Terlalu luas cabang..se-express itu kamu katakan.. refleksi dan respon pantas aku berikan.. pandangan mereka menjadi paparan umum..
Apa yang cuba aku sampai kan? Barang kali ada yang bertanya..bila aku start berkias atau bahasa berbunga nie.. :P
Aku bercakap tentang cabang komunikasi sebenarnya..facebook, twitter, myspace, skype.. Lihat sendiri kita punya cabang komunikasi yang terlalu luas..bukan setakat boleh contact budak Ipoh dengan budak Sabah tapi 1 dunia! Tak kira di mana, masa kita boleh hubungi sesiapa..I'll follow you~~~~
Masa kita habiskan berjam2 depan laptop..chat, komen segala.. kita memang maju! Sesaat kita tekan enter dah terpapar di skrin..dengan hanya satu klik dah boleh buka blog masing-masing..
Tapi begitu ironi, semakin luas cabang komunikasi..semakin jelas menunjukkan kita sebenarnya sunyi.. sunyi..
rasa memerlukan sesiapa di luar sana untuk mendengar, memikirkan tentang kamu, respon ramai membuatkan kamu rasa..
kamu ada di situ..
kewujudan diri dirasai..
Memang..tiada siapa yang ingin ditinggalkan bersendirian..menjadi fitrah sebagai manusia yang ternyata kita tidak boleh hidup bersendirian..untuk itu, sebenar dan sepatutnya tiada istilah darjat di antara kita..
Jadi biasalah kalau kamu lihat '' plzzz..follow blog I, promise I follow blog u balik :)''
tak perlulah buat reaksi muka..dah berkerut dahi..terangkat kening sebelah bila tengok ayat macam tu..jika kamu minat maka follow lah.. jika sebaliknya berlalu saja dari situ..
''Kerek glerrr..poyo lah mamat n minah nie...tunjuk baik pulak dahhh...''
kamu tahu apa jadi pada dia hari nie? Apa musibah menimpa?
Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan sendiri..tidak semestinya kamu baca setiap entri tentang seorang blogger dengan sepantas itu kamu kenal akan dia. Kadang kala sahabat yang telah lama kamu kenal muncul di depan mata, kamu lihat dia seperti orang lain.
Masing-masing punya cerita sendiri dan bagi aku, setiap cerita punya makna tersendiri dan kenangan bagi seseorang..itu blog manis kamu :)
Di sebalik kita melayani 'sunyi' sambil 'meluaskan cabang' ada yang lebih sunyi sekarang nie..cuba lihat penghuni rumah orang tua..apa mereka buat bila rasa sunyi?
Tentu sekali mereka tidak punya facebook seperti kita.. bila kali terakhir kita mendengar luahan perasaan seorang ibu tentang anak dia?
Semakin kita dewasa, semakin kita menyendiri dah bersikap lebih berahsia dengan ibu bapa.. kalau dulu, sikit-sikit..''Mak...! tengok nie dia buat..!''
Sesibuk mana kita dengan kerja atau dengan hidup jangan lupa pada orang tua..ambil masa sekejap call.. kalau duduk depan laptop 5 jam..kenapa tak boleh call 5 minit..''mak ayah sihat?''
Jika cerita kita terpapar pada blog..cerita mereka pula jelas terpancar pada wajah..
anyway setuju dengan ini entry :)
ReplyDeletethanks syamsid :)
ReplyDeleteentry diba semua2 menarik2 , jenis entry yg berkualiti dan lain dari lain ,blog cmni orang cari . keep it up sis ! u has the future in blogging! believe me
ReplyDeletethanks bro fad :') seriously, diba tak tawu nak ckp pe selain THANKS A LOT for your support ! <3
ReplyDeletediba : ) SMART ! haha ., perfect doeE ,
ReplyDeletedun worry my dear , i wll alwyz be ur money in ur pocket .. hahah, phm tak ?
kirenyer ak slalu support ko lah ,#weetweet
Afy boleh tak kalau diba nak buat tak faham.. hehe XD sebab...kalau buat tak faham, u can be my money and i can be your biggest spender..see? we completes each other :) haha! men2 sat naaa...
ReplyDeletethanks afy..love ya!
Tapi...tujuan sebenar aku taip entri nak ckp pasal sunyi remaja n org tua ''=.=
ReplyDeleteWOHahAHAHAH , leh plak cm uh .. HEEEE , love kamoo gak <3
ReplyDelete