Friday, February 18, 2011

Rupa Itu



Ini baru tengok gambar bibir..cantik kan? Ramai yang gila, gila kerana rupa. Ramai yang cinta, cinta pada rupa. Aku lihat manusia sekeliling mula buta apabila rupa yang mereka kejarkan. 

Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk suka dan tertarik kepada benda yang indah belaka termasuk juga aku tapi cukup sekadar bersederhana. 

''Hot babe!'' cuci mata lihat awek cun lalu lalang..fuhhh.. ''tu..tu hot guys...!'' si dara tergoda melihat lelaki macho bergaya berjalan ke arahnya.

Untung bagi siapa yang punya rupa anda di kurniakan satu paras yang elok tapi perlu diingat rupa itu tidak kekal lama. Jadi tidak perlu susah payah buang waktu, wang segala kerana satu hari pasti akan luntur. Bukan bererti penampilan tidak perlu dijaga tapi berpada-pada.

'Hot di mata orang'..itu yang diutamakan sanggup ikat perut untuk update fesyen terbaru gara-gara mahu tampil bergaya. Tidak menjadi masalah bagi yang mampu tapi bagi yang tidak? badan dah macam kerengga ikat perut.

''Ada juga katakan kalau tak stylo mesti member tak berapa nak layan''...kalau benar rakan hanya menilai dari luaran masih pantaskah untuk berteman? Sudah pasti pada saat genting mereka menghaibkan diri hilang entah kemana. Sebaliknya nilai sahabat melalui hati. Hati yang ikhlas memancarkan kecantikan tersendiri.

Megan Fox.

Rasa kagum dan sangat menyukai artis pujaan membuat ada yang sanggup mengubah penampilan. Meniru semua dari segi pemakaian, rupa malah cara lagak, menoleh ala-ala Megan Fox..muncung bibir seperti Angelina Jolie sampai terkubur sikap sebenar diri, buntu mencari identiti. 
Natural adalah terbaik. Jadi diri sendiri tonjolkan sikap sebenar kerana berpura-pura menjadi orang lain memang menyeksakan. Berkawan dengan orang yang dapat menerima siapa anda sebenar. Apa guna punya ramai teman tapi semua mempunyai motif tersembunyi sekadar menghargai diri melalui rupa.



Lama kelamaan kecantikan itu akan beransur-ansur hilang..tidak bermaksud setelah hilang kecantikan hilang juga daya penarik. Ada sesuatu yang semakin lama dicari dan ditambah semakin elok malah ramai yang kagum. Apakah? Ilmu. Meski sudah tua ilmu tidak akan hilang walhal lebih cantik jika seharian ditambah. 

Yes, it's great if you're pretty,
but beauty is only skin-deep,
 it doesn't last forever,
nor is it more important than
character, personality and attitude.






3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...