Sunday, June 17, 2012

To_day not To_die


Bila mana terasa ujian itu benar sukar, aku seperti mahu masa itu di putar kembali ke masa lalu..masa lalu yang punya kenangan manis, tidak kira zaman kanak2, sekolah mahupun kolej. Zaman kanak2 yang tiada perlu dirisaukan, zaman sekolah ketawa riang bersama rakan, zaman kolej yang mengajar hidup jauh dari keluarga..sedangkan ketika itu aku selalu berkata pada diri “Bila la nak jadi dewasa?” “Bila lah nak habis sekolah nie??” “bila lah kolej nak habis nie?” Bila sampai satu saat setelah aku telah tamatkan semua itu, aku masih mahu kembali ke zaman lampau. Aku manusia yang tidak pernah berasa cukup.

Terlalu memikirkan ujian sekarang, membuatkan mahu patah balik ke belakang. Memikirkan masa hadapan, apa persediaan yang telah aku lakukan hari nie? Adakah hari nie aku telah memanfaatkan sebaik mungkin yang dapat membantu aku di masa hadapan?

Terlalu banyak angan2 ianya secara perlahan membunuh aku. Terlalu banyak benda yang di fikirkan membuatkan aku hilang fokus untuk hari nie. Akhirnya hari-hari terus berlalu tanpa ada apa pengisian. Letih.

Aku mahu lari sejauh mungkin, mencari persekitaran baru. Semangat baru. Tapi hakikatnya aku tak mahu meninggalkan apa yang aku miliki sekarang..sahabat, keluarga. Meski aku tahu Allah itu sentiasa bersama orang yang mencari keredhaan-Nya tapi bukankah telah di sebutkan sendiri. “Hablumminallah wa Hablumminannas” Sudah cukup baikkah hubungan sesama manusia? Tidak. Jadi apatah lagi Allah.


Apa punca aku merasakan seperti aku sendiri tak pasti…sunyi? Cuti yang terlalu panjang? Aku pernah terlintas untuk bekerja pada cuti nie, tapi parents kata aku lebih sesuai di rumah. Maka, aku turutkan saja. Betapa jemu sendirian di rumah.

Sesekali junior lepasan SPM datang study di rumah.. ketika SPM, aku mengajar mereka Matematik. Sekarang sambung ke form 6.. meminta aku mengajar Sejarah, Pengajian Perniagaan. Alhamdulilah, kekosongan terasa di isi walau tak sehebat mana aku mengajar tapi basic perdagangan dari tingkatan satu hingga tiga banyak membantu aku. Faktor lain  mungkin itu subjek jenis baca, tak terasa tough nya seperti physic or chemistry.

Walau apa yg aku cuba sumbangkan pada junior tidaklah sebesar mana tapi aku harap jika aku bantu penuh kesungguhan, aku turut merasakan semangatnya. Mengajar aku erti menghargai masa lebih baik.. habiskan masa bersama buku sejarah tingkatan 6..not bad. Atleast I do something, something is better than nothing.

Apa yang boleh aku katakan aku takkan pernah dapat memenuhi segala ruang kosong dalam diri aku. Kekosongan itu sentiasa ada, selama mana aku perlu terus mencuba, aku tetap akan terus mencuba, takkan pernah jemu, takkan putus asa. Mencari pengisian itu PERLU. Manusia biasa, yang tidak punya kekebalan menahan apa jua ujian di hadapan, maka sentiasa perlu bersiap sedia dari segi fizikal, mental dan rohani.

Apa yang aku dapat dgn segala ini, adalah FOKUS PADA HARI INI. Memikirkan benda yang lalu, aku takkan pernah berjaya putar kembali waktu. Risau memikirkan masa hadapan, itu terlalu misteri, aku tak tahu apa akan berlaku nanti. Mungkin aku tak sempat pun, menempuh hari esok. Siapa tahu?

Buat pembaca di kasihi, life goes on. 

Benda lepas yang menyakitkan, menjadikan kita untuk tabah pada hari nie. 

Benda lepas yang menggembirakan mengajar kita untuk memandang kesedihan pada hari ini juga tidak berkekalan. 

After a storm, comes a calm. Every problem eventually comes to an end. So, cheer up ! :) 

Tenang. Hadapi dengan keyakinan dan juga kekuatan. Sesungguhnya kekuatan itu datang dari Allah. Percaya pada Allah, percaya pada kebolehan diri. Allah yang memegang hati seluruh manusia. Mohon pada-Nya agar hati kita terus kuat untuk menempuh segala cabaran.

Pagi Isnin, hari ramai mulakan kerja. Apa yang mahu anda kerjakan hari nie? Moga bermanfaat.Assalamualaikum.






5 comments:

  1. Mst awak tak kawen lagi kan? Klu dah kawen, mgkn tak terjangkau kenangan dulu tu sbb too bz to think about past time! Hahahahaha!

    ReplyDelete
  2. *terbatuk sy baca komen awak*ehemmmmmm... okay, itu betul..sy memang tak kawen lagi. Baru nak sambung belajar sembilan nie.. pok amai-amai mcm dah ada pengalaman je..haha.. kawin dah yer?

    ReplyDelete
  3. singgah ke mari....

    salam perkenalan...

    ReplyDelete
  4. terima kasih singgah..

    salam perkenalan juga :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...