Friday, May 18, 2012

Rasaku ini..

Sekarang aku rasa, aku telah dikurniakan dengan pelbagai nikmat dari Allah seperti nikmat hidup, nikmat memiliki sifat kudrat sehingga mampu untuk melakukan sesuatu, boleh berfikir dan berbicara serta pelbagai perkara lain yang bermakna.

Semua nikmat dan kesenangan ini ada pada diriku, selain dari terselamat daripada pelbagai ujian dan musibah. Kesemua nikmat ini tentu ada pemberinya yang menuntutku agar bersyukur dan berkhidmat kepadaNya.

Apabila aku lalai untuk berkhidmat kepadaNya atau mensyukuri nikmatNya, pasti Dia akan menarik semua nikmat itu dan aku pula pasti menerima hukuman dan balasan.

Bukankah, Dia telah mengutuskan seorang rasul kepadaku yakni Nabi Muhammad S.A.W. Dia memuliakan rasul-Nya dengan pelbagai mukjizat yang tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa.

Rasul telah memberi risalah bahawa aku hanya mempunyai satu Tuhan iaitu Allah Yang Maha Mulia, Maha Mengetahui, Maha Hidup, Maha Berkehendak, Berbicara, Memerintah, Melarang serta Berkuasa untuk menghukum aku jika aku menderhaka.

Bahkan dia mengetahui segala rahsiaku, segala yang terlintas di hati dan pemikiranku. Sesungguhnya Dia telah menjanjikan sesuatu, maka Dia memerintahkan aku agar taat kepada hukum-hukum syariatnya.

Tiada lagi alasan untuk aku memutuskan hubungan dengan-Dia, apalagi untuk berkhayal mencari dan memikirkan dalil dan bukti.



"Ya Allah, aku cuma ada satu hati.. cuma satu hati 
untukku tempatkan cinta-Mu di situ"




2 comments:

  1. nikmat yg harus digunakan utk mentaati perintahNya..

    andainya nikmat dunia, sudah cukup membahagiakan.. sukar digambarkan betapa besar dan bahagianya nikmat syurga di sana..

    kehidupan dunia pasti berakhir.. tapi tidak pada kehidupan akhirat...

    bagaimanalah agaknya andai beroleh nikmat syurga utk selama2nya... Allahu akbar..

    ReplyDelete
  2. jika dikirakan semua manusia mahu masuk ke syurga.. kadang2 tak dapat di nafikan segala amal yg kita lakukan adalah kerana syurga-Nya tapi ada satu yg lebih bermakna dari itu apabila kita sebenarnya seharus mengharapkan redha-Nya semata-mata.

    Ya Allah masuk kan lah kami ke syurga kerana redha-Mu.

    Moga Allah kasih, terima kasih utk komen saudara.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...