Sepanjang aku berjalan aku lihat ramai pasangan kekasih yang berpegangan tangan, ada memakai pakaian yang sedondon, ada juga berkongsi sepotong kek dan saling bersuapan, yang memegang di bahagian pinggang semua ini seakan menjadi lumrah orang berkapel. Terdetik dalam hati, berapa lama mampu bertahan?
Maka aku merasa terpanggil untuk menulis entri tentang cinta malam nie. Aku juga pernah bercinta dan melaluinya banyak pengalaman yang aku peroleh dan mematangkan aku.
Sesiapa saja mudah goyah apabila nafsu menguasai diri lebih dari akal dan iman merasakan dunia seolah-olah milik berdua tidak mempeduli keadaan sekeliling hanya ingin menghayati hari bersama si dia. Cinta seperti ini berbahaya, serta cela, akhirnya mengundang sengsara.
Ungkapan seperti ''awak selalu di hati saya'', '' i love you and only you'', ''setiap saat saya memikirkan diri awak'', '' sayang awak selamanya'', '' i love you too, three, four..(sampai tak habis-habis nombor kalau boleh :P) ''cintaku hanya untukmu'' selayaknya ini ditujukan pada siapa? sudah tentu Allah S.W.T kerana Dialah yang memberi segala nikmat tapi aku tidak terkecuali kadang-kadang lupa akan cinta ini. Malah kita sering mendahulukan cinta manusia daripada cinta Allah. Lupa kepada-Nya.
Aku sudah serik dengan cinta kerana bagi ku tiada yang bersifat kekal abadi selagi masih di dunia. Maka aku tanam dalam rasa tidak mahu berkahwin pada usia muda. Punya rasa untuk bernikah tapi mungkin 40-an barang kali. Namun, hadir seorang lelaki nekad memberi nasihat. Nasihat dan hujah yang diberikan tidak dalam hitungan jari, sudah acap kali kami bercakap melalui telefon, chatting segala. Aku masih tetap dengan pendirian aku enjoy life jadi single.
Bagi ku jika sudah punya kerjaya, rumah, kereta dan segala kelengkapan akan ku bawa ibu tercinta ke tanah suci atau mana saja dengan izin Allah S.W.T kerana insan ini sudah banyak korban semua semata untuk aku, menurut aku jika berkahwin tempat isteri adalah di sisi suami.. ibu tidak lagi boleh menjadi keutamaanku.
Siapa sangka setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu mampu meruntuhkan segala hujah yang aku berikan. Saling berkirim SMS, bertukar idea dan berdiskusi membuat hubungan itu semakin erat. Bukan, bukan percintaan. Lantaran menurut kami hanya berteman. Keintiman yang hadir tanpa ada status hubungan yang jelas. Adik beradik bukan, suami isteri jauh sekali. Tapi kerap kali SMS, telefon dan bercanda ketawa. Aku merasa lebih dari seorang sahabat. Aku juga tahu itu zina hati. Aku mula kawal cara aku berbicara.
Cinta boleh menyapa setiap insan bernama manusia. Dengan melihat dia yang aku sayangi bahagia dari segi fizikal dan spiritual maka aku turut bahagia. Bahagia seperti ini hadir kerna aku merasa mampu serta sanggup dan betapa berertinya dia kepada aku.
Aku salah kerana beranggapan cinta itu perlu selalu ada give and take. Sebenarnya hanya perlu ada memberi dengan memberi aku merasa mampu dan sanggup dikala suka duka. Give and take bukanlah cinta tulus tapi tidak ubah seperti berniaga.
''Awak happy ke tengok saya tak happy?'' Soalan yang benar-benar buat aku terkedu. |
Semoga bertemu di kaki masjid. |
Namun aku tidak mahu terlalu meletakkan harapan dalam hubungan ini kerana jodoh ditentukan oleh Allah S.W.T Maha Kuasa jadi santai-santai saja jangan terburu-buru mahupun cemas. Aku berharap ditemukan dengan seseorang yang bisa menjadi imam dan aku menjadi makmum bersama anak-anak dibelakang, yang juga bisa membetulkan bacaan ketika aku mengaji bukanlah bermakna aku mahu lelaki alim sahaja cuma aku mahu seseorang yang boleh membimbing aku yang menuju ke jalan Allah S.W.T. Segalanya masih awal banyak kemungkinan bakal berlaku. Aku juga sedar, 'jangan mimpikan suami sehebat Rasulullah S.A.W jika diri tidak seanggun Saiditina Khadijah' kata-kata seorang wanita yang amat aku kagumi.
ya.. cinta tak usah di letakkan pengharapan sepenuhnya.. berkenalan.. bercinta belum tentu lagi jodoh kita.. apa2 pun semoga mendapat pasangan yang soleh :)
ReplyDeleteipoh memang ada jj so no wonder di sana sentiasa pack. sy seorang perak-ian juga :D..
ReplyDeleteharapan dalam cinta terlalu universal untuk di letakkan :). jadi tinggalkan sedikit percentage ketidak harapan itu agar suatu masa bila tidak menjadi ada percentage yg untuk recovery :D
applause adibah!:)
ReplyDelete=)
ReplyDelete;)
ReplyDeletebetul tu..terima kasih :)
ReplyDeletesemoga diba dianugerahkan seorang insan bernama lelaki yang dapat mjadi imam buat kamu dan zuriat akan datang :)
ReplyDeleteawwww...thanks qila..same to u :) Amin~
ReplyDelete