Negatifnya tajuk? Ya memang negatif..tapi itu realiti. Jadi berhadapan sahaja dengan realiti ini.
Terlalu besar jurang yang wujud di antara kita. Sampai tahu tahap kita seolah-olah tidak mahu peduli akan kehadiran. Meski hadir itu di depan mata. Aku tak tahu mengapa aku begini? Adakah hati aku sudah juta kali pecah? atau..hati aku sudah terlalu keras maka aku begini.
Selama 18 tahun aku hidup..baru hari nie kita benar bertentang mata..bukan selama ini tidak pernah..bahkan setiap hari..tapi kita lebih memilih untuk menyendiri kerna hakikat aku dan kamu sudah terlalu penat.
Tapi hari ini kamu curah segala rasa yang tidak lagi bisa kamu tahan..meski kita sebumbung..serumah..kita tidak pernah bercakap..percakapan kita terlalu formal dan ringkas..sekadar cakap apa yang perlu.
Ya, cakap apa yang perlu..meski aku di bilik dan kamu di ruang tamu..kita tidak bisa panggil untuk berbicara.. hanya telefon menjadi komunikasi kita..''tolong ambilkan abah air'' aku keluar bilik lalu ke dapur..
Kamu tertanya-tanya..kamu bingung kenapa aku dapat 4A 1B dalam UPSR..sedangkan akak 5A..
kenapa ketika PMR aku dapat 7A 1B, sedangkan akak 8A..
kenapa aku 4A 2B 4C dalam SPM? kamu lansung tidak bersuara kerana kamu telah putus asa untuk ambil peduli..aku tahu aku banyak mengecewakan kamu..
Aku masih ingat hari pertama aku memasuki tadika, 5 tahun..aku lihat rakan-rakan lain menangis..meraung..tarik tangan ibu dan ayah mereka..tidak mahu ditinggalkan di situ bersama kawan yang tidak di kenali dan cikgu bertubuh tinggi entah dari mana..
Tapi aku..aku lansung tidak punya rasa untuk menangis..melihatkan suasana dalam tadika pernuh warna-warni..mainan yang banyak..membuatkan aku leka..''E'eh rugi betul diorang tak nak main..''
Selesai hari pertama aku di tadika..semua orang sudah pulang..
Aku masih di situ menunggu kehadiran ayah ku datang menjemput..sejam..dua jam berlalu..seterusnya berjam2 aku di situ..cikgu pinta aku tidak ke mana-mana..duduk! tunggu ayah :) , dia mahu ke tandas sebentar..aku lari! lari! lari! kerna aku tahu ayah tidak akan muncul...
Sebelum aku ke tadika memang aku sudah biasa main di taman dari pagi sampai magrib..bersama teman.. jadi tidak mengapa aku ditinggalkan kerna aku sudah terbiasa dengan kesunyian ku, riang tawa bersama teman..
Bukan kisah tadika ini menjadi dendam aku..cuma aku sudah terlalu acap kali dilayan begitu.. dari kaki aku sebesar tapak tangan mu..aku tidak salahkan kamu kerna apa jua kamu tetap ayah aku..
Pinta kamu..hanya ingin aku melihat aku hidup..benar2 hidup..kerana apa yang menurut apa yang kamu lihat..aku seorang anak yang tidak punya rasa, suka bersendiri, hal lain..lantaklah!!..diam di depan kamu tapi penuh pemberontakan dalam jiwa..memang benar itulah aku..
Mungkin jiwa ini penuh rasa memberontak..mungkin jiwa ini selalu menjerit..tapi jiwa ini tidak pernah berdendam..
Akak jika kamu baca ini..jangan kamu salah faham..aku sayang kamu! Dalam sudut hati tidak pernah aku salahkan kamu kerana kamu paling abah hargai..bahkan aku rasa kamu sememangnya berhak.. abah hargai KAMU..tapi abah sayang KITA.
Ketika entri ini di tulis air mata aku mencurah..jari begitu pantas menaip pada masa yang sama getar kuat yang aku rasa dalam jiwa..
Hari ini..segala rasa 18 tahun ayah simpan di curah sepuasnya..begitu juga air mata ku..aku tidak pernah mahu menangis di depan insan yang bergelar ayah..kerana aku mahu kamu tahu,aku anak kuat walau apa jua keadaan..ternyata, aku gagal hari nie..aku turut menangis.. adakah selama ini aku kuat atau selama ini aku ego?
''Allah itu maha Adil..kalau kamu tanam cili..cili lah tumbuh.. Apple atau lemon takkan berbuah..kalau usaha belajar 50 sen maka 50 sen result lah kamu dapat nanti..''
Benar..memang benar kata ayah..aku bukan bodoh,,aku masih ingat aku study untuk PMR hanya 3 minggu sebelum exam..aku study untuk SPM beberapa minggu sebelum tarikh sebenar..aku tidur dalam semua subjek kecuali pendidikan jasmani..
Kenapa aku tidur? Kerana terlalu banyak dalam kepala ini..tidur membuatkan semua itu hilang..aku tidak perlu fikir..aku lepak bersama rakan2 laki, tudung tidak pernah lekat di kepala..
Itu dulu..sememangnya bodoh..
Penghijrahan aku walau pada akhir tahun lepas aku rasakan sangat terlambat..tapi Alhamdulilah sekurangnya aku sempat kembali bernafas pada hirup udara yang betul..semoga aku tidak tersasar bersama dunia..
Kamu luah..hari ini ayah panggil aku sampah..tak mengapa..aku terima bahkan aku bersyukur kerana kamu dah jujur dengan aku..aku tahu kebenaran yang selama ini kamu pendam..
Aku mahu menangis sepuas-puasnya hari nie..tapi aku perlu henti semua ini..hidup perlu di teruskan aku harus tersenyum..aku harus kuat, meski pun itu sekadar pura-pura..banyak customer perlu aku layan..
Aku tidak mahu manager lihat mata ku merah.. ''THANK YOU COME AGAIN! '' :)
Ada yang rasa nak panggil aku sampah? Panggil je kalau nak..aku memang sampah tapi aku terus mewangi~ boleh ke? Aku terus mencuba..
Aku harap apa yang keluar dari mulut ayahku adalah luahan dari hati selama ini terbuku dan bukanlah suatu doa..
:)
singgah sini dari SB :)
ReplyDeleteplain hitam x de lah dear..
ReplyDeleteupcoming stock ade lah..tengah order kalau nk sy reserve kan :)
dibah , saba ye . setiap benda ada hikmahnya . mungkin dulu diba x sedar , tapi hari ini diba sedar , itu sudah alhamdulillah . belajar untuk berubah lebih baik dari berada di takuk yang lama . usahla risau dgn reslt tu , fad result byk a sket pon xke mane . insyaallah rezeki ada di mana2
ReplyDeleteterlalu banyak hikmahnya.. Alhamdulilah.. terima kasih..terima kasih..terima kasih bro fad.. :') tak terkata tapi aku amat berterima kasih pada kamu <3
ReplyDelete