Showing posts with label bestie. Show all posts
Showing posts with label bestie. Show all posts

Friday, December 2, 2011

damn you!

And I remember all those crazy things you saidYou left them running though my headYou're always there, you're everywhereBut right now I wish you were here

All those crazy things we didDidn't think about it, just went with itYou're always there, you're everywhereBut right now I wish you were here


Damn, damn, damnWhat I'd do to have you here, here, hereI wish you were hereDamn, damn, damnWhat I'd do to have you near, near, nearI wish you were here!
yeahhh...damn! damn it! aku tahu kalau aku cakap maaf macam mana sekali pun itu takkan mengubah apa-apa..jadi, aku tak pernah ungkapkan maaf pada dia, bodoh kah?. Sesekali aku terima msg dari dia.. jarang2 sekali.. dia selalu sibuk.. aku ? aku selalu sibukkan diri.. kerja lecture, tutor.. kalau dah terang lagi nyata jarang ..kenapa aku tak tahu hargai peluang tu? kenapa? perlu ke aku drag just nak call dia balik.. tak kan? damn!
dia sakit tenat.. ada aku peduli.. aku tahu dia sakit.. yes! aku peduli..sangat! sangat peduli! tapi apa aku buat, any effort? No! damn!
dia kata adakah sebab dia berbangsa cina..membuatkan aku layan dia sebegitu.. NO!!! please.. aku tak pernah pandang orang ikut bangsa.. aku sayang semua sahabat aku.. especially dia..!  kalau sayang apa aku buat untuk dia?..damn!
apa yang dia nak cuma 1.. berbual bersama ku. Bagi dia, aku sahabat, aku lah teman.. teman yang memahami isi hati, mungkin dia punya teman baru di sekeliling tapi katanya tak sama.. tak sama ! kenapa aku menghilang? kenapa aku berdiam?.. adakah aku masih orang yang sama? damn!
Sebenarnya hati aku menjerit..ku paparkan wajah tenang.. 
sahabat.. aku masih orang yang sama... orang yang sama yang pernah tidur sebantal bersama kamu.. pernah menampar muka kamu di saat kamu seperti hilang punca..orang yang sama menangis jikalau melihat kamu menangis..orang sama sayangkan ibu kamu, seperti ibu ku sendiri..orang yang sama berkali sakitkan hati kamu..
kau kata mungkin aku boleh hidup tanpa kamu, tapi tidak bagi kamu..jujur..aku terharu dan takut, bila kau berbicara itu.aku takut apa jadi setelah aku tiada..?aku sengaja menjauhkan diri kerna aku mahu kau belajar sekiranya aku tiada suatu ketika nanti..aku mahu kau gantung harapanmu kepada yang Esa..tapi aku salah..habluminaallah. habluminannas..dua2 perlu di jaga..siapa aku? seolah aku boleh melihat masa hadapan..selagi hidup..aku seharusnya menghargai peluang yang ada..bukan menjauhkan diri..

kini meski aku berdiri di depan kamu..
itu tiada makna lagi bagi kamu..
aku tahu kamu tawar hati..
aku layak terima itu..
dan aku tak berani mengharapkan apa-apa
setelah aku bunuh semua harapan kamu..


cuma.. aku mohon pada-Nya jangan kau tarik nyawa orang yang ku sayang sebelum ku.. aku tak sanggup. Semoga kamu terus di beri kekuatan, cahaya keimanan.. aku sayang kamu ! Mahu aku dakap tubuh mu erat saat ini..



Peter, Soon Lee, Charlie.. 
Adibah, Joey, Ija..




p/s: damn you, Adibah!




















Wednesday, October 26, 2011

zon gelap tenang.

''Dah lama saya simpan perkara nie.. dah lama saya nak cerita pada awak.. cuma jarak antara kita, membuatkan saya tak sempat nak cerita..''

''saya betul-betul buntu selepas segala pendebatan, kajian... saya keliru..saya tak tahu..saya TOTALLY LOST.. saya tak tahu sama ada jesus atau Allah mana satu yang benar? saya cuma tahu dunia ini punya satu tuhan.. persoalannya siapa? siapa? Jadi saya berdoa kepada God agar diberi petunjuk kalau dia benar-benar berkuasa tunjukkanlah saya jalan menuju ke arah Nya.''

Hujan renyai malam tu.. suasana sejuk dalam kereta, dan segala bunyi berpusat ke arah suaranya.. aku di sisinya mendengar setiap butir perkataan dengan penuh teliti, begitu juga dengan ayah ibu yang berada di kerusi depan.. abah yang dari tadi senyap..sama seperti aku, jiwa getar mendengar..

''saya ada dapat dua mimpi yang pertama..



saya mimpi bila saya buka pintu rumah saya nampak banyak mayat bergelimpangan.. tak kira sama ada  kanak-kanak, orang tua, remaja.. segala peringkat umur di situ.. saya takut.. saya takut, terdetik dalam hati ''ini ke tanda khiamat?''.. jadi saya lari sekuat hati dari situ.. sehinggalah saya tiba ke sebuah hutan.. sampai di hutan saya nampak ada seorang lelaki pakai jubah putih..saya lari dari lelaki tu, kerana bagi saya itu mungkin jelmaan hantu.. lelaki tu sempat berkata sesuatu kepada saya '' kamu.. kamu tak tahu tuhan kamu siapa...''

saya terus berlari sehingga saya sampai ke pejabat pendaftaran agama..dan di situ saya mengucap.. bukan itu saja, saya nampak banyak kawan-kawan kristian nak mengucap, memilih islam..

mimpi kedua..

masa tu saya drive kereta.. saya tak pernah drive kereta.. tetapi entah kenapa dalam mimpi tu saya drive pulak.. saya pandu sehinggalah kereta saya terbabas dalam sungai.. saya cuba lepaskan diri tapi semua pintu berkunci..air semakin penuh.. sehingga melepasi paras kepala saya tak boleh bernafas lagi...


masa tu saya rasa badan saya seolah-olah betul-betul berada di tempat kejadian... saya tak boleh bernafas ! saya hentak cermin kereta akhirnya saya tak berdaya..semua kelihatan kabur..

dan dalam mimpi tu saya bercakap '' Ya Allah..sesungguhnya aku belum bersedia untuk mati ya Allah.. berilah aku sekali lagi peluang ya Allah..'' 

berdoa...berdoa dan terus berdoa... 

dua mimpi nie membuatkan saya nekad untuk melafazkan syahadah...



---Ini kisah sahabatku.. ---

Perkongsian :

''MAHA PENYAYANG 

Walau bagaimanapun rahmat Allah tetap luas dan pintu keampunan sentiasa terbuka buat hamba-hamba Nya yang pernah tersasar. Lorong U-turn terbentang luas sehinggalah lampu kuning bertukar merah di saat nyawa sampai ke halkum. Pelbagai cara Allah memberi hidayah-Nya kepada hamba-hamba yang terpilih.

Kepelbagaian kisah hidayah dalam kehidupan ini menunjukkan betapa Penyayangnya Allah kepada hamba-Nya sehingga Rasullulah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ''Sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang disebabkan usahamu, maka ganjarannya lebih baik daripada unta merah (kenderaan yang paling mahal ketika itu)''. Hadis ini menjadi motivasi dan galakkan agar kita sentiasa berusaha menjadi sebab cahaya hidayah menerangi hati seseorang. Justeru, tanyalah diri kita tentang betapa banyakkah usaha yang kita telah lakukan untuk mengajak manusia ke arah hidayah Allah. Nasihatilah mereka, pujuklah untuk sama-sama menghadiri majlis ilmu dan membaiki diri.

Islam menggalakkan agar kita sentiasa memohon hidayah Allah. Ungkapan doa pada dua ayat terakhir surah al-Fatihah serta rangkap pertama doa qunut yang sering diulang-ulang sepanjang hari menunjukkan kita perlu sentiasa ''online'' dengan Allah di dalam kehidupan ini. Ada kalanya insan yang telah mula mengecapi hidayah Allah kembali terlalai sebelum benar-benar merasa kemanisannya'' petikan dari majalah i.

Subhanaallah sungguh Allah S.W.T menunjukkan kekuasaan serta kebesarannya.. semoga dengan perkongsian ini..aku dapat mengingatkan diri yang selalu alpa.. dan sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.. Assalamualaikum.. [1.39 a.m.]


Friday, September 2, 2011

Dalam tidurmu..


Ketika aku menaip entri.. kamu begitu lena dibuai mimpi.. seharian menangis mengenang nasib berada di alam baru.. alam baru yang di mana kamu temui erti ketenangan sebenar.. aku akui bukan senang terlalu banyak dugaan.. bukan satu perkara mudah untuk di terima oleh keluarga.. Namun semangat untuk terus menegakkan  ajaran yang sebenar dan ingin terus berada di jalan yang lurus terus kamu perjuangkan..

Riang tawa kamu apabila kita mula berkongsi pendapat bersama menyelongkar ilmu yang selama ini aku tinggal.. yang selama ini tidak kau temui... kita tidak banyak beza menurut kamu walau hakikat dulu kita bukan bersaudara.. ruginya aku selama ini tinggalkan apa yang dinamakan petunjuk.. sedangkan kamu kini umpama bayi yang baru dilahirkan, tidak punya dosa lebih petah mengutarakan hujah..MALU.. jujur aku malu dengan kamu.. namun, kagum lebih mengatasi malu yang ku rasakan..Subhanaallah..

Kini aku merenung wajah kamu yang enak yang dibuai mimpi.. dalam tidurmu.. aku bisikkan doa.. Moga kamu terus kuat menghadapi dugaan mendatang, tidak akan goyah iman mu walau dipaksa, mahupun dimaki.. persahabatan kita kekal di dunia dan akhirat.. Amin.

3.00 A.M

Friday, August 26, 2011

Sujud syukur

Seumur hidup aku tak pernah buat sujud syukur.. ini yang pertama.

Selalunya segembira apa, aku akan tergelak lepas tu baru teringat nak ucap Allahamdulilah .. teruk kan?

Aku tak pasti adakah hari ini malam Lailatul Qadar..tapi apa yang pasti Dia mendengar doaku, mengabulkan permintaan ku.. tangis dalam sujud itu terjawab..

Tiada yang lebih indah, selain hadiah di ramadan ini.. hadiah yang selama ini aku tunggu..

yang aku sangat harap2 kan dari dulu..

Tak mampu menahan, aku sujud syukur pada-Mu.. Alhamdulilah ya Allah sungguh engkau benar2 tunjukkan kebesaran mu pada hari ini, 26 Ogos 2011. Membuatkan lebih sedar akan diri yang terlalu kerdil..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...