Sunday, July 15, 2012

Berapa kali ?

Berapa kali hidayah datang ?
Berapa kali kau menolak ?
Berapa kali kau bersuka ria ?
Berapa kali kau berpaling dari-Nya?

Berapa kali kau senang ?
kau tak pernah cuba mengira.

Berapa kali kau susah ?
Kau cukup ingat.

Berapa kali kau sedih kerana manusia ?
Kiraan itu segar di ingatan.

Berapa kali kita ditegur tentang dosa yang sama ?
Tak mengapa, kerana aku dan kamu..kita manusia selalu lupa. 
Jadi, tak usah berkira tegur sahaja.

Berapa hari lagi ramadhan ?
Apa kau yakin kau berkesempatan menempuh nya ?

Ayuh bersedia !


Thursday, June 28, 2012

Garam Madagascar.


Ya, Madagascar. Bagi yang dah tengok..jom jerit sama2, “BEST!!!” hahaha..

Jadi kali nie, aku berkongsi tentang movie Madagascar.. apa pengajaran yang kita dapat? Banyak kan. 

Dalam Madagascar 3, atau sebelum2 nie pun kita dapat lihat watak Alex, Gloria,Marty,Melman dan watak paling aku suka King Julien bergabung membantu sesama mereka mencari jalan penyelesaian dan pada masa yang sama ada terpaksa hadapi pelbagai rintangan.

Untuk Madagascar 3.. pada permulaan cerita mereka cuba nak gembirakan Alex yang rindukan New York City..jadi mereka bina segala bentuk banggunan dari tanah liat..

Dan adegan2 seterusnya…

Marty cuba selamatkan anjing laut circus di gunung..

Gloria cuba selamatkan Melman yang tak tahu menari di tali..

Alex selamatkan anjing laut masa di zoo..

The penguins plan macam mana nak selamatkan rakan2 lain lepas penguatkuasa haiwan yang tangkap mereka semua..

Sampai la wujud satu circus yang paling gempak.. diiringi lagu fireworks Katy Perry..mesti siapa yang tengok movie, masa nie la rasa inspiring giler.. the end,  tu je aku nak cakap pasal movie nie. Cartoon je kan? tapi cukup terkesan. (bagi yg tengok, tahu terkesan yang aku maksudkan)

Baiklah, jika sekadar aku tulis di blog mungkin tak terasa best nya Madagascar nie.. pergi tengok dan nilai sendiri macam mana. Point sebenar yang aku cuba sampaikan bukanlah keseronokkan menonton Madagascar sahaja. Erti pengorbanan antara sahabat-sahabat itu yang cuba aku katakan.

Jika di bandingkan jauh lebih besar pengorbanan para sahabat-sahabat nabi dulu, walau kisah sirah Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah kita lihat dengan mata. Perjuangan mampu menitiskan air mata yang tahu menghayati erti pengorbanan Nabi serta para sahabat baginda.

Mulakan dengan sahabat baginda Saidina Ali. Saidina Ali sanggup menaruhkan nyawa sendiri untuk tidur di tempat Nabi Muhammad S.A.W. Walhal beliau sendiri mengetahui risiko, nyawa bakal terancam dengan serangan kafir Quraish.

Saidina Abu Bakar lebih rela dirinya di patuk binatang berbisa ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang tidur di pangkuannya sehingga menitis air mata Saidina Abu Bakar ke pipi Rasullulah menahan sakit.

Manakala kisah seorang ibu  meniupkan semangat kepada kedua anak beliau, Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz Radiallahu Anhuma, agar berangkat dan berjihad kerana Allah dengan sebenar-benar jihad.

Di dalam Perang Uhud, berita kekalahan tentera kaum Muslimin dan gugur syahidnya anaknya, Amru bin Muadz sampai ke pengetahuan beliau. Namun, berita-berita tersebut ternyata kurang penting bagi ibu ini berbanding keselamatan baginda nabi. Beliau lantas bersegera ke medan peperangan dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan dan keselamatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Saat itu juga, beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Allah seraya berkata: ”Selagi aku melihat engkau dalam keadaan yang selamat, maka musibah ini (kematian Amru bin Muadz) adalah terasa sangat ringan”

Kisah- kisah ini semua jauh lebih hebat dari Madagascar.

Mungkin kadang-kala aku terlintas alangkah bertuah jika aku di beri peluang untuk berada di zaman  nabi. Lahir pada tahun ketika zaman nabi.  Jika timbul apa jua persoalan atau gelisahan boleh lansung berjumpa Nabi. Pasti hati terasa tenang berdamping dengan kekasih Allah.

Jika aku terasa sedih lembaran Sirah Nabi menjadi kekuatan untuk aku melangkah, kerana masalah aku tidak sebesar keperitan Nabi dan para sahabat. Aku pujuk diri usahlah terlalu berfikir, seolah bola dunia di atas kepala. Sedangkan apa yang telah aku lakukan untuk Islam jika aku benar mencintai Allah dan Rasullulah? Mengetahui kerdilnya diri membuatkan masalah dan  kesedihan aku terubat.Ayuh kaji sirah !

Kita remaja. Aku juga remaja. Aku juga menonton wayang, aku juga berhibur.Perkongsian kisah para sahabat nabi bukan aku pinta kalian pergi berperang tapi cukup sekadar berusaha berjuang melawan nafsu diri sendiri.

Remaja gemarkan hiburan. Tapi cukup hiburan sekadarnya saja,seperti garam dalam masakan. Garam dalam masakan ditabur ‘secukup rasa’ tidak terlalu sedikit..tidak terlalu banyak.

Di samping berhibur, jangan lupa kita tetap perlu berjuang. Jangan terlalu lalai.

“Nanti lah aku  baru 19 tahun, dah matang baru fikir soal serius nie, now enjoy babe dunia remaja..”

Tapi bagaimana ‘masa matang’ tak sempat tiba? Wallahu a’lam. Ini nasihat buat diri saya juga.

Tuesday, June 26, 2012

soalan objektif

Sesekali bila berhadapan dengan kertas. Kertas soalan objektif . Kita mungkin akan berhadapan dengan situasi tak tahu nak pilih jawapan yang mana. Jawapan A ada logiknya. Jawapan B pun boleh di terima. C dan D confirm salah. Jadi, termenung dekat soalan.. sesekali suara cikgu seperti berbisik di telinga “awak kalau tak tahu, tinggal je dulu..buat yang lain, jangan buang masa”.

Aku pasti bagi yang bergelar pelajar pernah merasai pengalaman nie, termasuk lah aku. Tapi kali nie, aku bukan nak berkongsi tips menjawab soalan..hehe. Aku nak berkongsi bagaimana kehidupan adakalanya seperti kertas soalan objektif.

Kita tersepit antara dua jawapan kerana kita keliru mana jawapan yang terbaik? Begitu juga hidup, adakalanya terpaksa berhadapan dengan situasi di antara menjaga hati sesama manusia. Nak di beritahu, risau menyakitkan hati. Nak di nasihat, takut di salah tafsir jadi perkara lain. Lebih teruk kita terpaksa jadi orang tengah bagi dua belah pihak.

Apa yang boleh aku katakan kejujuran sangat penting. Meski pun pahit, jujur itu perlu. Menjaga hati pihak lain atau semua pihak itu perkara yang susah, kerana kita manusia. Jalan terbaik adalah dengan jujur, jika tak mampu lebih baik memilih untuk berdiam diri.

Seperti kata cikgu “awak kalau tak tahu, tinggal je dulu..buat yang lain, jangan buang masa”. Adakalanya bila terlalu memikirkan perasaan orang lain, kita lupa tentang diri sendiri. Keperluan diri dan tanggungjawab terhadap diri.

Soalan dari rakan aku, “apa tujuan kita hidup? Sebab hidup nie terlalu sukar” tipu lah kalau aku tak pernah mengalami apa itu kesukaran. Cuma kalau kesukaran itu sahaja yang aku nampak, mungkin aku dah jadi gila.. di sebalik kesukaran cuba intai kebaikkan di sebaliknya. Di sebalik soalan objektif yang susah cuba lihat soalan yang lain mungkin senang. Di sebalik, resah ingin menjaga perasaan manusia mungkin itu mengajar kita menjadi seorang yang sabar dalam berhadapan dengan pelbagai ragam manusia.

“Jangan buang masa.” Ayat nie dah selalu sangat dengar tak suspen dah pun tapi jika realitinya memang banyak masa di buang. Setiap tahun hari jadi di sambut, setiap langkah itu juga semakin aku hampir dengan dakapan terakhir. Aku dalam dakapan tanah.

Jadi aku cuba menjawab ‘soalan objektif dunia’ sebaik mungkin. Skema jawapan yang telah menunggu aku di alam kekal abadi.. skema jawapan mungkin di campak ke muka aku. Sebolehnya aku tak mahu begitu, tapi aku juga tahu aku tak layak ke syurga.

Sebelum aku kembali ke dakapan terakhir, aku kira beruntung. Kita semua beruntung, ada soalan bonus yang dalam lama bocor “Ma Rabbuka?”

Tapi seperti juga peperiksaan penting walau cikgu pernah ajar tapi lansung tidak di praktis, kita tetap tak boleh jawab. Soalan dah bocor pun jadi tak guna.

Dalam setiap langkah aku tak pernah lari dari dosa. Dosa tak dapat  dielakkan, tapi boleh diminimumkan. Mari bersama menjawab ‘soalan objektif dunia’ dengan persediaan mulai sekarang, tak perlu terburu-buru dalam menjawab kita mungkin cuai dan salah memilih, mulakan dengan langkah kecil perlahan-lahan tapi berterusan.. teruskan melangkah meski pun sukar. Semoga pembaca di rahmati-Nya.

Sebelum menjawab soalan bocor mari berusaha menjawab soalan objektif sebaik mungkin :)

“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikkan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” Surah Al-‘Asr





Sunday, June 17, 2012

To_day not To_die


Bila mana terasa ujian itu benar sukar, aku seperti mahu masa itu di putar kembali ke masa lalu..masa lalu yang punya kenangan manis, tidak kira zaman kanak2, sekolah mahupun kolej. Zaman kanak2 yang tiada perlu dirisaukan, zaman sekolah ketawa riang bersama rakan, zaman kolej yang mengajar hidup jauh dari keluarga..sedangkan ketika itu aku selalu berkata pada diri “Bila la nak jadi dewasa?” “Bila lah nak habis sekolah nie??” “bila lah kolej nak habis nie?” Bila sampai satu saat setelah aku telah tamatkan semua itu, aku masih mahu kembali ke zaman lampau. Aku manusia yang tidak pernah berasa cukup.

Terlalu memikirkan ujian sekarang, membuatkan mahu patah balik ke belakang. Memikirkan masa hadapan, apa persediaan yang telah aku lakukan hari nie? Adakah hari nie aku telah memanfaatkan sebaik mungkin yang dapat membantu aku di masa hadapan?

Terlalu banyak angan2 ianya secara perlahan membunuh aku. Terlalu banyak benda yang di fikirkan membuatkan aku hilang fokus untuk hari nie. Akhirnya hari-hari terus berlalu tanpa ada apa pengisian. Letih.

Aku mahu lari sejauh mungkin, mencari persekitaran baru. Semangat baru. Tapi hakikatnya aku tak mahu meninggalkan apa yang aku miliki sekarang..sahabat, keluarga. Meski aku tahu Allah itu sentiasa bersama orang yang mencari keredhaan-Nya tapi bukankah telah di sebutkan sendiri. “Hablumminallah wa Hablumminannas” Sudah cukup baikkah hubungan sesama manusia? Tidak. Jadi apatah lagi Allah.


Apa punca aku merasakan seperti aku sendiri tak pasti…sunyi? Cuti yang terlalu panjang? Aku pernah terlintas untuk bekerja pada cuti nie, tapi parents kata aku lebih sesuai di rumah. Maka, aku turutkan saja. Betapa jemu sendirian di rumah.

Sesekali junior lepasan SPM datang study di rumah.. ketika SPM, aku mengajar mereka Matematik. Sekarang sambung ke form 6.. meminta aku mengajar Sejarah, Pengajian Perniagaan. Alhamdulilah, kekosongan terasa di isi walau tak sehebat mana aku mengajar tapi basic perdagangan dari tingkatan satu hingga tiga banyak membantu aku. Faktor lain  mungkin itu subjek jenis baca, tak terasa tough nya seperti physic or chemistry.

Walau apa yg aku cuba sumbangkan pada junior tidaklah sebesar mana tapi aku harap jika aku bantu penuh kesungguhan, aku turut merasakan semangatnya. Mengajar aku erti menghargai masa lebih baik.. habiskan masa bersama buku sejarah tingkatan 6..not bad. Atleast I do something, something is better than nothing.

Apa yang boleh aku katakan aku takkan pernah dapat memenuhi segala ruang kosong dalam diri aku. Kekosongan itu sentiasa ada, selama mana aku perlu terus mencuba, aku tetap akan terus mencuba, takkan pernah jemu, takkan putus asa. Mencari pengisian itu PERLU. Manusia biasa, yang tidak punya kekebalan menahan apa jua ujian di hadapan, maka sentiasa perlu bersiap sedia dari segi fizikal, mental dan rohani.

Apa yang aku dapat dgn segala ini, adalah FOKUS PADA HARI INI. Memikirkan benda yang lalu, aku takkan pernah berjaya putar kembali waktu. Risau memikirkan masa hadapan, itu terlalu misteri, aku tak tahu apa akan berlaku nanti. Mungkin aku tak sempat pun, menempuh hari esok. Siapa tahu?

Buat pembaca di kasihi, life goes on. 

Benda lepas yang menyakitkan, menjadikan kita untuk tabah pada hari nie. 

Benda lepas yang menggembirakan mengajar kita untuk memandang kesedihan pada hari ini juga tidak berkekalan. 

After a storm, comes a calm. Every problem eventually comes to an end. So, cheer up ! :) 

Tenang. Hadapi dengan keyakinan dan juga kekuatan. Sesungguhnya kekuatan itu datang dari Allah. Percaya pada Allah, percaya pada kebolehan diri. Allah yang memegang hati seluruh manusia. Mohon pada-Nya agar hati kita terus kuat untuk menempuh segala cabaran.

Pagi Isnin, hari ramai mulakan kerja. Apa yang mahu anda kerjakan hari nie? Moga bermanfaat.Assalamualaikum.






Monday, June 11, 2012

Love



This is love.

And so there are some who spend their whole lives seeking. Sometimes giving, sometimes taking. Sometimes chasing. But often, just waiting. They believe that love is a place that you get to: a destination at the end of a long road. And they can’t wait for that road to end at their destination. They are those hearts moved by the movement of hearts. Those hopeless romantics, the sucker for a love story, or any sincere expression of true devotion. For them, the search is almost a lifelong obsession of sorts. But, this tragic ‘quest’ can have its costs—and its’ gifts.

The path of expectations and the ‘falling in love with love’ is a painful one, but it can bring its own lessons. Lessons about the nature of love, this world, people, and one’s own heart, can pave this often painful path. Most of all, this path can bring its own lessons about the Creator of love.

Those who take this route will often reach the knowledge that the human love they seek was not the destination. Some form of that human love, can be a gift. It can be a means. But the moment you make it the End, you will fall. And you will live your whole life with the wrong focus. You will become willing to sacrifice the Goal for the sake of the means. You will give your life to reaching a ‘destination’ of worldly perfection that does not exist.

And the one who runs after a mirage, never gets there; but keeps running. And so too will you keep running, and be willing to lose sleep, cry, bleed, and sacrifice precious parts of yourself—at times, even your own dignity. But you’ll never reach what you’re looking for in this life, because what you seek isn’t a worldly destination. The type of perfection you seek cannot be found in the material world. It can only be found in God.

That image of human love that you seek is an illusion in the desert of life. So if that is what you seek, you’ll keep chasing. But no matter how close you get to a mirage, you never touch it. You don’t own an image. You can’t hold a creation of your own mind.

Yet, you will give your whole life, still, to reaching this ‘place’. You do this because in the fairy tale, that’s where the story ends. It ends at the finding, the joining, the wedding. It is found at the oneness of two souls.
 And everyone around you will make you think that your path ends there: at the place where you meet your soul mate, your other half—at the point in the path where you get married. Then and only then, they tell you, will you ever finally be complete. This, of course, is a lie because completion cannot be found in anything other than God.

But the lesson you’ve been taught since the time you were little—from every story, every song, every movie, every ad, every well-meaning auntie—is that you aren’t complete otherwise. And if—God forbid—you are one of the ‘outcasts’ who haven’t gotten married, or have been divorced, you are considered deficient or incomplete in some way.

The lesson you’re taught is that the story ends at the wedding, and then that’s when Jennah (paradise) begins. That’s when you’ll be saved and completed and everything that was once broken will be fixed. The only problem is, that’s not where the story ends. That’s where it begins. That’s where the building starts: the building of a life, the building of your character, the building of sabr, patience, perseverance, and sacrifice.
The building of selflessness. The building of love.

And the building of your path back to Him.

But if the person you marry becomes your ultimate focus in life, your struggle has just begun. Now your spouse will become your greatest test. Until you remove that person from the place in your heart that only God should be, it will keep hurting. Ironically, your spouse will become the tool for this painful extraction process, until you learn that there are places in the human heart made only by—and for—God.

Among the other lessons you may learn along this path—after a long road of loss, gain, failure, success, and so many mistakes—is that there are at least 2 types of love. There will be some people you love because of what you get from them: what they give you, the way they make you feel. This is perhaps the majority of love—which is also what makes much of love so unstable. A person’s capacity to give is inconstant and changing. Your response to what you are given is also inconstant and changing. So if you’re chasing a feeling, you’ll always be chasing.  No feeling is ever constant. If love is dependent on this, it too becomes inconstant and changing. And just like everything in this world, the more you chase it, the more it will run away from you.

But, once in a while, people enter your life that you love—not for what they give you—but for what they are. The beauty you see in them is a reflection of the Creator, so you love them. Now suddenly it isn’t about what you’re getting, but rather what you can give. This is unselfish love. This second type of love is the most rare. And if it is based in, and not competing with, the love of God, it will also bring about the most joy. To love in any other way is to need, to be dependent, to have expectations—all the ingredients for misery and disappointment.

So for all those, who have spent their life seeking, know that purity of any thing is found at the Source. If it is love that you seek, seek it through God. Every other stream, not based in His love, poisons the one who drinks from it. And the drinker will continue to drink, until the poison all but kills him. He will continue to die more and more inside, until he stops and finds the pure Source of water.

Once you begin to see everything beautiful as only a reflection of God’s beauty, you will learn to love in the right way: for His sake. Everything and everyone you love with be for, through and because of Him. The foundation of such love is God. So what you hold onto will no longer be just an unstable feeling, a fleeting emotion. And what you chase will no longer be just a temporary high. What you hold, what you chase, what you love, will be God: the *only* thing stable and constant. Thereafter, everything else will be through Him. Everything you give or take or love or don’t love, will be by Him. Not by your nafs. It will be for Him. Not for your nafs.

This means you will love what He loves and not love what He does not love. And when you do love, you will give to the creation—not for what you can get in return from them. You will love and you will give, but you will be sufficed from Him. And the one who is sufficed by God, is the richest and most generous of all lovers. Your love will be by Him, for Him, and because of Him. That is the liberation of the self from servitude to any created thing. And that is freedom. That is happiness.

That is love.

Yasmin Mogahed.

Friday, June 8, 2012

Helaian dari mama

Sedang aku asyik online, mama yang baru pulang dari pejabat menghulurkan beberapa helaian kertas kepada aku.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan sengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak.  Lalu Hassan al-Basri berbisik, alangkah baiknya kalau dia seperti aku.

Tiba-tiba Hassan al-Basri melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranyanya setelah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani”(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Kemudian dia berpaling kearah Hassan al-Basri dan berkata : “Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang saja sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang”

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi itu. Maka lelaki itu berkata padanya “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan”

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan. Orang itu menjawab : Mudah-mudahan Allah memperkenankan permohonan tuan.”

Sejak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. Mencari kesalahan orang lain hadir apabila wujudnya sangkaan buruk dalam hati sehingga terbukalah kesalahan, keaiban atau kelemahan seseorang yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas.

Ia adalah penyakit hati yang akan menyerang sesiapa saja. Hanya keimanan dan ketakwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan orang yang mengganggu serta menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tidak tepat dengan sesuatu kesalahan dilakukannya maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58)

Hubungan baik antara satu dengan lain khususnya antara sesama Muslim harus dijalin dengan sebaik-baiknya kerana Allah S.W.T telah menggariskan bahawa setiap Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Hidup kita tidak lekang daripada disangka buruk dan bersangka buruk. Kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat.”(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Jadi ini helaian mengenai ‘Hindari Bersangka Buruk, Mencari Kelemahan Orang’ helaian nie mama dapat dari pejabat yang di sediakan Unit Dakwah & Penerbitan, IPK Perak. Subhanaallah, semoga usaha mereka yang mengedarkan helaian ini sentiasa berada di bawah naungan Allah S.W.T. Besar pahalanya.

Dalam erti kata lain, aku rasakan Hassan al-Basri sangat beruntung orangnya kerana cara dia menerima teguran yang benar-benar membuka mata hatinya. Sekiranya aku di tempat dia, adakah aku bakal menerima teguran serupa? Atau hanyut dalam kesombongan diri. Nauzubillah. Moga setiap langkah kita ini di bimbing tidak mempunyai buruk sangka. Mari bersangka baik!

Wallahu a’lam.



Thursday, June 7, 2012

beautiful :')
























Ber'couple' itu haram.
Perkongsian di pagi jumaat, semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.
:)

Assalamualaikum..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...