Kalau aku kata nak makeover pasti ada yang terbayang ‘before’ and ‘after’ bagaimana seseorang pada
mulanya kelihatan biasa tapi setelah makeover dia menjadi lebih cantik dari
sebelumnya.
Aku juga
wanita, aku tidak menafikan sesekali aku juga mahu kelihatan cantik. Tapi
apakah keadaan cantik luaran itu sesuatu yang benar-benar aku mahukan?
Dia
kelihatan biasa, bergaya jauh sekali. Baju tidak berjenama. Biasa. Tapi di mata
aku dia cantik. Sungguh cantik dan tidak keterlaluan untuk katakan dia pelajar
paling cantik dalam kolej.
Patutlah, rupanya dia selalu makeover akhlaknya setiap
hari. Itu rahsianya.
Rupa dah la
cantik, akhlak dari hari ke hari bertambah cantik. Memang sejuk mata yang
memandang, ikutkan hati mahu saja aku sebut nama rakan aku yang seorang nie
tapi mana mungkin? Cukuplah dia jadi buruan, jangan di alam maya pula.Kasihan,
dia baik orangnya.
Bukan tu
saja dia tolong makeover orang di sekelilingnya menjadi cantik akhlaknya.
Terima kasih duhai sahabat. Jadi mari kita terus membaca kisah sahabat aku yang
cantik, moga2 tips kecantikan dapat membantu kita menjadi ‘cantik’.
Pada awal
perkenalan, ketika aku berselisih dia
membuatkan aku berpaling sekali lagi ‘’ohh cantiknya’’ bisik hati aku. Dia juga
tak kekok untuk lemparkan senyuman. Ketika itu dia memakai tudung biasa, bawal.
Kepada kaum lelaki tudung bawal janganlah kalian bayang seperti ikan bawal…hehe.
Orangnya
manis, lembut tutur kata. Dia berbeza. Bukan tiada yang bergaya, bukan tiada
melawa. Ada, ada. Tapi dia tidak memerlukan baju yang menampakkan susuk tubuh
badan mahupun makeup setebal 1 kilometer untuk kelihatan cantik. Dia ada
pegangan. Pegangannya kuat. Di situ kagumnya aku, dan di situ jugalah cantiknya
dia.
Benarlah
kata-kata, kecantikkan luaran bermula
dari dalaman.
Bukan niat
aku, ingin memburukkan wanita di luar sana tapi ada saja jika kita lihat
kebanyakkan wanita zaman sekarang berjalan seolah-olah mereka tercantik, mereka
terhebat. Jalan penuh keyakinan. Kasihannya mereka kerana keyakinan datang dari
kecantikkan yang sementara. Apa jadi sekiranya sudah kedut dan kendur? Mahu
sedut lemak? Mahu tarik urat muka agar kelihatan tegang setiap masa? Jangan.
Jangan. Kita boleh cantik tanpa itu semua jom contohi dia.
Dia seperti
padi. Makin di puji, makin tunduk. Setelah bersahabat dengan dia aku lihat dia
tidak pernah bangga jika dia dipuji cantik oleh rakan-rakan. Bagaimana mungkin
di menahan perasaan bangga diri itu? Aku teringin sangat nak tanya.. tahu apa
jawapannya? Nahhhh aku tak tanya pun. Hahaha..
Alhamdulilah
ramai juga rakan aku yang berhijrah dari free hair kepada bertudung. Namun
luahan yang sering aku dapat ialah..
‘’Diba, ko
nak tahu tak? Aku panas hati je tengok perempuan pakai short, seksi semua tu..
aku nak je cakap EH AKUKALAU BUKAK TUDUNG BERGANDA CANTIK DARI KAU!! Tawuuuuuuuuuu
tak?????’’
Yeahhh
bukan sorang dua, ramai yang punya luahan yang sama. Ya aku faham, aku pernah
jadi budak free hair jugak. Mungkin kita sering di duga dengan situasi macam
nie tapi sekali lagi jom kita tengok dia.. walau aku tak pernah berkesempatan tanya
‘Bagaimana dia menahan bangga diri menjadi seorang yang cantik?’ tak bererti
aku tak jumpa jawapannya. Kita kan ada Allah yang boleh kita minta di beri
petunjuk. Dan pada yang sama usaha mencari.
Apa yang
aku jumpa ialah setiap kali kita merasa bangga dengan kecantikkan diri, lebih
elok kalau korang berdiri depan cermin..ehem! lelaki pun boleh cuba kalau rasa
diri tu hensem sangat dan kadang-kadang terlebih perasan.
Pertama
sekali bila berdiri depan cermin, pegang muka sambil diurut secara perlahan-lahan
kemudian pandang cermin sambil berkata ‘’Duhai rupa paras aku yang
cantik/hensem satu hari kau akan terkambus dengan tanah’’
Kalau rasa
tiada kesan pada diri ulang ayat tadi berkali-kali.. kalau masih tiada kesan, bayang
muka anda di makan cacing dalam tanah nanti. Masih tiada kesan? Amboii awat
keras hati hang nie? Tak pe, berdoa dilembutkan di kurniakan hati baru supaya
lebih tawaduk. Sejak aku mula buat macam nie aku malas nak tengok cermin.
Tengok jugaklah nanti pergi kuliah, tudung senget pulak. Aiyor!
Ok next,
kalau nak jadi cantik..kecantikan bermula dari dalaman, tawaduk jika dipuji.
Lagi? Larat ke nak baca lagi? Tangan aku dah lenguh dah menaip roommates pun
dah usha dari tadi.. pegang laptop je.. bila nak pegang buku kan? Sambung nanti
yer….. Sementara tu try la tips apa yang ada.. Entri nie aku tujukan buat diri
aku jugak yang pelupa, perasan, lagi? Nak tambah boleh jee… boleh tahu mana kekurangan aku… terima kasih.
Semoga pembaca di rahmati Allah S.W.T. Assalamualaikum..
P/S : kata
nak makeover sure la step by step. Terus melangkah! Biar perlahan insha-allah
sampai juga nanti.
bgus diba...........keep on...
ReplyDeleteterima kasih tapi banyak lagi kekurangan sebenarnya.
Deletelelaki boleh amalkan tips ni tak? keh3
ReplyDeleteboleh sokmo :)
Delete