Photo by Safrinaz Safry.
''Nak makan apa?''
''Tak tahu lahhhh...''
''eh cakap pasal makanan korang nak tahu tak kat kem I ada sekali tu I bawak sup babi tau.. sekali kawan2 melayu datang sekali makan..I dah warning..woii!! tu babi lah!''
diorang reply ''SO WHAT?? HA! HA!''
aku kusyuk mendengar cerita teman rapatku nie yang semakin petah berbahasa Melayu meski dia berbangsa cina.. lenggok tari bahasa yang keluar dari mulutnya tidak lagi ada pelat cina.. speaking pun dah kurang..
mungkin pengalaman di PLKN telah banyak mengajar dia untuk bertutur dalam bahasa melayu..
Aku tidak faham tapi cuba untuk mengerti... ternyata tanda soal ku temui.. dari kita kecil kita diasuh dan minda dipasak memang ternyata daging babi itu HARAM.. halal di makan kecuali pada waktu darurat.. aku malu. Benar-benar malu apabila rakan berbangsa Cina menceritakan ini..apa dah jadi?
Perut harus dijaga dengan baik..tahu atau tidak perut adalah organ yang paling sukar untuk diperbaiki dan besar pengaruhnya. Perut pun ada pengaruh..!
Jadi jangan ikut sedap rasa nak makan apa saja. orang yang suka makan makanan haram dirinya akan terhalang dari melakukan kebaikan..rugi kan?
Lepas nie kalau singgah mana2 kedai tuu jeling-jeling lah sijil halal..teringat lak aku selalu makan kat satu kedai tak tahu halal atau tak..huuuuu~
Bukan tu saja makan berlebihan pun bahaya.. bayangkan~
ya aku mohon seketika.. kalian bayangkan kuali..dah bayang?
Orang soleh, ulama memberi perumpaan perut itu ibarat kuali. Kuali yang terletak strategik di bawah hati, apabila kalian masak.. pasti mendidih maka keluarlah wap asap akan terkena pada hati..cuba bayang pula apabila terlalu banyak asap sebab makan terlalu banyak..dah jadi pencemaran udara kat hati tuu..kotor dan hitam..
Apabila seseorang itu kenyang dia lebih cenderung untuk lupa daratan.. yang ini memang aku kena setempek! terutama bila tiba bulan puasa makan kenyang sangat lepas tu nak pergi solat magrib terasa berat dan sendat apatah lagi terawih?.
Sebaliknya jika kita lapar, badan terasa longlai, tidak bernafsu, tidak banyak berkendak dalam melakukan kerja berlebih-lebihan. Makan berlebih-lebihan ni membuatkan badan terasa berat, mata senang je nak tutup, lesu..singgah katil sekejap memang senang tidur..itulah kerja aku dulu..makan tido..teruk! moga entri kali nie sebagai teguran bagi diri.
Bila kita dah terbiasa makan terlalu banyak..tak mustahil kita rasa terlalu sukar untuk berpuasa kerana tidak biasa berlapar.. bila nak ganti puasa kalau macam nie?
Lihat! aku minta kalian jangan berpaling..rasa tak selesa? ya memang aku mahu kalian rasa sebegitu. Mengapa hanya ingin senang sedangkan jiran menderita dan saudaranya kelaparan.
Aku akhiri entri ini dengan photo-photo nie moga teguran ini terpahat kuat dalam diri aku ini yang selama ini tidak menghargai rezeki, sering kali merungut makanan itu dan ini tidak sedap akhirnya membazir. Kini aku malu selama ini bersenang sendirian, mengapa selama ini tidak aku pedulikan nasib orang lain di luar yang lebih susah?
Mari bersama jaga diri kita dalam mengendalikan diri dalam urusan makanan.
Thursday, March 31, 2011
Wednesday, March 30, 2011
aku lihat Meja, aku lihat Aku.
Malam itu aku duduk di sudut tepi, mengamati malam sunyi. Tempat yang tadi penuh dengan umat manusia, ternyata sepi..sesekali aku terdengar muzik dari Airport Pub yang berjiran dengan Jaya Jusco, tempat aku bekerja.
''WOI!!''
''ehhhhhhh???''
''Lama tak jumpa!..baru balik keje ke diba?'' dia memandang uniformku.
Kami borak sebentar, dia bertanya tentang khabar dan cerita terbaru tentang aku.
sampai giliran dia pula..''Aku? hurmmm satu-persatu awek aku menyepi!''
sempat lagi rakan lain mencelah ''tu lah pasal ko player sangat!!'' *kami tergelak.
Aku akui memang ternyata wajah rakanku nie agak kacak dan pemain bola sepak sekolah.
Aku memberikan pandangan aku mengenai cinta pada dia.
Dia diam. Aku diam.
''Diba.......ko lain sangat arr sekarang..banyak berubah!''
belum sempat aku jawab, aku ternampak cahaya lampu motosikal ayah aku..
''ok arr gerak dulu! bye...'' aku berlalu pergi..
sampai di rumah kata-kata kawan aku seolah-olah terngiang di telinga.. ''banyak berubah~ bah~'' *poyo lak aku nie :P tapi aku lebih selesa berbahasa baku ^-^v
Menyedari diri ini terlalu banyak melakukan dosa terdapat pelbagai persoalan..

meja sewaktu aku di kelas 5 lily- 2010. |
balik rumah aku pandang meja study aku nie sambil berfikir..dan fikir lagi. |
Bila aku tengok meja aku nampak kesan conteng pen, pensel.. calar.. dah lama meja nie berkhidmat sejak dari aku darjah 3 lagi.. meja dalam kelas tu pulak sebelum aku guna pasti ramai student pernah guna meja tu..
dari hari ke hari meja itu pada mulanya baru..lama kelamaan berubah..dengan segala kesan yang aku buat.. ya akui aku conteng gak meja dalam kelas! :P tapi aku padam balik laa..haha! ish3 apa punya pengawas lah~
Jika difikirkan meja itu adalah benda. Jika meja adalah benda maka meja adalah sesuatu yang bukan hidup, tidak punya perasaan! itu sudah pasti..tapi walaupun tidak hidup, meja itu turut berubah.
Apatah lagi aku, aku manusia..aku manusia yang hidup..pasti aku berubah dan aku percaya pembaca blog aku nie pun adakalanya berubah..
cuma perubahan aku ini lebih kepada penghijrahan aku.
Aku bukan budak baik dulu.Aku tidak ketinggalan sedikit pun menikmati apa yang remaja sekarang buat, aku pernah berada dalam suasana seronok, lalai..lupa..seterusnya gila!
Sampai satu tahap aku benar-benar rasa kosong..kosong..segala macam hiburan aku rasa jemu..
untuk hilangkan rasa kosong aku ikut saja melepak bersama geng.. tapi di celahan gelak tawa rakan aku masih berasa kosong..tubuh aku di situ tapi aku seperti tidak punya perasaan.. totally zero! berkepul asap rokok sesekali menyebabkan aku batuk..aku masih ingat saat itu.
Aku mula mencari yang selama ini aku rasa hilang..
''Sekarang aku cukup sifat, cacat tak de..aku dapat makan-minum. Masih muda kuat mampu untuk bekerja.. kalau betul aku nak bertaubat masa tua..sempat ke? kalau betul sempat.. masa aku dah tua aku mampu ke nak solat sunat semua silap2 bila tua terlentang atas katil je..semua nikmat kesenangan bila masa boleh ditarik ''
Hati aku terlalu kuat untuk fikir semua nie, bererti aku sedar bahawa perkara nie memang sesuatu yang logik! masuk akal! Sepintas lalu aku memahami apa yang sebenar yang kosong dalam diri.
Perasaan takut telah mewujudkan rasa insaf..membuat aku rasa terikat akan perintah-Nya. Tidak lagi punya alasan untuk aku berpaling tidak punya waktu untuk berkhayal mengejar dunia.
Bukti terlalu jelas dan memang selama ini sudah ada di depan mata aku..
aku terfikir akan kewujudan aku.. subhanaallah! hanya dengan percantuman sperm dan ovum Allah S.W.T cipta aku. |
kalau dulu aku tengok awan..hurmm cantiknya awan. sekarang aku tahu Allah S.W.T itu mencipta awan tanpa ada tongkat tapi mampu terapung. |
''Layak aku beribadat sedangkan aku masih melakukan dosa?''
''diriku terlalu penuh dengan penderhakaan''
Iman aku mudah goyah punya naik turunnya tidak ubah bahkan serupa seperti yoyo.. Memang sukar.. terlalu banyak yang perlu aku pelajari.
Kadang-kala memang terasa berat untuk solat subuh jenuh mak goncang baru aku bangun.. sehingga aku cakap pada diri :
''Diba bangun! ko kena bayar sewa.. sewa tangan, kaki, mata! Ingat Allah kasi free ke? Solat nie la ko nak bayar!''
''Kalau aku puasa direct 5 hari pun agak-agak mampu tak bayar nikmat sebelah mata?''
Ketika aku taip entri nie..aku tertanya patut ke ? perlu ke? aku kongsi di blog mengenai ini soal amal ibadat ku? Bukankah ini lebih baik aku menjadi urusan antara aku dengan-Nya sahaja..Namun aku benar-benar berharap dengan perkongsian tidak seberapa dapat membuka hati pembaca jika anda masih ragu mengenai taubat.. ajal takkan datang cepat 1 saat dan tidak akan lewat 1 saat.. dia datang ngam2 pada waktu yang telah ditetapkan tapi sayang kita tak tahu bila.. kalau tak, boleh lah bajet masa antara enjoy dan taubat..kan? Allah Maha Bijaksana.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan untuk aku kawal peringkat ini meminta dan pertolongan Allah supaya tidak tersasar lagi.. jauhkan aku dengan rasa riak kerana riak boleh menyebabkan ibadat tidak terima..sia-sia tunggang tonggek tapi last tidak di kira.. jadi simpan saja ucapan kamu jika ada yang ingin memuji..aku takut pada riak! tapi andai ada yang ingin membetulkan salah silap diri ini dengan memberi komen atau pandangan..aku alu-alukan sangat! :)
''Penerimaan taubat akan terus berlaku selama pintunya masih terbuka, dan gerbang tersebut baru dikunci ketika matahari terbit dari tempat terbenamnya, iaitu barat yang merupakan salah satu tanda besar datangnya hari kiamat''-kitab Nuzhatul Muttaqin.
Sunday, March 27, 2011
Maaf Bagi Kamu
Aku tahu diri kamu suatu ketika ditimpa badai bahkan mungkin sekarang badai itu masih tidak menampakkan tanda surut. Segalanya ingin kamu buang, pergi jauh dari semua itu.
Tapi kamu cuma anak biasa yang punya rasa.. kadang kala kata-kata manusia yang menikam setiap benak kamu telah meninggalkan parut yang sukar untuk kamu lupa, kata-kata yang masih menjadi bisikan di kala kamu terkenang akan saat itu.
Aku tidak tahu apa kata-kata pedih yang pernah kamu terima malah mungkin saja kamu kata aku tidak memahami kamu kerana aku tidak berada dalam situasi serupa.
Hati kamu sakit, semahunya kamu pergi berhadapan orang itu dan membuakkan rasa yang selama ini terlipat di celahan marah diri kamu. Kamu berazam tidak mahu memaafkan segala perilaku insan bergelar manusia.
Manusia itu juga tidak pernah puas untuk terus menerus menjatuhkan air muka kamu..kamu simpan impian hitam untuk melihat manusia itu untuk turut tersungkur dan lebih baik di kaki kamu. Jika itu terjadi, maka puas yang kamu temui tapi cukup sekadar puas?
Aku pasti diri kamu juga turut di hantui salah silap yang lepas perihal laku kamu herdik, caci, maki manusia lain. Kamu menyalahkan diri sendiri, apabila kamu pinta itu semua tidak terjadi.
Aku tahu maaf itu bukan senang untuk di beri andai parut itu ternyata kekal abadi tapi untuk apa kamu wujudkan jurang? Jika kamu mengatur bicara pada manusia..sedang kamu tahu manusia tidak sempurna.
Mari kita lihat bagaimana maaf itu dapat membawa kamu dan manusia itu kemana?
''Pada suatu hari, sahabat baginda yang sedang duduk melihat Rasulullah s.a.w tertawa.
Saiyidina Umar r.a bertanya ''Mengapa Rasulullah s.a.w tertawa?''
Jawab Rasullulah : ''Ada dua orang umatku sedang menghitung hak mereka''
Umat 1: ''Ya Allah berikanlah kembali hak yang telah dirampas dan dizalimi oleh Umat 2 ini''
Maka Allah berfirman ''Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu''
Umat 2 menjawab : ''Ya Rabbi! Kebaikanku telah habis, maka tidak apa untuk aku bayar pada Umat 1''
Umat 1: ''Oleh itu, kamu kena tanggung segala dosaku sebagai ganti!''
Rasullulah meneruskan cerita..
Kemudia Allah berfirman ''Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga''
Setelah melihat Umat 1 berkata "Ya Rabbi! Aku telah melihat kota-kota yang berlantaikan perak, gedung-gedung indah diperbuat dari emas dan bertatahkan ratna indah.''
Umat 1 bertanya ''Apakah semua itu untuk Nabi atau untuk mereka mati syahid?''
Allah berfirman ''Engkau juga dapat menikmatinya dengan mengampuni Umat 2''
Umat 1 : ''Jika demikian sekarang juga saya maafkan!''
Allah berfirman lagi ''Pimpinlah tangannya dan masuklah kalian ke dalam syurga''
Rasullulah bersabada ''Bertawakalah kemudian tuluslah di antara kamu kerana Allah menyukai ketulusan dan keikhlasan di antara kaum Mukmin'''' dipetik dari kitab Minhajul Abidin.
Di sini aku berkongsi cerita yang aku baca bukan bertujuan untuk menunjukkan aku mahu menjadi ustazah atau ingin membuat kamu bosan mendengar aku bersyarah tapi aku ingin menyampaikan maksud. Maksud sebenarnya maaf. Salam maaf dari aku atas salah silap diri ini andai pernah melukai sesiapa kamu di luar sana.
Saturday, March 26, 2011
Kena Tangkap Kering
Dia tengok aku lain macam tapi aku dah biasa dengan jelingan sebegitu rupa maka aku teruskan langkah ku seperti tiada apa-apa.
''Haaa..kenapa waktu subuh dengan bunyi macam video kuat je dalam bilik kamu?? 5.30 pagi!''
''Ohh itu..tengok video kat youtube lepas letak video sendiri..'' aku sengih buat muka 10 sen..
''Jangan sampai abah rampas laptop kamu! kamu tengok video lucah yer!''
aku yang masih blurr bangkit pagi terus cakap ''ok dont worry tak tengok dah..''
PEMBETULAN..aku tak tengok video lucah! pagi tu aku betul ngantuk jadi memang tak berapa perasan dengan apa yang ayah aku cakap..
jadi satu hari tu lah ayah aku tarik muka dengan aku.. apa aku buat semua serba tak kena.. silap2 singgah penampar kat pipi aku nie..
lepas mak aku explain barulah aku jelas dengan keadaan sebenar..ayah aku dah salah sangka dan terima kasih pada mak yang dah explain semua dari A sampai Z pada ayah..
Rupa-rupanya ayah aku asyik perhati aku yang tak tidur! 2, 3 pagi masih cerah je lampu bilik..
berkepit dengan laptop..sehingga menimbulkan syak aku tengok video lucah..
aku sibuk update blog..tambah2 pulak aku baru buat akaun youtube so agak excited cuba nak buat video yang bermanfaat untuk di kongsi bersama..
fb..update diri dengan apa status terbaru kawan..lepas habis sekolah di fb lah nak bertanya khabar rakan.. tapi percayalah..percayalah aku tak tengok video lucah..
jadi sebagai perjanjian aku hanya dibenarkan untuk online sampai pukul 12 tengah malam.. sebab ayah aku tak nak kesihatan aku makin terganggu..aku hormati keputusan dia.
Walau aku sibuk bekerja, tak bertegur sapa sangat dengan ayah aku walau serumah..jujur, aku lebih gemar lepak dalam bilik..sebenarnya ayah aku turut perhati gerak-geri aku..kepada kawan-kawan jika anda rasa parents anda tak peduli kalau dia tak cakap apa2 anda salah kerana mereka lebih gemar memerhati dan sampai masa sembur!
hargai parents anda walau apa jua kenyataan pedas lagi panas mereka keluarkan sesungguhnya mereka begitu kerana mereka terlalu risau tentang anda jangan salah tafsir kata2 mereka. :)
P/S: aku kering je time kena tangkap..! :P
Result SPM.
tak nak cakap banyak tengok sila klik link di bawah nie..anda akan tahu semua..semua :)
tak nak cakap banyak tapi...dalam video tuuuu..selamat menonton! :)
Tuesday, March 22, 2011
esok, 23 march 2011!
bila aku start taip sebenarnya aku tak tahu pun apa yang nak di taip..rasa takut aku tak terluah dengan kata-kata..ya, esok 23 march esok keputusan SPM..segalanya seakan-akan berputar dalam kepala..
aku bayang~
wajah-wajah cikgu aku..
muka ayah aku~
mak aku pulak nak ikut ambil result esok~
apa la aku dapat untuk add math dengan physics??
MATHS?? aku harap dapat A..huuu~
aku mula terfikir saat masa aku sekolah sepanjang tempoh dua tahun form 4 dan form 5 apa yang aku dah buat?
kawan-kawan kata kalau kita usaha itulah yang kita dapat kerana Allah S.W.T itu maha adil dengan hamba-hambanya..jadi aku tahu sangat kalau aku usaha sikit..maka resultnya? GULP!
entah lah dari pagi tadi aku fikir tentang result..ya, aku tahu aku tak boleh ulang masa..jadi aku redha dengan apa yang tertulis pada slip keputusan esok..
yang pasti, di saat aku risau, cemas, tak tenang result tu sebenarnya dah ada pun..jadi aku memang tak boleh buat apa2.. apa pun result aku..aku takkan putus asa..doakan aku ya?
sempat lagi..haha! |
aku cuba untuk tidur tapi fikiran aku seolah terus berputar kenang detik-detik di sekolah.. dah macam video semua gambar diulang-ulang..
masa nie aku edar slip exam SPM untuk 1 kelas aku..huuu~ |
time nie tengah study add maths..huhu |
happy betul member aku nie dapat slip exam..esok dapat slip result aku harap ko tersenyum gak.. :) rindu ko! |
naik tangga tinggi owww nak masuk dewan exam.. |
Thursday, March 17, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa
selesai kemas.. aku rasa nak tengok wayang...roger kawan phone tak di angkat.. tak pelah why not aku pergi tengok seorang? selalu setiap kali keluar wayang sure berderet! sederet kerusi dari hujung kanan sampai hujung kiri geng aku sapu..hak3! ramai2 sekali gerak..
nak panjang lagi ? :P |
aku pergi jalan seorang diri dalam jj kinta city nie..ramai orang macam selalulah..berjalan sambil makan icecream tengok gelagat manusia..macam-macam ada.. :)
niat di hati hari ni aku teringin sangat nak tengok I am number four atau The Mechanic tapi masa pula tak sesuai..lewat sangat. Aku sebenarnya jujur bukanlah peminat wayang melayu kerana bagi aku cerita melayu tidak habis-habis dengan cerita hantu.. minda kita di pasak dengan cerita-cerita macam nie.. unsur khurafat! bila nak maju? aku masih tak faham kenapa ramai suka cerita hantu kak limah? O.o modal yang digunakan hanyalah lawak cakap perak cerita tak ada kualiti. *maaf pada peminat kak limah..
aku tak ada pilihan kecuali tengok cerita Merong nie.. puas dah 1 JJ nie aku dah tawaf.. nak duduk dalam wayang.. ternyata Merong berjaya menarik perhatian aku.. 4 bintang aku kasi untuk cerita nie!
Jalan cerita yang berunsur sejarah seorang pahlawan.. bahasa yang di gunakan bahasa Melayu 60% dan bahasa inggeris 40% apa yang aku suka tentang cerita nie?
aku nampak perubahan dalam filem melayu.. props yang digunakan adalah berkualiti kalau dulu aku tengok cerita melayu yang belayar kapal sudah pasti statik, guna kapal yang tak bergerak di Melaka tu.. :P
jalan cerita yang jelas punya satu tujuan.. tidak meleret-leret seperti selalunya kadang2 tak ada mengena pun masuk juga..tapi tidak untuk cerita Merong nie..
dan pasti aku suka adegan cinta putera Rome dan puteri Cina.. cinta yang berharap kepada kebebasan..
macam Merong cakap..
''how do I know when I really love someone?''
''I would DO ANYTHING''
''GIVE EVERYTHING''
banyak sebenarnya kenapa aku suka..tapi cakap karang rugi je syarikat KRU :P baik korang tengok sendiri.. promote Merong jap..hehe!
mood : teringin pula tengok Lu Langsi Lu Mati! lepas tengok trailer tadi..haha!
Wednesday, March 16, 2011
Generasi aplikasi elektronik..
tak tahu sama ada korang perasan atau tidak tapi cara kita hidup sekarang tidak ubah seperti aplikasi laptop, ipad, komputer, phone dan yg sewaktu dengannya.
Kenapa aku cakap macam nie? bacalah kalau nak tahu..peace!
ASAL LEMBAB? FASTER LAH!!! SPEED JEE....
kalau korang online best-best chat IM baik punya dengan member tiba-tiba terOFFline sendiri frust kan? klik lah refresh banyak kali nak kasi internet laju.. atau pun download lagu+ photo sangatlah bengang sebab makan masa panjang nak upload semua tu..kita tahu semua nak cepat nak laju je..
maka aplikasi nie turut korang apply kat jalan raya..dialog aku dengan sorang member lelaki dalam kereta :
''woi.. bapak laju ko bawak tak yah r kejar lampu kuning tu!!'' aku bengang+ takut..
''alarh perempuan tu la dia..kalau drive slow, lambat! teragak-agak!!..tengok laki cool je..''
''apa kena mengena kejar lampu dengan perempuan? alarh perempuan bukan teragak-agak itu sebagai langkah berhati-hati lah!''
member aku nie gelak tengok aku cuak...tak perlulah nak kejar lampu kuning yang nak dekat merah tu bahaya kot korang speed glerr... ok tak pe, kalau first time lepas.. next time? malang tak berbau bro! huhu..
kalau ko baca post aku nie..aku cakap sebab aku sayang kawan aku tauuuu..huhu! bahaya kalau ko teruskan..peace!
PANJANGNYEE..SKIP!!!
andai kata kalian di tag dalam post tentang yang panjang meleret tapi penting.. rasa macam malas je nak baca.. jadi last nya SKIP beberapa part.. atau entri blog yang panjang (entri sape paling panjang? :P xdela nie contoh je) jadi korang SKIP..atau status orang kat fb..xkenal sape dia..SKIP..haha! contoh~
jadi adakala nya SKIP nie aku terpraktik kan masa buat test.. test maths terutamanya malas betul nak baca soalan solving problem panjang..confident dah ada konon kacang je soalan..tapi sebab SATUUUU perkataan dah jadi careless..perhh! aku boleh maafkan diri kalau soalan tu tak tahu nak buat.. dalam soal nie bukan tak tahu buat tapi sebab careless buat aku rasa macam useless..
kepada pembaca..serius, janganlah SKIP-menyeKIP..rugi..baca betul2.. korang nak isi borang ke..apply apa saja, ambil masa untuk teliti semua tu..lebih baik baca bismillah sebelum start apa-apa..
Apa nie? Perlu ke? ADA AKU KESAH?! DELETE!!!
*jesse mccartney-its over my fav song! er sorry2 kembali tajuk asal..DELETE...
andai banyak sangat dalam inbox fb atau phone selalunya lah mesej dgn balak atau awek masing2 lepas tu perselisihan faham..sure rasa hati nak delete segala..apa yang berkaitan semua nak letak jauh2.. kalau boleh tak nak tengok dah..ikut kreativiti masing-masing ada yang bakar...haha! tapi hakikat boleh ke padam dari tempurung kepala tu?
kita aplikasi DELETE nie dalam kehidupan seharian kita terutama pelajaran cuba kalau tajuk lagu terbaru dalam carta? sure boleh ingat lirik.. tapi bab pelajaran yang penting tak boleh pulak nak ingat macam lirik..huhu! part tak syok macam sejarah cepat2 je DELETE dari otak lepas habis je ujian..haha! kepada adik2 aku yang form 5 calon SPM 2011..
mood : nak ulang form 5 belajar betul2..boleh? huhu..ok result 23 nie.. :(
ok semoga entri kali nie boleh kita sama-sama ambil pengajaran.. jangan jadi alat elektronik yang hanya nak
1.SPEED ketika download, last sekali ada virus..-terburu-buru akhirnya makan diri sendiri.
2.SKIP..tak nak tengok, tak nak dengar- kita butakan mata, pekakkan telinga kita ketinggalan di belakang.
3.DELETE semua benda seolah-olah semua benda hilang hakikat ia masih di situ..disitu? di mana? minda lah- berhadapan lah dengan masalah tuu..
jangan cepat sangat DELETE data berguna macam maklumat penting walau tak sesedap lirik lagu..
sekian untuk malam nie..pukul 1.21 pagi..mengantuk pulak..tapi tak boleh tido.. salam.

Tuesday, March 15, 2011
Cari Stamina balik weyh!
dah sebulan lebih aku kerja, badan dah rasa lain macam kerja 7, 8 jam sehari. Aku perasan member yang seangkatan yang kerja dengan aku lepasan SPM nie mula-mula time masuk kerja dulu muka masih nampak segar kata orang ceria je...
tapi sekarang muka kawan aku dah macam zombie je termasuklah aku mata dah lebam-lebam.. aku dah lama tak update blog nie pun salah satu sebab tahap kesihatan aku yg tak mengizinkan, tekanan darah rendah aku dah makin menjadi..anytime boleh pitam doktor cakap.. nasib baik lah bos aku baik..nampak bibir aku dah pucat cepat-cepat suruh duduk. Ubat? Lantaklah antibiotik pun aku tak habiskan..haha!
ok aku sangat rindu time sekolah selalunya tiap hari jumaat aku akan cari peluang pergi berenang sorang kat stadium..wahhhh seronoknya! aku tak tahu kenapa.. aku merasai ketenangan setiap kali aku berada dalam air..kuak lentang, kupu2, freestyle semua aku buatlah.. memang syok..
bila berenang aku rasa masalah apa yang serabut sangat dalam kepala nie umpama beransur-ansur larut dalam air..~~
relax2 macam nie...
sekarang aku stamina aku memanglah sangat low umpama bateri phone yang lagi sikit je nak habis.. bayangkan lah aku cuma naik tangga je..aku dah rasa semput gila yang amat nak rebah je.. padahal dulu time sekolah naik turun tangga masuk bilik guru.. mainan macam main aci kejar je..haha!
aku rindu saat aku main squash dengan ayah aku.. ayah aku seorang yang sangat sukakan sukan squash kalau ada je gambar Nicol David mulalah minta gunting kat aku..nak letak dalam file koleksi dia.. tak dinafikan ayah aku memang terer jugak lah main.. main squash nie best.. bila kita pukul dinding segala geram seolah-olah tercampak jauh bersama bola tu.. saat lawan kita dah mula nak terbaring kejar bola itu jadi kepuasan bagi aku..haha!
lebih kurang macam nie lah reaksi nya tengok orang tak boleh ambil bola kita..haha! nak lompat tinggi rasanya..
peluh yang mencurah terasa betapa segarnya badan.. so, squash nie sangat sesuai time aku tengah bengang..yeahhhhh!
badminton? aku tak terer tapi kawan aku ramai yang suka.. so, aku layan la juga.. nak hang out dengan member2 lama lah katakan..kami selalu sewa dewan share duit..sejam RM6 itu tahun lepas lah.. tahun nie tak tahu.. aku nak ucapkan terima kasih pada kawan aku yang suka sangat smash kat dahi aku..haha! tahu la korang terer wakil sekolah segala..wahh! kelass kau :P

jadi kepada semua pembaca blog aku andai kata yang nak teman aku buat aktiviti roger la tau.. aku ingat nak berhenti kerja lepas cukup bulan nie.. buat aktiviti senaman..kasi cukup stamina macam dulu.. inshaallah :)
Sunday, March 13, 2011
As I Predicted, It happens.
Once again I walk thru this lonely road that is soooo familiar to me..
I thought I found the one I've been looking for
but he is the one who crashes my soul
enough of the broken heart
enough of all the suffering
and I dont want to be plagued by feeling of
MISSING YOU coz it kills me at the end
As I predicted it happens
failed once again
adding to the existing wounds
As I predicted it happens
love come and go
nothing last forever
then be my nothing..*shrugs
love come and go
maybe it was fated that I'll always be alone
apparently my last hope is just the same
with the one before him
Let me live without fondling of love
let everyone know I'm despair
accompanied by loneliness
every nite for sure I reminisce
the happy memories
because that is all I can have
and maybe for the rest of my life I'll be dreaming
maybe I was fated I'll always alone
I'm alone.
Subscribe to:
Posts (Atom)