tak tahu sama ada korang perasan atau tidak tapi cara kita hidup sekarang tidak ubah seperti aplikasi laptop, ipad, komputer, phone dan yg sewaktu dengannya.
Kenapa aku cakap macam nie? bacalah kalau nak tahu..peace!
ASAL LEMBAB? FASTER LAH!!! SPEED JEE....
kalau korang online best-best chat IM baik punya dengan member tiba-tiba terOFFline sendiri frust kan? klik lah refresh banyak kali nak kasi internet laju.. atau pun download lagu+ photo sangatlah bengang sebab makan masa panjang nak upload semua tu..kita tahu semua nak cepat nak laju je..
maka aplikasi nie turut korang apply kat jalan raya..dialog aku dengan sorang member lelaki dalam kereta :
''woi.. bapak laju ko bawak tak yah r kejar lampu kuning tu!!'' aku bengang+ takut..
''alarh perempuan tu la dia..kalau drive slow, lambat! teragak-agak!!..tengok laki cool je..''
''apa kena mengena kejar lampu dengan perempuan? alarh perempuan bukan teragak-agak itu sebagai langkah berhati-hati lah!''
member aku nie gelak tengok aku cuak...tak perlulah nak kejar lampu kuning yang nak dekat merah tu bahaya kot korang speed glerr... ok tak pe, kalau first time lepas.. next time? malang tak berbau bro! huhu..
kalau ko baca post aku nie..aku cakap sebab aku sayang kawan aku tauuuu..huhu! bahaya kalau ko teruskan..peace!
PANJANGNYEE..SKIP!!!
andai kata kalian di tag dalam post tentang yang panjang meleret tapi penting.. rasa macam malas je nak baca.. jadi last nya SKIP beberapa part.. atau entri blog yang panjang (entri sape paling panjang? :P xdela nie contoh je) jadi korang SKIP..atau status orang kat fb..xkenal sape dia..SKIP..haha! contoh~
jadi adakala nya SKIP nie aku terpraktik kan masa buat test.. test maths terutamanya malas betul nak baca soalan solving problem panjang..confident dah ada konon kacang je soalan..tapi sebab SATUUUU perkataan dah jadi careless..perhh! aku boleh maafkan diri kalau soalan tu tak tahu nak buat.. dalam soal nie bukan tak tahu buat tapi sebab careless buat aku rasa macam useless..
kepada pembaca..serius, janganlah SKIP-menyeKIP..rugi..baca betul2.. korang nak isi borang ke..apply apa saja, ambil masa untuk teliti semua tu..lebih baik baca bismillah sebelum start apa-apa..
Apa nie? Perlu ke? ADA AKU KESAH?! DELETE!!!
*jesse mccartney-its over my fav song! er sorry2 kembali tajuk asal..DELETE...
andai banyak sangat dalam inbox fb atau phone selalunya lah mesej dgn balak atau awek masing2 lepas tu perselisihan faham..sure rasa hati nak delete segala..apa yang berkaitan semua nak letak jauh2.. kalau boleh tak nak tengok dah..ikut kreativiti masing-masing ada yang bakar...haha! tapi hakikat boleh ke padam dari tempurung kepala tu?
kita aplikasi DELETE nie dalam kehidupan seharian kita terutama pelajaran cuba kalau tajuk lagu terbaru dalam carta? sure boleh ingat lirik.. tapi bab pelajaran yang penting tak boleh pulak nak ingat macam lirik..huhu! part tak syok macam sejarah cepat2 je DELETE dari otak lepas habis je ujian..haha! kepada adik2 aku yang form 5 calon SPM 2011..
mood : nak ulang form 5 belajar betul2..boleh? huhu..ok result 23 nie.. :(
ok semoga entri kali nie boleh kita sama-sama ambil pengajaran.. jangan jadi alat elektronik yang hanya nak
1.SPEED ketika download, last sekali ada virus..-terburu-buru akhirnya makan diri sendiri.
2.SKIP..tak nak tengok, tak nak dengar- kita butakan mata, pekakkan telinga kita ketinggalan di belakang.
3.DELETE semua benda seolah-olah semua benda hilang hakikat ia masih di situ..disitu? di mana? minda lah- berhadapan lah dengan masalah tuu..
jangan cepat sangat DELETE data berguna macam maklumat penting walau tak sesedap lirik lagu..
sekian untuk malam nie..pukul 1.21 pagi..mengantuk pulak..tapi tak boleh tido.. salam.
No comments:
Post a Comment