Saturday, June 2, 2012

cantik soalan adik.


“Bagaimana mengawal rasa cinta kepada sesseorang?”

Assalamualaikum.. cukup cantik soalan adik. Crush? Suka? Sayang? Cinta? Terlebih dahulu ingin akak katakan perasaan cinta sesuatu yang tidak boleh dipadam. Itu fitrah kita sebagai seorang manusia. Cinta ini tidak mengenal siapa ianya wujud dalam diri seorang guru, chef mahupun pemimpin. 

Sedangkan Adam terlebih dahulu di beri nikmat syurga turut berasa sunyi tanpa teman apatah lagi kita sebagai manusia biasa.
Hidup takkan terhenti begitu saja kan? Kita masih perlu meneruskan hari-hari seterusnya,kan? Sila check kaki adik..sudah berpijak di atas bumi yang nyata ke belum?? Jadi untuk terus melangkah ke puncak bukannya senang, cinta ini merupakan ujian buat adik. Cinta ini jika adik pandukan ke arah kebaikkan inshaallah adik tidak hilang fokus dalam pelajaran.

“Diba kau bercinta tak?”

“Ya aku bercinta”

“Laaa..kata couple itu haram..apa cerita nie?”

“Siapa kata sekarang aku couple?”

Ya adik, kakak pun sedang bercinta tapi orang yang kakak sukakan tak tahu pun kakak suka dia. Kakak tak pernah ucap I love you, i miss you atau apa2 sewaktu dengannya pada “balak” kakak tu. Pelik ke? Sabar.. harap adik habiskan membaca walau panjang..

Duhai adik, apa itu cinta? Maaf kakak tak jumpa kamus dewan ketika menaip nie.. Jadi biar kakak beritahu, cinta yang sebenar ialah mahu melihat orang dicintai masuk ke syurga. Nahhh itu dia cinta. Bercintalah seperti orang BELUM KAHWIN bercinta. Jangan lagak seperti sudah kahwin ke sana sini berdua, bergambar rapat2 segala seperti sudah halal buat kamu. Takkan la bercinta itu "awak lautan api neraka bersama kita renangi" sudah pasti tidak.

Jadi ini caranya bercinta..juga cara kakak bercinta..HEHE gelak gatal..

KURANGKAN.
Apabila SMS kakak sekadar mesej apa yang perlu sahaja, selepas  terima mesej cepat2 delete khuatiri kakak akan terbaca lagi, sehingga timbul rasa berbunga dalam hati.. Jadi, jika adik dah selalu sangat mesej,chat, call bersama “teman special” adik kurangkanlah cukup sekadar apa yang perlu. Adik boleh tahu sendiri apa yang perlu, apa yang penting dan apa yang tidak. Jangan menipu, terutama diri sendiri. Bagaimana adik cuba nafikan, Allah nampak apa yang ada dalam hati adik.

CINTA TERUNGGUL




 Meski waktu ini ! saat ini ! detik ini ! dramatiknya ayat..haha.  Adik rasakan dialah!! Orangnya! Orang yang di cari ! orang yang di tunggu! Ingatlah orang itu sebenarnya orang. Orang itu manusia..He’eleh sama je la kan? Jadi lumrah manusia sering berubah hati, mungkin sekarang dia dah berjanji segala bagai dekat adik.. tak mungkin satu saat dia bakal tinggalkan adik dan time tu why baby why?? Wateva baby,I love the way you lie gempak perhhh! Awesome..?

Ingatlah adik, cinta paling istimewa adalah cinta Allah. Kerana apa? Cinta Allah ini kekal dan sudah pasti terbalas.  Jadi dari adik menagih atau sebelum jadi penagih cinta lebih baik adik meminta kepada pemilik segala cinta. Kerana segala cabang cinta bermula pada Allah, dialah berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Jadi jika benar adik benar sukakan dia, memohon lah pada Allah.

Ini doa yang selalu aku doakan dalam solat
“Ya Allah sungguh aku cinta si polan bin si polan.. jika dia benar jodoh ku dekatkan lah hati aku dengan hati dia dan sekiranya tidak damaikan lah hatiku dengan ketentuan-Mu kurniakanlah dia seorang wanita solehah yang dapat membahagiakan dia dunia dan akhirat” Akak dah share doa akak, tinggal adik ubah nama je.. 

MAHU TERBAIK

Siapa tak mahu isteri solehah? Siapa tak mahu suami baik? Akak percaya adik mahu yang terbaik dalam hidup adik. Itu dah jelas, sejak adik tanya soalan ini itu menunjukkan adik seorang yang mahukan terbaik dalam hidup, kan? Tapi tahu sahaja tak cukup adik, adik kena amalkan. Tambahkan amalan adik, kalau dulu adik selalu sangat berangan pasal “teman special” adik tapi apa kata sekarang kalau adik teringatkan dia, lekas2 adik istifar atau berzikir.. lebih baik, jika adik doakan dia. Ingat 

"jangan mimpikan suami sehebat Rasulullah S.A.W jika diri tidak seanggun Saiditina Khadijah"

Jika kita mahukan terbaik, diri sendiri terlebih dahulu perlu baik. Cari ilmu, faham, amalkan. Inshaallah adik akan temui ketenangan. Ingat! Allah sentiasa bersama orang yang berusaha mencari keredhaan-Nya.

CINTA DIRI SENDIRI

Adik pakai smart2 dah rupa K-POP jambu semacam kenapa nie? Tu dia adik belit tudung macam nak tercekik kakak tengok.. sayang diri tak semestinya imej je adik. Dalaman kena cantik, dari dalam ke luar. Sayang lah kalau dah cantik, dalam kosong.. tak cukup stylo lah.. bagi yang perempuan jadi lah ‘Beauty with brain’ yg laki jadi la ‘hot with brain’ kan awesome? Nie pakai smart dah, bila tanya apa pun tak tau..pathetic.

 Banyak cabang ilmu dalam dunia adik pilihlah ikut kemampuan dan minat.
Cinta diri, jadi bawalah diri adik jadi seorang yang berjaya. Cinta diri bukan sekadar nampak di luar. Cinta diri bukan bererti sombong. Ingatlah orang sombong tak kena pun akhirnya sesat sorang, Alice in wonderland pun keluar balik nie semua gara tengok tv3 semalam.. tapi orang sombong asyik dok wondering je lah..  Nak jadi happy tak semestinya perlu ada boyfren or gegepren kan? Sapa dok couple nampak sangat diorang tak independent.. bergantung segala kat kekasih. Sibuk dok kata sanggup berkorban, aku hantar kat Palestin baru tau..getar lutut!

BELUM SAMPAI

Alolo.. comelnya adik masih belajar dah bercinta. Kakak pun belajar, jadi kakak lagi comel..haha. Kakak selalu katakan pada diri “Berkawan biar beribu, bercinta biar satu tapi terbaik baik belajar dulu” agak2 la kan..cuba test “orang special” adik.. “jom kahwin,sekarang? You nak?” tambah la ayat sweet ikut kreativiti adik.. tak ada maknanye!! Duit belanja poket ayah tanggung, paling cikai lah topup kadang2 share ! BOOOO…malulah woi..

Jadi, belum sampai masanya adik nak bawa cinta monyet ke alam perkahwinan. Serius akak cakap kahwin penuh tanggungjawab, bukan sekadar tangkap gambar laga2 pipi, peluk pinggang.. naik moto sama2 tauu..lebih dari itu! Tak caye tanya mak adik..kakak suka sembang dengan mak, dia kata kakak nie lah anak paling susah nak jaga..HAAAA! kakak yg awesome nie pun dia kata susah.. apatah lagi tanggunjawab yg lain..agama penting, bila ada agama kita pandang benda jauh, pandang dengan pendapat Allah.

Konklusinya, cinta dan couple itu tak sama. Couple itu lah sebenar yang mengotorkan istilah cinta. Cinta adalah apabila dua orang saling berkorban dan menyokong mencari keredhaan-Nya.

Membantu ke? Adik kasi feedback kat ibox fb mcm biase la yer.. ^^

Satu soalan kakak nak tanya pada orang bercouple, couple atas dasar apa? Main-main? Kakak just tak faham.Main-main tapi bila clash asal muka serius and ketat semacam. LOL!

Kalau sanggup berkorban kerana manusia, 
kenapa tidak sanggup berkorban kerana Allah.? 
Pasti ganjarannya lebih lumayan.


P/S : aku rasa seperti doktor cinta xD







2 comments:

  1. singgah sini.. nice this entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah je? follow tak? haha..main2 je kak aisyah..thanks lama x lawat blog akak, kartun doodle best2 :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...