“Berjalan bermusafirlah melihat kebesaran tuhan-Nya di
ciptakan mereka berfikir….” Sebahagian lirik lagu Hikmah Kembara, Mirwana.
Ini cerita masa aku di matrik. Lepas 1 sem di matrik, pipi
dah mula tembam nampak sangat aku dah lama tak bersenam. Jadi kali nie aku
berpeluang menyertai salah satu aktiviti bersama mentor aku Encik Nasir. Kata
Encik Nasir aktiviti kali nie, dia nak bawa kami terokai gua!
Pada mulanya ramai yang tak setuju, dan lebih suka kalau
aktiviti kali nie pergi ke Lost World of Tambun. Come on lah… aku jemu dah
pergi situ,air panas, longsor,zoo.. why not we try something new? Something more
adventure! Setelah bincang bersama classmates aku, majority setuju pergi gua..hehe.. *tak
paksa ok? Mereka setuju..Alhamdulilah*
Kami bertolak pada waktu pagi.. lepas kami menggedik tangkap
gambar dengan bas kolej..bas pun bertolak..haha.. Perjalanan tak lama, sekejap
tak terasa..tak sempat nak tidur pun. Hehe.. Jarak Gopeng dengan Gua Tempurung
nie tak ade la jauh sangat sebenarnya..
Sampai je lokasi..aku nampak bas UITM nampak la budak2 UITM
pakaian t shirt colour purple, seragam semuanya..sempat kawan aku bisik
“budak U pandang kita yg budak Matrik low standard tau sebab
diorg dah U, kita matrik”
“erkkk? Tapi diorang tak cakap apa2 pun.. ko yang cerita kat
aku.”
Senyap.
Aku teruskan perjalanan selepas berunding harga dan pakej..
aku beritahu Encik Nasir tentang harganya.. bayaran yang di kenakan hanya RM22
seorang untuk pakej lengkap tawaf satu gua..settle pembayaran, kami diberi
taklimat ringkas tentang kasut, cerun, batu licin yang bakal kami tempuhi..dan
terpaksa menyeberangi sungai paras dada.. aku dah bayang..lagi adventure, lagi
best.
Aku dan sahabat baik aku, Najihah mula melangkah masuk ke
gua..gelap! besarnya gua subhanaallah umpama seperti ada alam lain dalam gua
nie.. pelbagai bentuk terhasil dari batu kapur yang ada..
abang yang menjadi
pemandu pelancong kami menerangkan satu persatu bentuk yang ada di situ..
antaranya rama-rama, kaki, perempuan rambut panjang, perempuan mandi, muka
perempuan.. aku pun tak tahu kenapa banyak bentuk perempuan mungkin sebab
perempuan makhluk istimewa..hehe
Makin ke dalam makin gelap kami keluarkan torchlight
masing-masing..
“ehem..awak! pinjam boleh? Saya tak bawak”
Ikutkan hati terasa nak dush je mamat nie.. kan dah kasi
taklimat suruh bawa torchlight.??
Berkongsi torchlight dengan Najihah.
Kami terpaksa mendaki anak tangga yang banyak, dari sebesar
anak tangga yang aku nampak dengan mata sampailah sekecil-kecil kami perlu
daki. Alhamdulilah aku bersyukur meski pun penat tetap mempunyai kemudahan
tangga yang selesa untuk para pendaki..rasanya mahu berterima kasih kepada yang
telah menyediakan kemudahan buat kami..
Kalau kemudahan tidak ada pasti penerokaan sejauh ini terasa
sukarnya ..tangga ini tidak akan terhasil sekiranya orang terdahulu tidak
menerokai gua ini..untuk membuat tangga yang begitu panjang dalam gua bukan
satu kerja mudah kerana struktur gua bukanlah seperti kawasan lapang sebaliknya
penuh cerun dan batu kapur yang sempit. Terima kasih buat peneroka gua yang
terdahulu dari kami.
buang botol air dalam tong sampah bukan gua. Sekian. |
Cuba memahami salah satu hadis
Rasulullah “sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik, maka baginya pahala
orang yang mengikuti sunnah (jalan) tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun
pahala mereka terkemudian” (Riwayat Ahmad)
Jika ingin di kaji sumbangan
terbesar untuk umat manusia sekarang ini
adalah Nabi Muhammad S.A.W dengan kerana semangat juang Nabi kita dapat merasai
nikmat Islam. Berkat kesabaran nabi menempuh segala pahit lelah, kita dapat
mengucap dua kalimah syahadah.
Penat mulai terasa.. kemudahan
tangga tidak lagi di sediakan. Kali ini kami terpaksa mendaki sendiri menggunakan
segala kekuatan yang ada.. Panjat memegang batu, hampir saja terjatuh kerana
ada batu-batu kapur yang licin. Justeru, aku lebih berhati melihat setiap langkah..
Najihah menarik erat tangan aku apabila membantu aku mendaki.. begitu
sebaliknya, jika aku mendahului aku tarik tangan dia pula.
Di sini, sikap kerjasama benar2
di uji.. keadaan gua yang terlalu gelap membuatkan aku sesekali terpisah dari
Najihah.. aku tak nampak. “Diba! Diba! Mana Diba??” bagaimana seorang sahabat
tidak akan pernah meninggalkan sahabatnya ketika susah.
Begitu juga dengan rakan-rakan
aku yang lain saling membantu “Aina ko ok?” “Aisyah ok tak?” “hati2 tunduk
depan ada batu besar!” riuh-rendah gua dengan suara kawan2 yg risau..masa tu
semangat bantu-membantu dan kerjasama sangat penting.. pendakian nie
benar-benar menguji kekuatan persahabatan kami sebagai classmates..Alhamdulilah
semua bekerjasama dengan baik. Terharu sangat.
Kami teruskan lagi sehingga
terjumpa satu curam yang begitu dalam.. dan kali nie kami perlu turun gelongsor
menyusuri curam tersebut. Kata abang pemandu pelancong jika tidak berhati-hati “boleh
patah pinggang dan mungkin lumpuh seumur hidup” dengar macam tu semua pakat
kebelakang..
Kau pandang aku. Aku pandang kau.
Sape nak turun dulu? Akhirnya sepakat biar group laki turun dulu walaupun kami
mengamalkan konsep “ladies first” kali nie tak pelah biar laki dulu..hahaha.
Segala langkah perlu berhati-hati.
Fokus pada keadaan sekeliling perhatikan struktur batu.. Langkah demi langkah..
begitu juga dengan kehidupan kita setiap langkah yang di ambil perlu difikir
terlebih dahulu adakalanya kita sebagai manusia terlalu ghairah mengejar
keseronokkan dunia sehingga langkah tersilap akhirnya tersungkur, menyesal.
Adakalanya penerokaan gua ini
silih berganti.. adakalanya kami perlu mendaki tinggi, selepas itu menuruni
curam..berjalan di kawasan rata.. mendaki lagi.. namun setiap kali menjejakkan
kaki di tanah lapang..hati terasa lega.. nafas lega bisa di hirup
sepuasnya..benarlah firman Allah..
“Sesungguhnya setiap kesukaran di
sertai kesenangan” (Surah al-Insyirah 94:6)
Kita hanya perlu terus berusaha
keluar dari kesusahan, jangan sesekali mengenal erti putus asa kerana percayalah
Allah itu Maha Melihat, Dia tahu apabila hamba-Nya berada dalam keadaan susah
sekiranya kita benar yakin, kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya yang tak
terhingga. Lebih pahit dugaan maka lebih manis ganjaran di sana kelak.
Akhirnya kami keluar dari gua
menerusi sungai.. air sejuk sungai di dalam gua benar-benar membuatkan kami
terus terbaring dalam sungai..lantaklah basah.. baju ganti kan ada? Hihi..
Untuk menerokai gua persiapan
perlu di buat agar segala risiko bahaya dapat kita elakkan, mohon lah
dilindungi Allah dalam setiap pergerakkan dan langkah.. Menerokai gua mengajar
aku banyak perkara untuk aku aplikasi kan ke dalam kehidupan.. kesabaran, fokus,
hati-hati, berfikir, kerjasama, erti persahabatan, erti bersyukur dan banyak
lagi.
Siapa yang belum pernah cuba..
aku hanya boleh cakap “Rugi tau! So cubalah kalau ada rezeki !”
Wallahu alam.
P/S : kalau pergi honeymoon, pergi gua boleh uji kesabaran pasangan anda.. haha.
tengok gambar je pun, dah nampak dah susah payah yg kena ditempuhi dalam gua tu... best nampaknya tu..
ReplyDeletenampak kan, konsep ladies first tidaklah boleh digunakan dalam setiap masa dan keadaan.. (",)
haaa...betul fuad memang best..patut cuba ^^
Deletekali nie keadaan benar2 terpaksa.. keadaan lain konsep itu masih perlu di amalkan xD
suruh yusuf ayat 108....
ReplyDeletekatakanlah (Muhammad),"inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikuti mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik (surah yusuf: 108)
Deleteterima kasih saudara bani irwin.. perkongsian kena dengan situasi :)
Wow! Ini kenangan yg tak boleh lupa.
ReplyDeleteBila awak tglkan matriks?
takkan sy lupa :)
Deletesy habis 26 apri l 2012.
wahhh..adventure gile ni!! saya pon teringin jugak nak ke sana nanti.padahal kampung saya dekat gopeng je..hehe
ReplyDeletehaaa... boleh sangat nak pegi rumah dekat je.. try lah memang adventure xD
Deletebest gila dapat masuk gua.dah plan dah, nanti kawen, nak naik gunung kinabalu.ehehe.insyaALLAH :)
ReplyDeletewahaaauuuuu gunung kinabalu..lagi, lagi lah mencabar make sure praparation dari segi fizikal n mental ada.. so all da best! jgn lupa share kt blog kalau pergi, inshaALLAH :)
ReplyDelete