Saturday, April 30, 2011

Kurang baik itu terbaik.

Aku seakan boleh menghidu apa yang bakal aku tempuh pada awal April..aku bukanlah nujum cuma kadang-kadang tanda itu terlalu jelas..

Segalanya sudah lama berlalu dan aku sendiri katakan Untuk apa? jadi perlu ke kata apa-apa lagi? Bagi aku yang dah lepas..lepaslah..

Cuma apabila aku memusatkan fikiran..segala cerita dan kata-kata seakan baru tadi aku dengar..walau semua itu dah lama punya noktah.

Dalam sendiri aku mengeluh..mengadu pada-Nya, mengadu pada teman rapat..keluh-kesah dan tangisan yang ternyata membuatkan diri aku terlalu penat..muak! Diri sendiri buat diri sendiri penat sape suruh??

Ce cite~ ce cite ~



Ubat tu memang rasanya pahit..tak pernah kita dengar orang cakap''ubat hospital dan pil2 warna warni tu semua kegemaran saya!'' Kalau ganti ubat tu dengan aiskrim kan best?.tapi untuk apa? walau di mulut rasa sedap..tapi semakin kita derita..aiskrim tak ada peranan macam ubat..sebab tu masa kecik mak paksa makan ubat kan?



Hidung mancung! bibir pun lekuk...rambut!stylo time tiup angin fuhhh cair awek tengok! Kadang-kadang kita lihat cermin..kenapa la rupa aku tak hot macam model2 iklan tu? Kalau muka macam kate boleh kawin dengan William kan? :P Tak payah lar..kalau pakai baju baru pun kita dah rasa kita hot..jadi cukup lah kulit sawo matang, kuning langsat..muka Melayu! Sebab tak mustahil kalau muka kita hot, kita lupa dunia..bangga dengan rupa..jalan mendada, senyum jangan haraplah..




Dan ada jugak orang kaya yang risau..dia risau dengan harta yang melimpah ruah..dia takut satu hari dia akan jadi sombong, tak pandang orang miskin, kedai mamak apa kelas?? Dia harap tak jadi terlalu kaya..biar sederhana atau miskin tak berharta asalkan jangan lupa dunia..tapi siapa sangka kalau dia ditakdirkan miskin tiba-tiba dia tidak dapat terima hakikat..tak sabar! pergi meragut sini sana..

Jadi setiap kejadian yang kita rasa kurang baik menimpa adalah yang terbaik untuk kita.. Kalau kita dah selalu berdoa kita berserah segala pada-Nya..kenapa kita masih mengadu domba resah gelisah? ''asal lah benda nie terjadi kat aku? Dalam juta2 orang aku jugak yang kena??''  Allah memilih yang kurang baik kepada kita, ini disebabkan kurang baik itu terbaik untuk kita.

Cukup..cukup dengan keluh kesah aku, lebih baik sebut Alhamdulilah..aku mahu tutup buku bulan April..kisah kurang baik yang selalu aku sesalkan padahal itu terbaik untuk aku..

jadi bulan May ini semoga.. kisah kurang baik yang bakal tiba akan aku hadapi dengan tenang..biar kita hilang semua..jangan kita hilang iman.. tanpa iman aku rasa aku tak mampu  pun nak taip semua nie.. mungkin aku masih menangis, meratapi nasib yang berlalu..

Kurang baik adalah terbaik untuk semua orang..ada hikmah yang kita tak nampak, kita tak tahu.. asalkan pegang pada yang ajaran yang satu..apa mendatang terasa tenang..


''Seseorang tidak akan meraih ketenteraman sebelum diuji'' - Imam Asy-Syafi'i.






8 comments:

  1. If it's all been done, what is left to do? yup..he knows best..

    ReplyDelete
  2. salam :)

    "barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia burk bagi kamu, dan barangkali kamu membenci sesuatu sedang ia yang terbaik bagi kamu" al baqarah : 216

    ReplyDelete
  3. jdik lah kaya..tapi jgn lupa cik purpleberry..haha! belanja lah harta puas2 ke jalan yg baik.. :)

    ReplyDelete
  4. CP- subhanaallah sudah lama itu tercatat..baru kini aku tawuuu :') hamba yg sememangnya terlalu kerdil..

    ReplyDelete
  5. TUHAN tak akan menguji hamba NYA jika hamba nya tidak dapat menghadapi dugaan tersebut..mungkin ada hikmah disebalik semua ini..

    ReplyDelete
  6. bukan mungkin lagi..dah memang sah ada banyak hikmah nya pun....hehe..thanks cik sakura <3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...