Thursday, May 24, 2012

Couple Islamik, wujudkah?


Hanya kerana cinta yang tidak pasti, malu dan takut kepada Allah sudah tidak lagi bertakhta di hati.

ZINA bukan kesudahannya.

ZINA adalah permulaannya.

ZINA adalah najis maksiat.

Usah kita pergi jauh kepada zina fizikal. Zina sebenarnya bermula dengan hati yang bersih. Namun dek kerana proses evolusi cinta berbaur nafsu menyebabkan rasa fitrah bercinta bertukar kepada daerah hitam.

Hati menjadi hitam diselubungi titik-titik noda dan dosa. Sarat sekali dengan perasaan mazmumah.

Sukarnya untuk mengubah diri.

Sukarnya untuk bertaubat.

Sukarnya untuk menangis kerana Allah.

Sukarnya untuk berzikir memuji-Nya.

ZINA HATI
“Kami jarang berjumpa. Hanya berhubung dengan YM dan call. Cuma kadang-kadang saya merindui dia dan sering kali menatap gambar dia”.

Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam imaginasi kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan melakukan perkara-perkara yang mendekati zina tetapi kita tidak melakukan zina.

Zina hati ini boleh terjadi melalui medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang mengganggu kebersihan jiwa kita.

Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga hubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cintai, atau orang yang kita admire.
Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina. Perasan tak, apakah yang 
 ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina? ALLAH S.W.T berfirman “Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan itu adalah perbuatan yang buruk” (al-israa’ 17:32)

ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik dari merawat. Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan daripada kita mendekati zina. Bagaimana?

Lihatlah sabda Rasulullah s.a.w ini, “ Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”

Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah adalah berkata dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan ISLAM yang sudah ditetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita.
Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya. Apabila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.

Semua ini, mengganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, berYM itu tidak bertemu wajah, bersentuh tangan tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita sebelum tidur terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan kita.

Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Malah berkemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun solat dan membaca al-Quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa. Bagaimana? Adakah ini satu pekara yang baik?

Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikkannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadany atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.

Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri sendiri. Maka kes ini adalah AMANAH. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak.




Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh.Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya. Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.

CABARAN BUAT SI DAIE
Suatu cabaran besar buat si aktivis dakwah. “Sumpahan” ini tidak pernah kenal sasarannya termasuklah diri ini. Ingatlah ketika Allah bercerita padamu tentang Zulaikha dan Ysuf, sebenarnya Allah mahu berbicara mengenai kamu dan hakikat nafsu dalam dirimu yang sentiasa dalam persimpangan. Pilihlah jalan Yusuf dan jauhilah jalan Zulaikha. Qad shaghafaha hubba….

CINTA YANG TIDAK PASTI
Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu hari untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta yang pasti hanyalah Allah.


 P/S : Penulisan ini bukan karya saya, sebaliknya hasil pelajar perubatan UKM. Sekadar ingin saya kongsikan di blog, banyak pengisiannya :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...