Sedang aku asyik online, mama yang baru pulang dari pejabat
menghulurkan beberapa helaian kertas kepada aku.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat
seorang pemuda duduk berdua-duaan sengan seorang wanita. Di sisi mereka
terletak sebotol arak. Lalu Hassan
al-Basri berbisik, alangkah baiknya kalau dia seperti aku.
Tiba-tiba Hassan al-Basri melihat sebuah perahu di tepi
sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera
terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh
penumpang itu berjaya diselamatkannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan
yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari
kamu suka memakan daging saudaranyanya setelah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah
larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima
taubat lagi Maha Mengasihani”(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Kemudian dia berpaling kearah Hassan al-Basri dan berkata :
“Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah,
selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk
menyelamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk
menyelamatkan seorang saja sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang”
Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang
seorang lagi itu. Maka lelaki itu berkata padanya “Tuan, sebenarnya wanita yang
duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air
biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan”
Hassan al-Basri terpegun lalu berkata “Kalau begitu,
sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya
tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam
kebanggaan dan kesombongan. Orang itu menjawab : Mudah-mudahan Allah
memperkenankan permohonan tuan.”
Sejak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia
menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
Mencari kesalahan orang lain hadir apabila wujudnya sangkaan buruk dalam hati
sehingga terbukalah kesalahan, keaiban atau kelemahan seseorang yang
menyebabkan si pelaku itu berasa puas.
Ia adalah penyakit hati yang akan menyerang sesiapa saja.
Hanya keimanan dan ketakwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan
mencari kesalahan orang.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan orang yang mengganggu
serta menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan
atau perbuatan tidak tepat dengan sesuatu kesalahan dilakukannya maka
sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat
dosa yang amat nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58)
Hubungan baik antara satu dengan lain khususnya antara
sesama Muslim harus dijalin dengan sebaik-baiknya kerana Allah S.W.T telah
menggariskan bahawa setiap Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara
kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
(Surah al-Hujurat, ayat 10)
Hidup kita tidak lekang daripada
disangka buruk dan bersangka buruk. Kunci menanganinya adalah beristighfar dan
taubat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan
(dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat.”(Hadis
riwayat at-Tarmizi)
Jadi ini helaian mengenai ‘Hindari Bersangka Buruk, Mencari
Kelemahan Orang’ helaian nie mama dapat dari pejabat yang di sediakan Unit
Dakwah & Penerbitan, IPK Perak. Subhanaallah, semoga usaha mereka yang
mengedarkan helaian ini sentiasa berada di bawah naungan Allah S.W.T. Besar
pahalanya.
Dalam erti kata lain, aku rasakan Hassan al-Basri sangat
beruntung orangnya kerana cara dia menerima teguran yang benar-benar membuka
mata hatinya. Sekiranya aku di tempat dia, adakah aku bakal menerima teguran
serupa? Atau hanyut dalam kesombongan diri. Nauzubillah. Moga setiap langkah
kita ini di bimbing tidak mempunyai buruk sangka. Mari bersangka baik!
Wallahu a’lam.
perasangka buruk adalah penyakit...
ReplyDeletejiwa muda mcm kita ni mudah berprasangka buruk
ReplyDeleteserius!
jd, mulai hari ni kena cuba elak.;l