Tuesday, February 22, 2011

Pencinta Kuih.

kreatif sungguh! Tak sampai hati nak makan. :P
Comel nya~ O.o

rupa aiskrim pulak..cantik!

wahhhh...colourful!

Bila aku start google images cupcakes aku ambil masa yang agak panjang nak pilih..semuanya memang cantik! Ikutkan hati mahu saja semua gambar aku letakkan dalam blog nie..kreatif, pelbagai bentuk dan warna kagum rasa hati melihat itulah yang aku dapat gambarkan... Aku peminat cupcakes! :)

Semoga cupcakes tidak hanya menjadi santapan sekadar mengenyangkan perut pada penggemarnya tetapi juga menjadi renungan dan muhasabah buat diri ini.

Orang yang membuat cupcakes sudah pasti ada ramuan dan resepi yang tersendiri lengkap dengan peraturan yang mesti dipatuhi, rasa manis gula yang mencukupi, aduan doh yang sebati kemudian dituang setitik dua racun berbahaya. Di saat pembuat cupcakes memberi sepenuh perhatian terhadap cupcakesnya sudah pasti ada yang melihat dan ada yang tidak dia sibuk dengan urusan sendiri.

Set timer~ Ting! bunyi ketuhar..maka cupcakes dihidang kepada insan yang melihat dan tidak ketinggalan kepada insan yang sibuk benar dengan urusan sebentar tadi. Kedua-dua insan tadi melihat cupcakes ditabur dengan segala macam hiasan yang cantik.

Tuan punya diri yang melihat cupcakes tadi selamat dituang racun, sudah tentu menolak dan tidak ingin lansung menyentuh apatah lagi untuk memakannya. Dia pasti menidakkan jika dipelawa beralih arah sejauh-jauhnya tidak ubah seperti dia dihidangkan dengan sajian ala-ala fear factor. Dia pasti dan seyakin-yakinnya cupcakes tadi sangat berbahaya bahkan boleh menempah maut jadi dia tidak akan tertipu dengan hiasan krim putar di atasnya.

Walhal insan yang seorang lagi sudah tidak sabar lagi menunggu saat ''Jemputlah makan..'' ucapan terindah si pembuat cupcakes. Tangan ingin sekali segera menjamah, lidah sudah kekeringan kerna semua air liur ditelan menanti cupcakes masuk ke dalam mulut. Tidak cukup itu, dia merasa pelik bin ajaib melihat rakannya yang tidak mahu merasa sedikit dan beranggapan rakannya itu benar-benar tolol dungu.

The end.

Macam itulah kisahnya dunia. Perumpaan tentang dunia.  Apabila di dunia ramai yang menghalalkan apa yang haram tapi bagi orang yang menjaga iman selalu menjauhi dan orang yang tolol sudah pasti dahaga, tertipu dengan nikmat duniawi.

Bagi yang tahu dia tidak akan tertipu dengan fizikal cupcakes tadi, dia tidak akan mendekatkan diri melainkan terpaksa, jauh disudut hati rasa jijik dan benci tersemat kuat dalam diri. Bagi yang tidak tahu dia begitu berselera..siap minta tambah!

Entri nie aku tulis untuk diri aku yang tak habis bersiul lagu Like A G6 siang, malam sampai mak aku pun dah mula naik meluat. Maaf bonda! Aku terlalu asyik, hingga lupa. Astarafirullahalzim~ Sama-sama kita renungkan.

Ini salah satu hiasan dunia.
kaki tangan turut ikut rentak far east movement.






4 comments:

  1. wow! sgt betul . naudzubillah, jgn dekatkan diri dgn maksiat :)

    ReplyDelete
  2. yup2..sama lah kita minta dijuahkan maksiat zaman generasi kita nie mmg byk betul hiasan dunia.. semoga dikuatkan iman..

    ReplyDelete
  3. Fuhh ni lah dia anak didik cikgu anis :)

    ReplyDelete
  4. haha! yeahhh! ko bagi aku inspirasi nak tulis pasal cikgu anis,insan yg bukan sekadar pendidik :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...