Wednesday, March 30, 2011

aku lihat Meja, aku lihat Aku.

Malam itu aku duduk di sudut tepi, mengamati malam sunyi.  Tempat yang tadi penuh dengan umat manusia, ternyata sepi..sesekali aku terdengar muzik dari Airport Pub yang berjiran dengan Jaya Jusco, tempat aku bekerja.

''WOI!!''

''ehhhhhhh???''

''Lama tak jumpa!..baru balik keje ke diba?'' dia memandang uniformku.

Kami borak sebentar, dia bertanya tentang khabar dan cerita terbaru tentang aku.

sampai giliran dia pula..''Aku? hurmmm satu-persatu awek aku menyepi!''

sempat lagi rakan lain mencelah ''tu lah pasal ko player sangat!!'' *kami tergelak.

Aku akui memang ternyata wajah rakanku nie agak kacak dan pemain bola sepak sekolah.

Aku memberikan pandangan aku mengenai cinta pada dia.

 Dia diam. Aku diam.

''Diba.......ko lain sangat arr sekarang..banyak berubah!''

belum sempat aku jawab, aku ternampak cahaya lampu motosikal ayah aku..

''ok arr gerak dulu! bye...'' aku berlalu pergi..

sampai di rumah kata-kata kawan aku seolah-olah terngiang di telinga.. ''banyak berubah~ bah~'' *poyo lak aku nie :P tapi aku lebih selesa berbahasa baku ^-^v

meja sewaktu aku di kelas 5 lily- 2010.




balik rumah aku pandang meja study aku nie sambil berfikir..dan fikir lagi.


Bila aku tengok meja aku nampak kesan conteng pen, pensel.. calar.. dah lama meja nie berkhidmat sejak dari aku darjah 3 lagi.. meja dalam kelas tu pulak sebelum aku guna pasti ramai student pernah guna meja tu.. 

dari hari ke hari meja itu pada mulanya baru..lama kelamaan berubah..dengan segala kesan yang aku buat.. ya akui aku conteng gak meja dalam kelas! :P tapi aku padam balik laa..haha! ish3 apa punya pengawas lah~

Jika difikirkan meja itu adalah benda. Jika meja adalah benda maka meja adalah sesuatu yang bukan hidup, tidak punya perasaan! itu sudah pasti..tapi walaupun tidak hidup, meja itu turut berubah.

Apatah lagi aku, aku manusia..aku manusia yang hidup..pasti aku berubah dan aku percaya pembaca blog aku nie pun adakalanya berubah..

cuma perubahan aku ini lebih kepada penghijrahan aku.

Aku bukan budak baik dulu.Aku tidak ketinggalan sedikit pun menikmati apa yang remaja sekarang buat, aku  pernah berada dalam suasana seronok, lalai..lupa..seterusnya gila!

Sampai satu tahap aku benar-benar rasa kosong..kosong..segala macam hiburan aku rasa jemu.. 
untuk hilangkan rasa kosong aku ikut saja melepak bersama geng.. tapi di celahan gelak tawa rakan aku masih berasa kosong..tubuh aku di situ tapi aku seperti tidak punya perasaan.. totally zero! berkepul asap rokok sesekali menyebabkan aku batuk..aku masih ingat saat itu.

Aku mula mencari yang selama ini aku rasa hilang..

''Sekarang aku cukup sifat, cacat tak de..aku dapat makan-minum. Masih muda kuat mampu untuk bekerja.. kalau betul aku nak bertaubat masa tua..sempat ke? kalau betul sempat.. masa aku dah tua aku mampu ke nak solat sunat semua silap2 bila tua terlentang atas katil je..semua nikmat kesenangan bila masa boleh ditarik ''

Hati aku terlalu kuat untuk fikir semua nie, bererti aku sedar bahawa perkara nie memang sesuatu yang logik! masuk akal! Sepintas lalu aku memahami apa yang sebenar yang kosong dalam diri.

Perasaan takut telah mewujudkan rasa insaf..membuat aku rasa terikat akan perintah-Nya. Tidak lagi punya alasan untuk aku berpaling tidak punya waktu untuk berkhayal mengejar dunia.

Bukti terlalu jelas dan memang selama ini sudah ada di depan mata aku..

aku terfikir akan kewujudan aku.. subhanaallah! hanya dengan percantuman sperm dan  ovum
Allah S.W.T cipta aku.
kalau dulu aku tengok awan..hurmm cantiknya awan.
sekarang aku tahu Allah S.W.T itu mencipta awan tanpa ada tongkat
tapi mampu terapung.

Menyedari diri ini terlalu banyak melakukan dosa terdapat pelbagai persoalan..
''Layak aku beribadat sedangkan aku masih melakukan dosa?''
''diriku terlalu penuh dengan penderhakaan''

Iman aku mudah goyah punya naik turunnya tidak ubah bahkan serupa seperti yoyo.. Memang sukar.. terlalu banyak yang perlu aku pelajari.

Kadang-kala memang terasa berat untuk solat subuh jenuh mak goncang baru aku bangun.. sehingga aku cakap pada diri :

''Diba bangun! ko kena bayar sewa.. sewa tangan, kaki, mata! Ingat Allah kasi free ke? Solat nie la ko nak bayar!'' 

''Kalau aku puasa direct 5 hari pun agak-agak mampu tak bayar nikmat sebelah mata?''

Ketika aku taip entri nie..aku tertanya patut ke ? perlu ke? aku kongsi di blog mengenai ini soal amal ibadat ku? Bukankah ini lebih baik aku menjadi urusan antara aku dengan-Nya sahaja..Namun aku benar-benar berharap dengan perkongsian tidak seberapa dapat membuka hati pembaca jika anda masih ragu mengenai taubat.. ajal takkan datang cepat 1 saat dan tidak akan lewat 1 saat.. dia datang ngam2 pada waktu yang telah ditetapkan tapi sayang kita tak tahu bila.. kalau tak, boleh lah bajet masa antara enjoy dan taubat..kan? Allah Maha Bijaksana.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan untuk aku kawal peringkat ini  meminta dan pertolongan Allah supaya tidak tersasar lagi.. jauhkan aku dengan rasa riak kerana riak boleh menyebabkan ibadat tidak terima..sia-sia tunggang tonggek tapi last tidak di kira.. jadi simpan saja ucapan kamu jika ada yang ingin memuji..aku takut pada riak! tapi andai ada yang ingin membetulkan salah silap diri ini dengan memberi komen atau pandangan..aku alu-alukan sangat! :)

''Penerimaan taubat akan terus berlaku selama pintunya masih terbuka, dan gerbang tersebut baru dikunci ketika matahari terbit dari tempat terbenamnya, iaitu barat yang merupakan salah satu tanda besar datangnya hari kiamat''-kitab Nuzhatul Muttaqin.






6 comments:

  1. alhamdulillah...
    thanx 4 de entry!! heeeeee :D luv it

    ReplyDelete
  2. well, i saw someone's name kat tulisan khat tu :)

    go diba~ sentiasa berubah ke arah kehidupan. life is about learning, so don't stop learning. don't stop seeking for His guidance. May Allah bless you always :)

    ReplyDelete
  3. nafisah- alhamdulilah terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. thoba-nama itu masih tidak dapat aku padam..huhu
    terima kasih thoba :')

    ReplyDelete
  5. perkongsian bermakna. subhanallah. semoga terus kuat :)

    ReplyDelete
  6. akak- doakan adik mu terus kuat dan tidak tergoda dunia. =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...