Untukmu,
sahabat.
‘’Aku
menunggu hari tu. Aku harap hari itu adalah esok ’’
Alhamdulilah
aku masih bernafas pada hari nie dan masih punya kesempatan untuk menjawab
soalan kamu. Maka setelah selesai homework, revision.. aku lekas dapatkan
laptop.
Mengapa
aku tidak mahu berjumpa kamu?
Ketika
aku mula mengenali kamu sesungguhnya aku amat bersyukur, kerana aku dapat
rasakan kamu seorang sahabat yang baik. Mana tidaknya kerana kamu bukan sahabat
yang sekadar ada sewaktu aku ketawa tapi hadir tika tangisku.Menjadi seorang
pendengar yang sabar.
Pasti
kamu hairan jika aku betul menghargai erti persahabatan pasti aku juga akan
menghargai peluang kita untuk berjumpa. Sungguh aku mahu, tapi..
Sahabat
yang membawa ke arah neraka mudah dicari, sahabat yang membawa ke syurga
terlalu sukar untuk dicari.. setuju dengan kata ku?
Bukan
lah aku pandang kamu itu seperti sahabat yang bakal membawa aku ke arah neraka,
sebaliknya aku memandang diri aku sendiri.. adakah aku sahabat yang bakal
membawa kamu neraka atau syurga?
Aku
masih meragui niat utama aku untuk berjumpa dengan kamu.. adakah benar
mempunyai urusan penting atau sekadar rasa membuak yang ingin berjumpa? Jika
niat aku adalah yang kedua, aku khuatir persahabatan ini tidak kekal..
‘’Sesungguhnya setiap
amal itu dikira dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang itu dengan apa yang
diniatkan olehnya. Sekiranya dia berniat berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,
maka dia akan berhijrah kepada Allah dan
Rasul-Nya. Tetapi sekiranya dia berniat berhijrah kerana dunia dan segala
habuannya, atau kerana perempuan untuk menikahinya, maka dia akan berhijrah kearah
apa yang dia hendak hijrah kepadanya. (Hadis sahih Muttafaqun Alaih)
Mana
tidaknya ukhuwah yang terjalin bukanlah berlandaskan keimanan tapi kearah nafsu
aku sendiri. Persahabatan antara aku
dengan kamu bukanlah sebuah persahabatan yang mahu aku anggap sekadar main-main
atau sekadar suka-suka. Aku mahu ikhlas bersahabat jadi aku lakukan ini.
Setiap
kali aku menghantar pesanan ringkas atau membuat panggilan aku akan pastikan
apa tujuannya. Jika penting, laju saja aku dial nombor kamu, sekiranya
tidak..tidak perlu. Mengapa ? Aku tidak mahu menambah dosa lagha kamu..
Jika
dilihat tidaklah sebesar mana perkaranya, tapi biarlah aku tetap dengan
pendirianku ‘’amal makruf nahi mungkar’’ aku cuba menahan diri sedaya-upayaku
kerana aku sayang sahabatku.
Tidaklah
kerana semata-mata minat yang sama, aku sayang kamu. Aku sayang Allah, jadi kerana itu aku
sayang kamu.
Aku
rasa tidak lengkap sekiranya di akhirat nanti kita tiada bersama..siapa tahu
kita mungkin berjiran di sana nanti? Indah bukan? Aku tak tahu apa yang kamu rasakan. Bagi aku itu tetap
sedih, sekiranya kamu tiada di sana bersama.
Cukuplah
sesekali mengetahui perkembangan kamu dari jauh, berdoa dari jauh. Aku selalu
berusaha mempertingkatkan diri, kerana aku mungkin pernah jadi sahabat yang
tidak baik.. Aku selalu lukakan hati sahabat..hati kamu juga, barang kali. Jadi
disini, aku mohon maaf atas segala salah silap.
Andai
satu hari aku betul yakin dengan niat sebenar tanpa dibaluti dengan unsur-unsur
hitam.. Insya-Allah dengan izin-Nya pasti aku akan berjumpa dengan kamu.
Pertemuan itu jauh lebih penuh barakah.
Jaga
Dia, dia jaga kita. Insya-Allah.
P/S
: Moga Berjaya dalam pertandingan nanti, moga segala di permudahkan. Inshaallah. ^-^
All the best for exam :)
ReplyDeleteThanks mujahid :) all da best for your final exam too.. kurang 1 senior dkt UM :P
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segala urusan. ^^,
ReplyDeleteterima kasih rumah tua :) moga segala urusan rumah tua juga di permudahkan <3
Delete