Sesekali bila berhadapan dengan kertas. Kertas soalan
objektif . Kita mungkin akan berhadapan dengan situasi tak tahu nak pilih
jawapan yang mana. Jawapan A ada logiknya. Jawapan B pun boleh di terima. C dan
D confirm salah. Jadi, termenung dekat soalan.. sesekali suara cikgu seperti
berbisik di telinga “awak kalau tak tahu, tinggal je dulu..buat yang lain,
jangan buang masa”.
Aku pasti bagi yang bergelar pelajar pernah merasai
pengalaman nie, termasuk lah aku. Tapi kali nie, aku bukan nak berkongsi tips
menjawab soalan..hehe. Aku nak berkongsi bagaimana kehidupan adakalanya seperti
kertas soalan objektif.
Kita tersepit antara dua jawapan kerana kita keliru mana
jawapan yang terbaik? Begitu juga hidup, adakalanya terpaksa berhadapan dengan
situasi di antara menjaga hati sesama manusia. Nak di beritahu, risau menyakitkan
hati. Nak di nasihat, takut di salah tafsir jadi perkara lain. Lebih teruk kita
terpaksa jadi orang tengah bagi dua belah pihak.
Apa yang boleh aku katakan kejujuran sangat penting. Meski
pun pahit, jujur itu perlu. Menjaga hati pihak lain atau semua pihak itu
perkara yang susah, kerana kita manusia. Jalan terbaik adalah dengan jujur,
jika tak mampu lebih baik memilih untuk berdiam diri.
Seperti kata cikgu “awak kalau tak tahu, tinggal je
dulu..buat yang lain, jangan buang masa”. Adakalanya bila terlalu memikirkan
perasaan orang lain, kita lupa tentang diri sendiri. Keperluan diri dan
tanggungjawab terhadap diri.
Soalan dari rakan aku, “apa tujuan kita hidup? Sebab hidup
nie terlalu sukar” tipu lah kalau aku tak pernah mengalami apa itu kesukaran.
Cuma kalau kesukaran itu sahaja yang aku nampak, mungkin aku dah jadi gila.. di
sebalik kesukaran cuba intai kebaikkan di sebaliknya. Di sebalik soalan
objektif yang susah cuba lihat soalan yang lain mungkin senang. Di sebalik,
resah ingin menjaga perasaan manusia mungkin itu mengajar kita menjadi seorang
yang sabar dalam berhadapan dengan pelbagai ragam manusia.
“Jangan buang masa.” Ayat nie dah selalu sangat dengar tak
suspen dah pun tapi jika realitinya memang banyak masa di buang. Setiap tahun
hari jadi di sambut, setiap langkah itu juga semakin aku hampir dengan dakapan
terakhir. Aku dalam dakapan tanah.
Jadi aku cuba menjawab ‘soalan objektif dunia’ sebaik
mungkin. Skema jawapan yang telah menunggu aku di alam kekal abadi.. skema
jawapan mungkin di campak ke muka aku. Sebolehnya aku tak mahu begitu, tapi aku
juga tahu aku tak layak ke syurga.
Sebelum aku kembali ke dakapan terakhir, aku kira beruntung.
Kita semua beruntung, ada soalan bonus yang dalam lama bocor “Ma Rabbuka?”
Tapi seperti juga peperiksaan penting walau cikgu pernah
ajar tapi lansung tidak di praktis, kita tetap tak boleh jawab. Soalan dah
bocor pun jadi tak guna.
Dalam setiap langkah aku tak pernah lari dari dosa. Dosa tak
dapat dielakkan, tapi boleh
diminimumkan. Mari bersama menjawab ‘soalan objektif dunia’ dengan persediaan
mulai sekarang, tak perlu terburu-buru dalam menjawab kita mungkin cuai dan
salah memilih, mulakan dengan langkah kecil perlahan-lahan tapi berterusan..
teruskan melangkah meski pun sukar. Semoga pembaca di rahmati-Nya.
Sebelum menjawab soalan bocor mari berusaha menjawab soalan objektif sebaik mungkin :)
“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian , kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikkan serta saling menasihati
untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” Surah Al-‘Asr
nice (:
ReplyDeletedbah, afy rase susah la nak nasihat org , even diri kita pun tak sempurna .
kalau nak tunggu diri sempurna baru nak tegur, sampai bila takkan boleh. Di masa kita memberi nasihat pd org, kita nasihat diri kita juga sebenarnya (: lakukan demi Allah, inshaAllah terasa mudah.
Deletejom sama2 usaha.. moga diredhai-Nya.