Saturday, February 12, 2011

Siapa mereka? Siapa kita?

''Cantik! cun pulak dia nie..tapi ...'' aku terhenti di situ. Teringat hari pertama kami berkenalan itulah yang terdetik dalam hatiku. 'Tapi' aku terjawab apabila dia mula bersuara ternyata dia yang ku kirakan perempuan adalah lelaki tapi rupa parasnya elok tiada apa yang bisa aku pertikaikan.

Aku manusia yang jenis berkawan dengan sesiapa sahaja selagi insan itu tahu menghormati dan menjaga adab pergaulan. Aku punya beberapa orang sahabat seperti ini bagiku mereka ini bersifat polos, ingin dihargai, jiwa mereka juga sensitif.

Aku senang bersahabat bersama mereka sikap ambil berat dan saling menolong menjadi kami bertambah rapat. Cuma ada kalanya aku merasa jauh di sudut hati sedih mengapa mereka begitu? Hati cukup baik cuma.. moga mereka diberi petunjuk..aku sayang kalian!

Setiap kali aku bersama mereka pasti ada mata yang pelik memerhati rakan-rakan ku ini, aku mengerti maksud pandangan itu..tapi siapa kita untuk menilai orang dari luaran?

Mereka telan setiap kata-kata kesat membalas dengan kata sinis sambil melempar senyuman seolah tidak kisah tapi aku kenal wajah itu. Wajah cuba berpura-pura seperti tidak apa yang berlaku walhal hati penuh duka. 
'
''kau nie...'' kata dilempar dengan semudah bicara.


Walaupun kata-kata "pondan..! orang macam kau nie gerenti tidak masuk syurga'' tidak dilempar tepat ke arah aku tapi hati aku turut sakit lantaran aku sebagai sahabat yang melihat. Hilang rasa hormat kepada orang itu. 

Kita semua hanya manusia yang tidak punya apa kuasa menentukan siapa yang bisa masuk ke syurga mahupun neraka. Siapa tahu setelah hidayah menyapa, mereka akan kembali ke jalan benar.. subhanaallah! syukur!

-takut bukan bererti seseorang itu harus menangis, akan tetapi orang yang benar-benar takut ialah mereka yang meninggalkan perbuatan yang dilarang Allah S.W.T.-

Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka. Doaku panjatkan buat kalian yang disayangi.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...