Monday, April 4, 2011

Atas sana tuuuuuu...! Bawah nieeeeeeeee...??





Gunting~ gunting~ tekun aku gunting gambar moto ninja.

''tu gunting gambar apa pulak tu?''.

''Haaa..mak nie moto ninja yang latest sekali..smart kan? ingat nak tampal kat dinding tu''

''Kamu nie kan..perempuan! nak buat apa lah minat semua2 nie..lagi satu!
Habis ler cat dinding tu tertanggal kamu asyik dok tampal ini..tampal itu''

Aku tunduk. Aku selit kan keratan tadi dalam sebuah buku.

 -------------------------------------------------------------------------------------------


''Adibah! your turn!''

''What? Udah..apa aku nak cakap nie? 1 haprak tak prepare!'' aku cakap dalam hati.

''Ehem! Good morning to Miss Lau and my fellow friends.. today, I would like to talk about my hero, Valentino Rossi :)''

*Membe2 aku dah berdekah2 gelak.. :P

Inilah saat oral test aku time form 5 dulu.

--------------------------------------------------------------------------------------------

''Woi Dibah Rossi!''

''weyh tak yah r panggil nama tu kat public!''

''Awat? ko letak nama tu dekat fb ko.. boleh pulak? Haha''

dan sejak hari tu jugaklah aku tukar nama fb aku kepada Adibah Ishak. :P

--------------------------------------------------------------------------------------------

Ya aku memang minat Valentino Rossi. Dia dah banyak kali menang pertandingan dunia dan perwatakan dia yang riang dan glerr2 membuatkan aku tertarik akan lelaki Itali ini.

Pernah dengar radio Hitz.fm? Berapa kali diorang ulang apa Valentino Rossi cakap..aku takkan pernah jemu..
normal ke? Andai aku dengar 500 kali pun aku still gelak pada part yang sama! haha..

Walaupun dah 7 kali dia jadi juara dunia. Tapi semalam dia kecundang.. bukan kalah biasa.. dia kemalangan. Berlanggar dengan Casey Stoner masa ada baki 20 pusingan.

1 dunia kenal Valentino Rossi. Aku percaya ramai rakyat Malaysia yang kenal dia gak..er bagi siapa yang minat la..^-^v

Aku memang frust bila dapat tahu hero aku nie tak menang.. bukan lah tak dapat terima, dosa namanya kalau tak dapat terima!

Cuma sebagai peminat aku agak kecewa. Jadi entri kali nie membuka mata dan minda aku. Kita tidak akan selalu berada di atas.Tidak selalu menjadi juara.

Rossi dah merasai tepukan gemuruh semua peminat..saat dia diumum menjadi juara.. beratus jurukamera yang mendekati..ya, dia merasai apa yang dinamakan ke~ma~syhu~ran, kemasyhuran! (berbelit lidah kejap..aku fikir..fame dalam bahasa Melayu apa yer? O.o)

Andai ada pernah yang menepuk bahu mu ''Hey tahniah tadi ko memang hebatlah..cayalah!''

yang bersalaman dengan mu..mengucapkan tahniah dengan rasa kagum akan diri kamu.

Bagi ahli korporat.. ada yang begitu selesa duduk di atas kerusi empuk.. menjawab panggilan ''Ya Tan Sri.. I dah uruskan tender terbaru kita dengan Syarikat Rossiah untung sure berlipat dan tikar takkan terlipat''

Ketika ini berlaku kita merasakan seolah berada di atas.. kemasyhuran di kecapi.. jika timbul riak.. ingatlah kita tidak selamanya berada di atas..mungkin esok, lusa atau selepas baca entri nie kita akan berada di bawah.

Hidup ini terlalu banyak naik turunnya. Masih ingat pada Gaddafi? Dulu dia berada di atas tapi sekarang diguling sendiri oleh rakyatnya.

ketidakadilan yang diamalkan semata-mata untuk mengekalkan kedudukan.

Jadi andai kamu berada di atas jangan sesekali lupa akan kepada pencipta kita. Sebesar mana kita sekarang, semua tidak akan kekal lama. Di atas tolong yang di bawah.

Andai pula kamu katakan aku dan kamu selalu berada di bawah tidak semestinya itu tiada makna. Bisa saja kamu peroleh ganjaran dari musibah yang menimpa. Bagaimana? Jika kamu susah, jangan sesekali bersungut seperti anak kecil sebaliknya kesabaran kita tanam pada diri.. ganjaran sabar akan dibalas di sana kelak.. 

SABAR. Memang sabar itu mudah diucap dengan bicara, tidak nampak di mata. Tapi aku tahu kamu pernah merasainya..moga kita terus merasai sabar dengan bimbingan dari-Nya.





5 comments:

  1. haha, ak tk knl valentino rossi?
    heeee :D, gler laen dri yg len ..
    bgos3.
    yup! idup kiter umpama roda,,
    tak brmkne kiter kerek siket mse SPM,,kiter mati,
    cume sbgi pmbkar semangt utk idup lbih maju ke hadapan... :):)

    ReplyDelete
  2. huhu..tak kenal ke? xpe hari nie start kenal lah..hehe!
    betul tu roda.. :) yeahhh !

    ReplyDelete
  3. klu kte pkiR blek an, if ak lah, ak msti pkir
    OHH! ak dah pndi, tk yh la beria sgt blaja. agipon ak blaja kat ovasea, bknnyeer org tau pon ak truk, yg pnting diorg tau ak blaja kat ovasea,, hak3.
    sekadar renungan~

    ReplyDelete
  4. tudia...hahaha..fanatik gilo

    ReplyDelete
  5. haha! xdela fanatik gila..sikit je :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...