Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



Hari ni aku cuti. Lega rasanya dapat rehat sikit hari nie.. duduk dekat rumah hayati suasana bilik aku, hari-hari aku kat dalam kamar nie dan segala rasa aku coretkan di sini.. bila sibuk kerja aku cuma masuk bilik untuk siap ke kerja..dan selesai kerja masuk untuk tidur.. jadi susun atur agak berselerak..kemas la sikit hari nie..

selesai kemas.. aku rasa nak tengok wayang...roger kawan phone tak di angkat.. tak pelah why not aku pergi tengok seorang? selalu setiap kali keluar wayang sure berderet! sederet kerusi dari hujung kanan sampai hujung kiri geng aku sapu..hak3! ramai2 sekali gerak..

nak panjang lagi ? :P


aku pergi jalan seorang diri dalam jj kinta city nie..ramai orang macam selalulah..berjalan sambil makan icecream tengok gelagat manusia..macam-macam ada.. :)

niat di hati hari ni aku teringin sangat nak tengok I am number four atau The Mechanic tapi masa pula tak sesuai..lewat sangat. Aku sebenarnya jujur bukanlah peminat wayang melayu kerana bagi aku cerita melayu tidak habis-habis dengan cerita hantu.. minda kita di pasak dengan cerita-cerita macam nie.. unsur khurafat! bila nak maju? aku masih tak faham kenapa ramai suka cerita hantu kak limah? O.o modal yang digunakan hanyalah lawak cakap perak cerita tak ada kualiti. *maaf pada peminat kak limah..

aku tak ada pilihan kecuali tengok cerita Merong nie.. puas dah 1 JJ nie aku dah tawaf.. nak duduk dalam wayang.. ternyata Merong berjaya menarik perhatian aku.. 4 bintang aku kasi untuk cerita nie!

Jalan cerita yang berunsur sejarah seorang pahlawan.. bahasa yang di gunakan bahasa Melayu 60% dan bahasa inggeris 40% apa yang aku suka tentang cerita nie?

aku nampak perubahan dalam filem melayu.. props yang digunakan adalah berkualiti kalau dulu aku tengok cerita melayu yang belayar kapal sudah pasti statik, guna kapal yang tak bergerak di Melaka tu.. :P

jalan cerita yang jelas punya satu tujuan.. tidak meleret-leret seperti selalunya kadang2 tak ada mengena pun masuk juga..tapi tidak untuk cerita Merong nie..

dan pasti aku suka adegan cinta putera Rome dan puteri Cina.. cinta yang berharap kepada kebebasan..
macam Merong cakap.. 

''how do I know when I really love someone?''

''I would DO ANYTHING''

''GIVE EVERYTHING''


banyak sebenarnya kenapa aku suka..tapi cakap karang rugi je syarikat KRU :P baik korang tengok sendiri.. promote Merong jap..hehe!

mood : teringin pula tengok Lu Langsi Lu Mati! lepas tengok trailer tadi..haha!




2 comments:

  1. the best malay movie so far...
    tringin nak tgok
    skali lagi... ^^

    ReplyDelete
  2. haha! yeahh betul tu..cerita melayu terbaik 2011 :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...