Nurfarahin Ishak (kiri) |
Tempoh empat bulan berlalu terlalu pantas
tempoh percutian musim panas mu di Malaysia
pada mula kamu kembali
kamu begitu teruja dengan juadah Malaya
lagat selaku chef yang ingin mencuba segenap rasa
aku yang geli hati melihat telatahmu
yang begitu berselera menjamah taucu masakan bonda.
bersungguh mencari kuih tat nanas lantaran
kerna pada raya lepas kamu tidak bisa sentuh itu semua
anak dagang jauh di rantau.
Kita suka pada warna yang sama
ungu...ungu..
kamu kata aku mengikutimu
aku tertawa membalas ''our mind connected''
mungkin itu naluri adik-beradik punya rasa serupa
kamu katakan aku ini anak santai pantai
segalanya aku ambil mudah
menurut mu dari usia hijau
semua sudah tersedia untukku
itu untung anak bongsu
kini kamu kembali di rantau orang
aku mula merasa suatu
tanggungjawab akan diri.
tidak sesantai dulu.
Jika kamu teruja akan Malaysia
Maka aku pula teruja akan negara punya biri-biri
teruja melihat baju sejuk mu setebal kamus dewan abah
aku mencuba segala pakaianmu
sambil berkepul awan angan-angan
ingin turut belajar di luar negara
aku tidak berkesempatan melihatmu
gara-gara kerja
merah bengkak mataku
sekalian teman sekerja
puas memujuk diajak berbicara
aku diam di sudut
aku mahu! aku mahu putar masa
KALAU aku bisa berbuat demikian tapi
tidak ada guna perkataan KALAU untuk benda yang sudah berlalu
jadi aku guna KALAU untuk kita
bersua kelak
akan ku peluk erat tubuh mu, akak....
We may look old and wise to the outside world. But to each other, we are still in junior school. ~Charlotte Gray. |
No comments:
Post a Comment