Saturday, May 12, 2012

Mengekang nafsu.


“Sesungguhnya pertarungan ini sukar
benar-benar sukar
 perjuangan yang paling sukar buat aku adalah
pertarungan antara nafsu dan akal”

Bukan bermakna soalan add maths itu kacang, bukan bermaksud chemistry itu sekadar campuran bahan kimia. Aku seorang pelajar dan sesekali peperiksaan itu terasa sukarnya tapi kesukaran peperiksaan itu hilang setelah beresnya exam..er..kan?. Cuma tinggal tawakal.

Tapi pertarungan antara nafsu dan akal sentiasa ikut walau ke mana sahaja aku pergi. Bahkan setiap gerak-geri aku. Ketika makan, tidur, berjalan, menonton, belajar dan apa jua yang aku buat. Semuanya ada godaan.

Kalau makan, aku teringin makan bermacam-macam yang sedap-sedap. Beli itu ini, akhirnya bila kenyang aku cuma membazir je.

Tidur? Sebelum tidur, aku mungkin berangan jauh, berfikir tentang sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Entah mana datang awan nano nampak indah semacam. Padahal aku tak suka pun lagu tu.

Berjalan. Kadang-kadang kaki nie terasa ringan nak pijak tempat menyeronokkan dan melalaikan. Kalau sekali tengok wayang rasa macam nak tengok 2, 3 movie direct.

Bila beberapa minit study mulalah capai MP3. Kepala terangguk-angguk. Apa aku baca tadi yer? Aku memang tak boleh study sambil dengar muzik. Kalau aku dengar muzik sambil baca tu, tu tak lain tak bukan tengah tipu diri sendiri ler tuuu.

Itu aku.

"cmna nak mengekang nafsu supaya x wat dosa?"

Tiba-tiba aku dapat sms dari salah seorang kawan. Serius, ini soalan paling bagus yang pernah aku dapat. Sebab aku-tak-tahu-macam-mana-patut-aku-jawab! Sebab aku sendiri masih bertarung dengan nafsu tiap-tiap hari. Kebanyakkan pertarungan tu aku selalu KALAH. Tapi KALAH tak bereti MENGALAH.

Mungkin ada yang pandang aku nie kuat tapi percayalah aku pun masih bertatih bersama-sama kalian dan sesekali aku terjatuh jugak. Selalu.

Kita sebagai manusia takkan pernah dapat padam nafsu secara total. Tapi kita boleh melemahkan nafsu dengan ikhtiar. Insha-allah. Uhuk! Sebenarnya bila dapat sms tu laju je tangan aku nak REPLY berdasarkan apa yang aku baca dan belajar. Hebat! Jawapan power tapi adakah aku sendiri amalkan?

Kawan aku selalu sebut ‘Ilmu tanpa amal itu sia-sia, amal tanpa ilmu itu gila’
So sebelum aku kongsi sesuatu yang sia-sia atau pun gila. Biarlah aku kongsikan apa yang aku dan bersama sahabat lakukan untuk membantu antara satu sama lain untuk mencari keredhaan-Nya.
                                                             
Dah dua jam aku baca biology sampai satu tahap aku memang dah tak boleh nak digest apa yang aku baca, jadi aku pun ambil MP3, start melalak lagu Avril Lavigne beberapa minit kemudian kawan aku join dia melalak lagu Bruno Mars. Bilik study tu dah mcm apa entah.

“Diba aku nak solat dhuha…jom”

Aku tak tahu kenapa masa tu, hati aku betul-betul tenang. Jadi, kami ramai-ramai ke surau buat satu saf solat dhuha bersama.  Terima kasih Amira. Amira ajak aku solat dhuha waktu tu. Salah satu cara kita nak lemahkan nafsu adalah dengan cara menambah amalan sunat kita. Solat tahajjud, solat dhuha dan sebagainya.

‘Matlamat tak menghalalkan cara’ Aina selalu tegaskan konsep ini pada aku. Kadang-kadang bila kita tahu sesuatu itu salah tapi kita tetap mencari alasan tak kira apa jua alasan semata-mata untuk memuaskan nafsu. Nak bagi contoh apakah? Couple. Ok, couple ada orang kata kapel tak salah bila pandai menjaga batas tak jumpa tak berpegangan tangan sekadar berchatting dan call. Padahal itu pun dah di kira zina hati..Jauhilah bunga-bunga maksiat.

Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan itu adalah perbuatan yang buruk” (al-israa 17:32)

‘Walau di mana kamu berada buatlah benda baik, sekiranya kamu buat benda baik insha-allah doa kamu diterima tapi kalau kamu buat benda jahat doa mungkin tersekat’ itu pesan ustaz pada hari terakhir di matrik. Hurmm sedangkan nak dekat zina pun tak boleh, apatah lagi buat.

Anis pula selalu nasihatkan menundukkan pandangan. Kadang-kadang bila nampak pensyarah berkarisma memanglah aku pandang tak berkelip mata. Anis selalu tegur aku, cepat-cepat sebut Astafirullah.. Tambah pula, dunia sekarang penuh godaan pergi supermarket banyak je perempuan pakai tak cukup kain, aku maybe tak rasa apa-apa. Laki tengok? Masa nie lar pentingnya menjaga pandangan. Janganlah pandang artis korea lama-lama. Filipina pun!

Next, Hayati rajin ajak aku puasa..setiap hari Isnin dan Khamis kolej aku alhamdulilah selalu buat iftar kami selalu makan setalam bersama. Kenangan tu takkan aku lupa. Berpuasa juga salah satu cara kita nak menahan nafsu sebenarnya.

Aku pernah marah orang dan kadang-kadang marah itu bukan lah satu pilihan yang aku nak tapi sejak aku berkawan dengan Keisha, dia banyak ajar aku erti bersabar. Bila tak sependapat mungkin ada pihak tersinggung, di situlah pentingnya sabar. Aku mungkin selalu tak sependapat dengan Keisha ada je tak kena dan kekurangan itu datang dari aku juga. Aku belajar untuk mendengar pendapat orang lain dan menegur dengan cara tidak menyakitkan. Tapi serius bila sehari Keisha diam, aku rasa boring pulak. Hoho. Terima kasih Keisha.Bersabarlah walau sabar itu kita tak nampak aku percaya semua orang pernah merasai apa itu sabar. Tak rugi bersabar bahkan sekiranya bersyukur dengan dugaan pahala sebenarnya bertambah-tambah.Untung.

“Aku suka Ummi cara dia tegur aku lembut..” kata Keisha.

Itulah Ummi siapa berkawan dengan dia, pasti terasa lapang. Ummi suka menasihat kawan-kawan dengan cara dia yang penuh sopan. Kalau nampak aku dari jauh pasti dari jauh lagi Ummi dah senyum. Carilah kawan yang soleh, pilihlah kawan yang dapat mengingatkan kita sekiranya kita tersasar dari landasan. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran.

Perkongsian dari Wardina : Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila di bangkitkan kembali, sahabat karib kita menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita dengan penuh hikmah dan kasih.

Dan terakhir dari aku, berzikir dan carilah ilmu. Aku selalu rasakan diri aku dahaga, tak pernah cukup..kerana jika nak di bandingkan ilmu yang aku ada terlalu cetek dengan ilmu Allah yang luas dan sampai bila pun aku takkan pernah dapat menghitung segala ciptaan Allah yang terlalu banyak. Aku suka awan, pandang awan cukup membuatkan aku rasa terlalu kerdil.

Lebih banyak aku tahu lebih banyaklah aku tahu yang aku ini tak tahu. #berbelit ke? Ok speaking sikit.. The more knowledge you acquire, the more aware you are of how little you know about life. You can never stop learning because the more you know, the more you know you don’t know.

Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan teruskan mencari, mungkin sesekali kita boleh luangkan masa ke masjid atau surau berhampiran dengan ceramah.Tak pun, youtube paling mudah taip saja Ustaz Don, Ustaz Kazim atau Ustaz Azhar Idrus. Buku-buku agama dan yang paling sahih Al-Quran, tafsir Al-Quran adalah sesuatu yang banyak membuka mata hati aku segalanya dah tertulis beribu-ribu tahun dulu.

Bila aku terlintas nak buat benda jahat cepat-cepat istifar dan berzikir. Insha-allah bila berzikir kita selalu ingat dekat Allah bila teringat pada Allah segala gerak-geri terasa sedang di perhatikan kerana sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Melihat.

Wallahua’alam. Salah silap dan kekurangan datang dari aku,segala teguran di alu-alukan.






Dari kiri : Anis, Hayati, Aina (belakang), Amira, Keisha, aku, Ummi.
Sahabat yang sentiasa dirindui.



P/S: Moga membantu, Allah sentiasa bersama orang yang berusaha. Inshaallah.

4 comments:

  1. Nabi S.A.W. telah menunjukkan cara melemahkan nafsu syahwat bagi orang yang tidak mampu berkahwin dengan berpuasa, Baginda bersabda:
    Maksudnya: “Wahai sekelian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang ada kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang tidak ada kemampuan, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu berperanan sebagai perisai untuknya (daripada syahwat).”

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Tenang tetapi berbaur ketegasan di situ... :-)

    Arroja'u ma qoranahu amal. Wailla, fahuwa umniyyah.
    " pengharapan yg sebenar adlah yg dsertai dgn amalan. Jika tidak, maka ia hanya sekadar angan2 "

    (shomella 'aku' dalam pic tu)

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
  3. Waalaikummusalam...

    moga2 ketegasan itu kena pada tempatnya :)

    yg shomella bg sy adalah rumah tua <3

    Moga Allah kasih dan terus di beri petunjuk buat kita..amin

    ReplyDelete
  4. salam al'yak

    diri ini terasa kerdil pabila mendekati orang2 yg menjaga hubunganNya
    sedikit sebanyak dapt membtu insan seperti saya..

    #mencari diri sendiri#

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...