melayu..

Aku tidak faham tapi cuba untuk mengerti... ternyata tanda soal ku temui.. dari kita kecil kita diasuh dan minda dipasak memang ternyata daging babi itu HARAM..  halal di makan kecuali pada waktu darurat.. aku malu. Benar-benar malu apabila rakan berbangsa Cina menceritakan ini..apa dah jadi?

Perut harus dijaga dengan baik..tahu atau tidak perut adalah organ yang paling sukar untuk diperbaiki dan besar pengaruhnya. Perut pun ada pengaruh..!

Jadi jangan ikut sedap rasa nak makan apa saja. orang yang suka makan makanan haram dirinya akan terhalang dari melakukan kebaikan..rugi kan?


Lepas nie kalau singgah mana2 kedai tuu jeling-jeling lah sijil halal..teringat lak aku selalu makan kat satu kedai tak tahu halal atau tak..huuuuu~


Bukan tu saja makan berlebihan pun bahaya.. bayangkan~




ya aku mohon seketika.. kalian bayangkan kuali..dah bayang?

Orang soleh, ulama memberi perumpaan perut itu ibarat kuali. Kuali yang terletak strategik di bawah hati, apabila kalian masak.. pasti mendidih maka keluarlah wap asap akan terkena pada hati..cuba bayang pula apabila terlalu banyak asap sebab makan terlalu banyak..dah jadi pencemaran udara kat hati tuu..kotor dan hitam..


Apabila seseorang itu kenyang dia lebih cenderung untuk lupa daratan.. yang ini memang aku kena setempek! terutama bila tiba bulan puasa makan kenyang sangat lepas tu nak pergi solat magrib terasa berat dan sendat apatah lagi terawih?.

Sebaliknya jika kita lapar, badan terasa longlai, tidak bernafsu, tidak banyak berkendak dalam melakukan kerja berlebih-lebihan. Makan berlebih-lebihan ni membuatkan badan terasa berat, mata senang je nak tutup, lesu..singgah katil sekejap memang senang tidur..itulah kerja aku dulu..makan tido..teruk! moga entri kali nie sebagai teguran bagi diri.

Bila kita dah terbiasa makan terlalu banyak..tak mustahil kita rasa terlalu sukar untuk berpuasa kerana tidak biasa berlapar.. bila nak ganti puasa kalau macam nie?







Lihat! aku minta kalian jangan berpaling..rasa tak selesa? ya memang aku mahu kalian rasa sebegitu. Mengapa hanya ingin senang sedangkan jiran menderita dan saudaranya kelaparan.

Aku akhiri entri ini dengan photo-photo nie moga teguran ini terpahat kuat dalam diri aku ini yang selama ini tidak menghargai rezeki, sering kali merungut makanan itu dan ini tidak sedap akhirnya membazir. Kini aku malu selama ini bersenang sendirian, mengapa selama ini tidak aku pedulikan nasib orang lain di luar yang lebih susah?

Mari bersama jaga diri kita dalam mengendalikan diri dalam urusan makanan.

6 comments:

  1. mmg sah org melayu tu jahil tahap gaban tentang agama....

    ReplyDelete
  2. biler la dunia nk berubah? HAH,,

    ReplyDelete
  3. munirah- mungkin pengetahuan diorang ada, tapi kesedaran yang diorang tak ada.

    ReplyDelete
  4. nafisah- tak tahu tarikh nya bila :P

    ReplyDelete
  5. geli cmpur sedih tgk pic . xnk bazir mknn gk . huhu

    ReplyDelete
  6. ya kesian kan budak afrika.. sama2 cuba habiskan makanan..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...