Saturday, May 28, 2011

hati-hati tuang air..


Nak ditegur.. dia tengah kusyuk dengar MP3.. dari tadi telinga dengan earphones jee.. 

Nak ditegur...dia asyik jee senyum depan phone..

Nak ditegur...dia baring sambil bergayut..

''Dapat elaun semester nanti RM1250..aku nak jalan 1 perak nie..''

''ehh ada bas..outing tiap minggu lah macam nie...''

Mana aku pergi..situasi berkepit dengan phone,MP3 nie memang terlalu banyak... aku cuma nak tanya direction je..kolej tu besar, banyak kali jugak sesat.. 

Macam mane aku nak tegur kalau kebanyakkan seolah-olah memberi 'isyarat' mereka memang sedang sibuk..

Muzik? Phone? I-pad? elaun? Entah laa..bila tengok kawan2 aku nie..macam dah hilang fokus..baru 5 hari..

Aku tahuuu masa sekolah dulu, kita tak boleh bawa phone apa lagi gadget2 yang lain tapi tak bermaksud kita boleh ambil kesempatan dengan peluang yg ada..

Tipu la kalau aku cakap aku tak layan muzik..layan jee..MP3 memang ada..aku minat pun Green Day, Simple Plan, Tokio Hotel..tapi cukup lah sikit2..ada batasnya..

.kalau dari pagi sampai malam ko asyik hadap benda tu jee.. What the HAL??

Kita nampak muzik, phone tu sebagai entertainment kecil..''alarh..glerr ke study 24 jam?? aku bukan buat maksiat pun..dengar lagu je..''

Memanglah lagu je..tapi sedar atau tidak..benda2 nie lah bunga-bunga tercetusnya kepada masalah lain.. korang layan korea..sekali bila dapat tahu band korea tu nak datang M'sia..dah tak senang duduk..

Konsert tu ada khas tempat asingkan kaum muslimin dan muslimat..? Kalau ko dah terjerit, terkinja-kinja lambai sana-sini, jerit macam kena histeria, gaul laki perempuan.. ko tak rasa itu bukan maksiat ke?

Phone..macamlah tak pernah ada jee aku tengok..asal jumpa tiang, nak tangkap gambar.. asal jumpa kerusi, nak tangkap gambar, asal jumpa pasu bunga ko dah tergedik2 nak tangkap gambar.. tolong lah faham..

Aku pun hairan kalau aktiviti start pukul 8 kenapa 8.45 ko datang sambil lenggang kangkung..muka macam tak bersalah pulak tuu..

Jangan hilang fokus, FOKUS..fikir balik tujuan kita datang sini..ingat muka mak ayah..terlalu banyak harapan dari mereka..

Kita nie umpama gelas kosong berwarna putih..kosong..putih..tak ada apa-apa pun..
kalau boleh tuangkan laa dengan benda yang menenangkan, isi dengan yang dapat menghilangkan 'dahaga' yang kau cari dan tertanya..

kalau ko tuang air rock kapak, hardcore.. warna gelas turut ikut warna rock kapak, hardcore.. dari dalaman akan terpancar ke luaran..isi jiwamu sebaik-baiknya..jiwa kau jugak bukan jiwa orang lain..

nyanyi lagu bagai nak rak..puja sangat penyanyi tuu tapi hakikat, ada penyanyi tu kenal ko siapa? baru hari ke 6, yg lelaki cuma tinggal 2 saf jee..padahal lelaki bukan ada dalam 700 lebih ke..

Life after SPM dah lama lepas, yang lepas biar lepas...sekarang dah ada lembaran baru, tak lama setahun jee..setahun tu la kita nak tumpu.. 

Aku pinjam kata2 Ustaz Shah ''Ramai di antara kita mati ketika usia muda tetapi dikuburkan sesudah tua''

Sekadar teguran bersama..Wallahualam..

Jumpa lagi, nak balik kolej dah..esok start kuliah.. As Salam :)
















Awal Kalam

 

Macam-macam pelajar aku jumpa di Matrik, dari pelbagai latar belakang.. Pertemuan demi pertemuan ada yang buat aku geli hati, ada yang buat aku marah, ada juga yang buat aku rasa malu sangat.

Kadang-kadang aku confuse jugak, sama ada  aku dekat matrik Perak atau Kelantan.. banyak yang datang dari sebelah Timur, Terengganu dan Kelantan sebenarnya, memang meriah.. boleh la sikit2 aku kecek kelate..

Ada satu hari budak yang pekat gleerrr cakap Perak bersembang dengan budak Kelantan.. aku tengok diorang nie dah macam ayam cakap dengan itik.. lawak glerr..

Anak jati Perak : Awak idak la makan lagi..lapor benor rasenye...

Budak Kelantan : Tokse, sayo make doh tadi..

Anak jati Perak : Awak cakap awak belum makan lagi..

Budak Kelantan : Tokse, sayo doh make..

Anak jati Perak : awak belum makan!!

Aku dah tak larat nak tahan gelak, ok 'awak' dalam bahasa Perak sebenarnye bermaksud saya.. itu perkataan selain 'teman' yang juga bermaksud saya.. budak Kelantan dah salah faham dia ingat anak jati perak cakap pasal dia.. adoyaiii aku pegi explain baru senyap dua2.. :P

Ada juga pertemuan yang bagi aku sangat lah marah.. aku bukan la jenis yang suka sound orang tapi.. entah la.. aku nak sound jugak!

Ustaz kat depan tengah baik bagi kuliah magrib..semua diam.. senyap~~ ..ada juga yang setuju dengan yang ustaz cakap..tunduk sampai ke lantai.. aku lebih respect mereka2 yang tido masa kuliah berbanding dengan..

Aku cuba tumpu apa ustaz sedang cakap..tiba2.. F***! F***! *F***! orang kat belakang aku sebut berkali-kali seakan rentak berzikir.. berdesing telinga aku.. ''WOI!!! tahan~ tahan diba~ maybe dia kejap lagi stop la tuu''..sempat lagi berdialog dalam hati..

sampai satu tahap tak leh tahan dah.. kot yer pun minah nie nak mengutuk balak dia yang baru mintak break.. perlu ke sumpah seranah guna F*** tu dalam masjid?? masjid yerr.

Aku pun sound kaw2...tak menengking tapi bagi minah yang layak masuk matrik rasanya memang boleh tangkap lah point berbisa yang aku kasi..nak terima atau tak..terpulang.. yang penting sendiri ingat lah masjid tu tempat apa..

tu pasal marah..

pertemuan yang sangat memalukan aku pulak..huhuhu

Masa tu baru habis ceramah, dah berjam2 duduk kaki aku sampai macam tak boleh nak rasa apa dah.. dalam kepala cuma nak balik bilik jee..

Bilik aku T.1.9.. aku jalan entah kenapa macam jauh pulak nak sampai bilik masa tuu.. dah sampai aku cucuk kunci.. Pulas! pintu tak bukak.. pusing kunci kiri kanan tak mahu jugak..

badan dah berpeluh, kaki dah lenguh, kepala dah pening.. memang bengang lah pintu tiba2 buat hal.. aku hempuk, goncang pintu tu.. dah la pakai baju kurung.. tak senonoh betul..

yang dari tadi ada sorang budak usha aku dari belakang.. aku toleh belakang.. arggghhh lantak la dia nak tengok, aku tengok depan balik.. baru aku perasan selipar luar bilik tu bukan selipar2 aku... aku tengok no bilik T.1.19... perhhhh malu dah tahap gaban.. apa lagi cepat2 mintak maaf dekat tuan punya bilik yang dari tadi berdiri belakang aku..

Masa tu aku harap aku kena marah, supaya hilang rasa bersalah aku buat pintu dia macam nak roboh..tapi dia hanya senyum... ''tak pe la..faham.. mesti penat sangat niee.. :) ''

Andai setiap pertemuan tu aku start dengan awal kalam Assalamualaikum pertemuan itu pasti lebih indah...

Mungkin budak Kelantan dan Perak tak berlanjutan bertekak kalau awal lagi aku memberi salam..

Mungkin dengan awal kalam Assalamualaikum...,  minah tadi boleh terima teguran aku dengan cara baik..

Mungkin juga aku tak terus menjahanamkan pintu bilik, kalau aku terlebih dahulu bertegur sapa dengan tuan bilik..

Assalamualaikum..awal kalam yang terbaik..bukan 'Wassup'' bukan ''semekom'' bukan ''weyy..ape cer??''

Kadang kita hairan kenapa kehangatan sebuah persahabatan itu menjadi suam2 kuku.. mungkin kerana pada awal lagi kita dah salah cara menegur..

Assalamualaikum jika terlalu panjang gantikan lah dengan As Salam bukan seperti Salam.. perkongsian yang aku dapat dari blog seorang teman..klik link bawah, dan sebarkan..

moga perkongsian ini membawa manfaat.. wallahualam.. 



















Sunday, May 22, 2011

Berangkat..




Baru tenang hati, bila semua dah siap packing.. kalau tak semua serba tak kena.. masih ada lagi ke yang tertinggal? Alhamdulilah semua beres, esok aku akan berangkat ke kolej matrikulasi gopeng, Perak.

Tak sabar rasanya nak melangkah kaki nak kembali sambung belajar, tebus kembali keputusan spm yang tak seberapa..

Aku sempat tinjau kawasan matrik sebelum nie..kawasan sekeliling cuma ada sawit dan getah.. selama nie 5 tahun sekolah sebelah Ipoh Parade, tapi kali nie sebelah sawit..Haha.. memang best dapat pengalaman baru macam nie..tambah2 pulak tak pernah ada pengalaman masuk asrama :P

Aku sempat rompak beberapa gambar dari blog Naz memang nampak best life kat matrik..


Dataran nie paling nampak gempak bagi aku.. lepas nie aku nak lepak library selalu.. dataran nie bakal jadi tempat aku meninggalkan jejak kasut.. ke sana ke mari... hehe..



Masjid.. mana lagi nak pegi bila time tension? karaoke? Ya, aku nak karaoke sepuas hati tapi biar Dia sahaja mendengar.. Pemandangan masjid yang cantik.tapi kata Naz banyak kucing yang dah mati dalam kolam tuuu.. dan masjid tu separuh sahaja seakan terapung dalam air..separuh lagi di darat..




Dewan.. dekat sini pelajar selalu datang main badminton n squash.. aku bakal main badminton dekat sini walau tak sehebat Chong Wei kasi smash jeee...haha

Mana pun aku pergi.. mana pun rakan2 lain pergi..aku tetap tak boleh lupakan tempat yang dah terlalu banyak mengajar aku..bukan setakat apa yang ada dalam buku teks.. tapi erti kehidupan.. persahabatan~

sekolah, umpama rumah kedua.. kekal di ingatana walau mana aku pergi lepas nie, terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku jumpa di sini..cikgu2 yang dah faham sangat perangai aku, takkan aku buang segala nasihat cikgu dan juga harapan mereka..

SMK MAIN CONVENT IPOH..2006-2010..photo by AiLing..





Pada awalnya aku excited nak taip dekat blog betapa teruja aku rasa..tapi semua dah bertukar bila aku terlintas.. aku tak lagi rasa seronok..seronok nak jumpa kawan baru~ bilik baru~ 

aku lebih merenung kepada tujuan asal kenapa aku harus berada di sini.. 

Kalau dia masih ada, mungkin aku akan bersahabat baik dengan dia, kami punya minat pada course yang sama.. 

Kalau dia masih ada, mungkin esok pada hari pendaftaran aku akan terserempak dengan dia.. itu sekadar mungkin.. dia dah kembali ke alam sana..

Mungkin aku tak kenal dia siapa..tapi aku akan cuba capai impian yang dia hajati..

Zaid Ashwal, 18 tahun...dia salah seorang mangsa tragedi tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Madrasah Al- Taqwa Hulu Langat yang bakal memasuki matrikulasi gopeng perak sekiranya beliau masih ada esok..

Al- fatihah..





Ini entri last dari aku sebelum ke matrik....bye blog.. 


Sunday, May 15, 2011

Untuk kalian :)

Tengah malam macam nie..tak boleh pulak nak lelapkan mata..aku mula menconteng Alif, ba, ta.. memang tak ada keje.. dakwat pun nak habis, tulis2 nama rakan sekelas,kakak aku dan beberapa nama2 rakan blogger..jadi ini untuk kalian.. :) maaf untuk karya yang tak seberapa..

LOO JO YEE.


SYAHIDA FARIZA.

NAFISAH.

NURFARAHIN.

TAN SHIN WEI.

NURUL DIANA.

SAIFULLAH.

MOHD ZULFADHLI.

ALIA ROSLI.


Harap maaf kalau ada yang tersalah ejaan :P





Friday, May 13, 2011

Their quality alone shows their worth.


I dont think I'll get the chance to watch all the awesome videos like I used to do now. I'm leaving! In about 10 days time.. I'll go to Matriculation. So while I have the opportunity to write in this blog.. Here's something I would like to share, all sorts of video that I've been watching and trust me which are totally worth it to subscribe.. 

Matluthfi90

Yes, I do admire his videos, mainly because being a simple-nice guy without a look of Robert Pattinson, without fancy clothes like Korean band. I mean seriously, look at him! he has all sorts of qualities for being a good entertainer.

I still remember, first time I watched his video.. I taught that he was talking to himself or to any other  imaginary friends. But..NO! he was able to carry a few characters in a one time which I think some of us couldn't do.

No offence but matluthfi got the talent and was able to attract our attention to sit in front of the laptop watch the video until its finish without SKIPping. I know there are people who watch his video all over again.. and we still laugh at the same part even it might be 500 times we repeat the video.. err we? ok..count me in. haha..

Not just because of his naturally cuteness but his spontaneous joke totally makes girl lose control and hysterical. Hysterical? might too exaggerate.. but thats what I saw on TV.. everytime when vocalist started to sing, girl will be like so hysterical...''argggggggghhhhhhhh......!'' ''=.= 

What I like the most is there's must be a moral value that he wants to share with us..not only something for us to laugh at..and also a remark that he left for us to think about. Its not a long-winded speech, just a short meaningful message :) 

IniAnwarHadi

''Assalamualaikum.....'' warm welcoming for the viewer..
AnwarHadi just another talented guy that definitely would make someone like me to subscribe his videos.. He presented his videos in an interesting way.. 

in what way I said they were interesting? Well  it was the action,the fluency of his speaking skills that contribute to the awesome videos, and look at the background, he used only his own bedroom as the setting and nothing extravagant but...

His fluence english which sound almost like a professional rapper.His english is the best, REAL english not manglish like we used to ROJAK.. no biggies, this guy have been staying in New Zealand since he was a child and come back to Malaysia at the age of 8..stay in Kedah till now.. 

Thanks to AnwarHadi..he helps me to see things in many different perspective. He would highlight smallest and tiniest little things and turn out to be the things that we should really appreciate example like Negaraku song. It does touch my soul actually, the scenario does happen in my school.

The common things in Matluthfi90 and IniAnwarHadi are their HOME.. I love their HOME too.. infact, its OUR HOME. Though they studying oversea, but Malaysia is the place their emotionally tied to. Dont you think we had something common with them?


Maria Elena Zarul


Beautiful girl. Maria is the kind of girl that just do what she wants to do.. I dont have the right to judge people but thats what I see in this lovely Maria.. Labelled herself as 'Peliks'..to me, 'Peliks' is the aspect of her natural character..

Her accents.. have u heard? You should go youtube and hear it by yourself.. 

I love her hijab tutorial too..its up to you to choose what kind of fashion you wanna wear.. whether it is Hana Tajima's style, or even Ariani which is so easy to wear. But remember one thing, make sure it does cover your chest.. wearing tudung but it doesn't cover your chest is just like nothing..

These are the people who made me never get bored to open my youtube. They are Malaysian. :)

There are others talented youtubers also.. a lot! I upload few pics of them.. <3 

Ryan.. NIGAHIGA.

Charlie..CHARLIEISSOCOOLLIKE.




Tuesday, May 10, 2011

seringkas nama.



Adibah. Cuma satu perkataan. Tiada Nur, mahupun Siti. Waktu zaman persekolahan, jika cikgu ingin masukkan nama aku ke dalam sesuatu aktiviti, pasti soalan ini ditanya ''Nama awak cuma Adibah je?''
''Adibah je cikgu :)'' Nama aku selalu teratas..jadi apa jua soalan, aku yang selalu kena jawab dulu. 

Kata ibu, cukup dengan nama ringkas untuk aku.

Pada saat mula aku punya blog ini sejujurnya aku tidak tahu apa itu Nuffnang.. dan bila rakan kata boleh buat duit guna blog lagi aku terpinga..aku masih tak terasa nak letakkan iklan, bagi ku kewujudan blog ini tidak punya tujuan sampingan mencari duit..aku cuma ingin menyampai perkongsian tentang hidupku..

Walau aku tahu dalam diam ada yang tidak suka akan blog ini. Aku mohon maaf jika blog ini tidak seperti yang kau inginkan. 

Duit itu bisa aku cari walau habuan yang tak seberapa, namun pengalaman yang aku peroleh terlalu mahal harganya.

Terima kasih atas sikap prihatin rakan-rakan blogger baru..yang cadangkan supaya aku letak lebih banyak widget.. memang pada mula aku tak mahu letak shoutbox..tapi setelah diberitahu aplikasi itu menyenangkan komunikasi, aku letakkan di situ... :)

Aku cuma blogger simple. Tidak sehebat blogger lain,mahu aku cuma bercoret apa ada di minda.. Aku yang masih terkial dengan tutorial yang diberi..terima kasih kepada rakan-rakan blogger..dengan menjadi seorang blogger membuat diri ini lebih mengenali susur alur kehidupan.

Ada blogger yang mahu rintihan mereka didengari, ada yang mengolah bakat berbahasa dengan begitu indah sekali..aku juga mendengar banyak cerita baik, dari blogger yang punya perkongsian sentuhan rohani mengingatkan alam kekal abadi.

Seringkas nama. Itu aku. Pagi itu, rakan datang ke rumah mengajak aku keluar. Aku selesa dengan sekadar mengenakan t-shirt lengan panjang, seluar jeans dan tudung..aku yang bersiap tak sampai 5 minit.. dia seperti tidak percaya ''apa gincu, maskara tak perlu pakai ke?'' aku tersenyum.

Mungkin aku begini simple juga kerana didikan ayahku..kalau masa sekolah rendah aku biarkan ayah aku tunggu 10 minit di gate sekolah, dia pasti tinggalkan aku..

kalau aku buat dia tunggu 10 minit, dia buat aku tunggu 3 jam..selepas 3 jam baru dia datang balik.. dalam sunyi berseorangan tunggu ayah, pak cik guard rajin melayan kerenah aku.

Kata ayah, aku perlu diajar menghargai waktu, agar tahu erti hormat orang lain. Sampailah sekolah menengah aku pasti tunggu ayah 20 minit, atau 15minit paling kurang sebelum waktu yang sepatutnya..jadi kalau waktu pulang 1.10 aku cakap 1.30..biar aku tunggu dia, jangan dia tunggu aku.

Mungkin ayah aku sedikit berbeza dari ayah rakan-rakan yang lain mungkin kerana kerjanya..dia seorang polis, bertugas di cawangan persenjataan dan unit pemusnah bom.. waktu kecil ku banyak aku habiskan di pejabat dia, lihat ratusan senjata..

kata ayah dalam kendalikan bom..cuma ada 1 prinsip..


''sesaat lupa, selama-lamanya takkan ingat kembali....''

Jadi jika lupa sama ada wayar biru atau merah harus dipotong, atau lupa langkah mengendalikan bom, step yang sepatutnya dibuat kemudian, didahulukan..maka pasti bom akan meletup, tiada isitilah mahu ingat di mana salah..

Simple.Aku selesa begini. Itu saja perkataan yang boleh menghuraikan tentang diri ini dan juga blog yang tidak seberapa..tanpa nuffnang..tanpa muzik..tanpa gincu mahupun maskara..Terima kasih bagi siapa yang datang berkunjung.. :)






















Saturday, May 7, 2011

Berapa lama habis juga..

Mcd JJ kinta city ipoh jee..hehe..


Semalam merupakan hari terakhir aku bekerja....finally!! dapat aku rehat.. aku berhenti sebab lepas nie nak sambung belajar..Sepanjang aku bekerja terlalu banyak pengalaman aku kutip..setiap hari bersepah berterabur pengalaman depan aku..aku kutip je semua..haha!

Antara pengalaman yang aku dah kutip..

tatoo..
tatoo nie merupakan perkara biasa bila bekerja.. dekat mcd aku kena goreng fries jadi terkena minyak panas tu memang dah sebati dengan aku..tercelup tangan dalam minyak panas laa..bila dah ramai customer automatik korang nak buat semua benda cepat..jadi kalau tangan still bengkak terkena besi atau minyak panas tak ada masa nak peduli..

pekerja D.B.I berbakat...
D.B.I (Dewan Bandaraya Ipoh) nanti orang dok area Australia tak tahuu pulak..^-^v
biasalah kena angkat sampah..selup tangan dalam tong sampah..kadang2 air sampah tu buat tangan aku rasa teramat lah gatal walau dah sabun berapa kali...sampah tu mesti buang, kalau biar terkumpul semak di kaunter.. barangkali gaya aku yang tak geli dengan sampah buat rakan sekerja aku panggil aku ''pekerja D.B.I berbakat..:P

Tangan besi urat dawai..
Badan aku tak lah besar sangat..tapi bila bekerja aku kadang2 kena angkat kotak yang lebih besar dari badan aku..angkat kotak berat pada mulanya memang rasa susah..rasa macam tak terdaya dah..tapi kalau dah hari2 benda tu jadi senang je..pandai orang dulu2 reka pepatah alah bisa tegal biasa.. manager aku pun cakap aku nie tangan besi urat dawai..

Gelap dan sejuk!
Aku masih ingat aku kena kunci dekat dalam cooler..sejuk walau tempoh dalam 3 minit..kawan aku siap tutup lampu! suhu dalam tuu punya la rendah.. aku diam dalam tuu, tak terasa nak jerit..diam..diam.. walau tempoh 3 minit.. sejuk memang dah semacam..masa dalam tu aku terfikir..kalau dalam kubur macam nie ke rasa nye? sunyi, gelap..dalam kubur mana ada sejuk, panas!..silap2 berasap kubur.. ready ke aku kalau esok aku aku dijemput? Seram! terima kasih pada rakan aku yang kunci..korang buat aku ingat tentang kematian aku.. takut, seram, insaf..

Sumpah seranah..
Agak2 boleh tahan kalau ada yang jerit kat muka..kata BUTA KE?? LEMBAB SANGAT KENAPA??!! ya aku tahan..tipu sangat kalau aku tak rasa apa-apa tapi kita bekerja..kalau ada senior menegur atau manager tegur itu biasa..kalau kesalahan itu berpunca dari aku, memang patut aku kena hentam..ada juga bukan berpunca dari aku, aku kena tempias..pada aku, tak guna nak tunding jari siapa salah..kita sama2 kerja..sama2 kerjasama.. terima kasih kepada yang menegur..kalian buat aku belajar untuk menerima kesalahan diri seterusnya betulkan kesalahan tu..kadang2 aku suka lagi orang mencarut depan aku sebab daripada tak puas hati cakap2 belakang..jujur itu terbaik! :)

Kami semua Panda comel..

Comel nye panda nie..kami yang bekerja punya persamaan dengan panda comel.. lingkaran gelap bawah mata..Ya kalau dah kerja 7,8 ada sampai 10 jam..aku tengok mata kawan2 aku semua dah macam mata panda nie..ayah aku pun tegur bila aku balik kerja cara jalan aku dah macam orang 3 suku! itu lah kerja.. baru aku tahu erti hargai duit..bukan senang nak cari duit..selama nie tahu mintak jee kat parents.. kami semua boleh berlakon dalam twilight saga..bibir yang pucat lesi..sian aku tengok member aku, masuk pukul 10 pagi.. 4 petang belum makan lagi.. kalau customer ramai memang macam tuu..

Ber-bahasa-kah kita?
Sepanjang aku menjadi order taker..beribu customer aku dah jumpa..pelbagai kerenah.. bahasa itu penting.. ada yang datang dari Thailand, Filipina, Australia, Afrika, Arab..di situ aku bersyukur aku boleh berbahasa inggeris dengan baik..bukan nak berbangga atau apa..tapi penguasaan bahasa inggeris tu memang penting.. bila ada customer mat saleh..ada rakan sekerja tolak aku ke kaunter..pada masa yang sama mereka belajar untuk berkomunikasi..kagum lihat rakan2 sekerjaku broken english tapi semangat untuk mencuba itu ada, bila aku ajar speaking yang simple2.. ada juga customer yang cakap filipina dengan aku.. aku sebut ''Pengako Sayo?? Sergio? Marimar? Selamat pok!'' gelak customer tuu..haha!

Dalam pelbagai bangsa aku jumpa..Melayulah paling berbahasa..
Aku tak kesah kalau datang itu kapel..bukan tak ada cina berkapel datang, bukan tak ada india berkapel datang..semua ada..tapi Melayu ohh Melayu..aku bukan pakai main cakap jee, yang aku tengok terlalu banyak..seolah sudah ditarik rasa malu dalam diri mereka..

Bila aku ambil order..yang si awek sebut nak makan apa..yang si lelaki dok pegang tangan..tercium2 di leher si awek..dan si awek teruskan meng-order makanan dari aku tanpa rasa apa2..bukan 1, 2 kapel tapi hampir kesemua kapel Melayu begitu..bersandaran depan aku.. padahal customer beratur panjang di belakang..kalau depan orang ramai macam tuu..kalau cuma tinggal berdua buat apa agaknya??

Apa reaksi patut aku berikan bila orang kiss depan aku? Aku sekadar buat muka tak ada perasaan, sebab aku sedang bekerja..tapi inilah muka sebenar aku kalau aku boleh tunjukkan apa yang aku rasa...adessss!





berapa lama aku penat bekerja akhirnya selesai juga kan? berapa lama Allah kasi tsunami? tak lama kalau lama tak tinggal apa dah kita nie..itu bala namanya..

Macam tu jugak dunia..satu hari habis juga dunia nie..korang penat buat assignment yang menimbun..buat slow2 habis juga..dunia..dunia.. satu hari hancur jugak..bumi pun dah lari pada paksi asalnya.. dah penat bumi tanggung manusia..

Ingatlah berapa lama kau rasa terseksa, berapa lama kau rasa enjoy dengan dunia..satu hari semua itu akan habis..kita akan kumpul bersama di satu tempat yang sama..bila aku start cakap nie.. ada yang cakap kat aku.. asal ko tak jadi ustazah haa?? tak pela..aku tak minta korang dengar pun..aku sendiri nak cakap..aku bukan budak baik dulu dan sekarang pun bukanlah ustazah tapi kalau cahaya dengan kegelapan tak bisa kau bezakan itu.. sangat menyedihkan bagi aku kerana tiada apa mampu aku tolong jika kau tak mahu mendengar.. 

Berapa minit baca entri nie? Last nye habis juga kan...terima kasih kepada yang membaca sampai habis :)








Tuesday, May 3, 2011

30 seconds to Mars!

Aku budak yang memang suka sangat dengan air.. still ingat masa umur dalam lingkungan 5, 6 tahun aku masuk longkang besar sebelah rumah..sebab ape? aku nak main air.. kantoi! ayah aku nampak..seharian tu la mak aku mandikan aku dengan segala jenis khazanah berus..

aku tak serik..masa aku dah expert naik basikal, kasi basikal yang besar dari badan aku pun..aku boleh naik..jadi senyap2 aku kayuh basikal pergi sungai.. balik rumah baju dah basah2...kantoi lagi sekali..

Ayah aku dah tension tengok perangai aku..jadi dia masukkan aku kelas berenang masa darjah 3.. tak ada saat paling bahagia masa tu kecuali berenang..air! dan air!

masa darjah 5 cikgu nampak potensi dalam diri aku..jadi dia tawarkan aku jadi anak didik tajaan MKLAND, terima kasih Tan Sri Mustafa Kamal yang banyak berhabis duit untuk team aku, masuk berita harian muka kami...hari2 aku berlatih berenang.. wakil sekolah masa darjah 5 n 6 dalam kepala cuma ada swim je..siapa kisah UPSR? kisah2..aku dapat 4A 1B:P

Bila dah masuk sekolah menengah, aku sibuk..siapa jadi budak main convent ipoh hidup mereka akan jadi seperti PM.. :p tapi aku masih jadikan berenang sebagai hobi aku sehinggalah sekarang..


THE END.. dgn kisah aku..

------------------------------------------------------------------


Aku bukanlah nak bercerita tentang aku tapi tentang seseorang yang aku kenal dan seorang lagi yang mahu aku kenali..

Dia merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik.. makanan kegemarannya nasi lemak kari ayam pak ali kopitiam..jangan tanya di mana restoran tu..aku pun tak tahu..:P Dia pada mulanya tak minat lansung dengan sukan renang nie..imbau kembali masa darjah 1, dia meronta, menangis bila parents masukkan dia ke kelas renang..

Bila dah masuk darjah 5, barulah dia betul2 minat dengan sukan air.. baru nak excited macam aku..haha! awal tahun nie dia dah simpan hasrat nak masuk swimathon.. sebab tahun lepas dia ada ambil training untuk license life guard peringkat Malaysia.. jadi sepanjang cuti tahun lepas dia struggle berenang tiap-tiap hari!

Alhamdulilah dia berjaya ujian lifeguard, judge yang menilai lihat dia punya potensi untuk pergi lebih jauh.. judge cadangkan dia pergi ke peringkat International..sekali lagi, dia berjaya di peringkat International! pagi, petang, malam sekurangnya dia berlatih 2.5 km setiap kali training.. ya sememang amat aku kagumi.. itu bukan satu perkara yang senang.. kerana aku sendiri merasai training sebegitu walau bukan peringkat International aku pun dah rasa tercungap..

Reaksi keluarga agak terkejut bila dia sebut hasrat nak masuk swimathon dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut, Marang. mak ayah cakap ''boleh ke takk nie???'' ''Boleh laaa :)'' jawapan dia yakin lagi bersahaja.. ibu bapa mana tak seronok tengok anak semangat? jadi mereka turut excited.. push glerrr! untuk practice..mestilah takut anak sulung kesayangan lemas kat laut..hehe.. melihat wajah ibu bapa yang bangga dan gembira, itu paling bermakna buat dia..

Tahun nie dia bakal duduki peperiksaan SPM..jadi dia kena pandai bahagikan masa antara berenang dengan swim..katanya weekdays study..weekends training.. simple to plan..kan?

Kapas-Marang Swimathon!

Pengalaman berenang di open water yang sememangnya amat menyeronokkan..perasaan takut, memang takut..tapi barangkali dah ramai orang berenang bersama..mungkin itu memberi dia semangat untuk teruskan renangan..

Cabaran terlalu banyak..macam-macam dalam laut yang tak boleh di jangka contohnya..jellyfish! wow... kalau kena memang sakit..''BANYAK sangat sea lice.spnjg berenang tuu, dok garu2 badan je! Tak tenang lansung..and goggles aku bocor, so air asyik masuk mata..pedih..'' itu antara cabaran dia..jeng3..

Apa tips dia amalkan untuk kekalkan stamina?..ehem! JANGAN MEROKOK...! dia olah panjang lebar  tentang rokok nie kalau nak tawu....

tak yah arrr merokok



Setelah struggle dengan training, dorongan keluarga tak henti-henti, dan semangat yang kental..sahabatku nie akhirnya sampai ke garisan penamat..
Dia, Saifullah Suhairi.

no 124






''the only thing that keeps you behind is yourself..so jangan jadikan alasan untuk menghalang diri terus maju :)'' - Saifullah Suhairi.

''Harapan aku dapat bukak swimming pool yang class and islamic oriented'' 

-------------------------------------------------------------

Kisah tadi tentang sahabat aku, epul..dia yang aku kenali.. 

Manakala seseorang yang ingin aku kenali..

Tidak banyak yang aku ketahui tentang dia, tapi satu aku tahu..dia punya azam kuat..

Di lahirkan cacat sejak lahir, sikit pun tidak patahkan semangat untuk jalani kehidupan seperti orang biasa.. kita nie yang ada tangan..boleh taip entri baru tiap malam.. dia pun boleh! guna kaki jee..

Bahkan dia boleh pandu kereta! Dia lulusan bidang Psikologi Perkembangan dari Universiti Griffith, Australia..

Tengok balik..arnab dengan kura-kura berlumba..tengok fizikal kita memang takkan sangka kura-kura akan menang.. jangan pandang orang sebelah mata.. memberi kita inspirasi untuk teruskan perjuangan capai impian kita..

siapa boleh kenal kan aku dengan Zhariff Affandi?


no 302








saifullah dan zhariff.. bersama menamatkan renangan sejauh 6.5 km.



Impian kita~
30 seconds to mars?? bunyi mustahil tapi itu simbolik sebuah impian.. maka sedaya upaya capai...! 























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...