Showing posts with label experiences. Show all posts
Showing posts with label experiences. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Jelajah Parit Buntar, MDAB.




Assalamualaikum..

Auchhh dah hilang kesegaran cerita nie sebab busy sangat dengan assignments, test. So di hari cuti nie la nak update blog pun. Huhuhu.. Kena belajar untuk letak priority kepada hal yang penting..ye dak ?


#13 April

Satu program dianjurkan oleh UiTM, ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’ (MDAB). Program amende?? Okay sebuah program yg ingin menolong anak2 Melayu yang tercicir selepas tamat SPM tidak berkesempatan untuk menyambung pelajaran ke universiti.

Jadi kerja kami adalah pergi ke lapan buah daerah kampung dalam kawasan Parit Buntar..Mencari..mencari mereka yang layak.

Dari batch aku 16 orang sukarelawan yang terlibat, 18 orang senior. Tapi yang senior di hantar ke Bagan Serai bersama pensyarah pengiring, Ustaz. Mulanya aku cuak sangat sebab ini pengalaman pertama aku handle program macam nie.. Sekali pensyarah pengiring pun tak ada. Last minute pulak tu Ustaz kata dia tak join ke Parit Buntar.

Sampai saja di pejabat Tok Penghulu Parit Buntar..kami disambut mesra oleh keluarga angkat. Malu, segan, gembira, excited semua ada.  Memang terbaik keluarga angkat kami ! baik2 semuanya.

Sampai la kepada agenda bermesyuarat.. aku tak di beritahu oleh Ustaz akan ada mesyuarat, perlu memberi ucapan segala bagai. Tiba2

“Di minta wakil dari UiTM untuk menerangkan lebih lanjut tentang projek ini dan memberi sedikit ucapan…”

Aku pandang ko. Ko pandang aku.

“Perhhh mana la aku prepare text ucapan derr !” sempat aku bisik kat Izzah.

Muka kerek.. bangun je lahhhh.. Alhamdulillah segala penerangan Allah permudahkan. Aku tak tergagap, tak tergetar..confident masih ada untuk tatap 8 wajah hensem tok penghulu setiap daerah..hehe

saya ingin menjelaskan....

air teh yang ganggu tumpuan.. focus please.

hehehe..apa lah yang dibual tuuu xD

mari kita bekerjasama ooo yeahhh !


Okayy bergerak ke rumah angkat keluarga masing2.. masa nie dah malam.. aku agak penat jadi berehat sebentar sebelum tinjau2 kawasan yang nak kami tuju esok pagi..

Wani adalah partner aku untuk program nie, juga sahabat baik aku, yang selalu membantu aku. Ya Allah terima kasih kurniakan seorang teman seperti dia.

Ambil masa dalam 15 minit round dengan moto malam tu untuk tengok kawasan mana kami patut pergi keesokan pagi.. Berapa tahun tak naik moto..rasa seperti kembali ke alam remaja ! Hew hew.. Wani yang bawak.. aku moto pun tak tahu bawak. Haha sedeyyyhhhh!

#14 April

Selesai solat subuh ibu angkat dah sajikan kami breakfast.. mihun goreng dan dua jenis kuih, karipap dan kuih seri muka. Aku makan bihun dan jamah seketul kuih..

Pagi Ahad cuaca hujan.. tak seperti yang di rancang. Bapa angkat kami terbaik, sanggup hantar kan kami dengan kereta. Terharu sangat sebab melihat keadaan dia yang dah tua, bertongkat tapi masih semangat untuk hantarkan kami. Aku tolak pada mulanya tapi bila dia dah bersungguh hanya Allah mampu membalas segala kebaikan dan ucapan terima kasih tidak terhingga. Hargai sangat :’)

ayah angkat awesome in the car !


Ini satu cabaran buat aku sebab aku tak tahu rumah mana yang ada umur lingkungan 17 sampai 23 tahun. Ketuk rumah dari rumah ke rumah..memberi aku kesempatan melihat sendiri kehidupan orang kampung..

Di sini aku dapat pengalaman yang terlalu mahal harganya membuat aku lebih menghargai kehidupan yang aku nikmati selama nie.. Ada sebuah rumah yang aku kunjungi, punya seorang nenek yang terbaring.. aku lihat makanan disisinya yang bersemut.. nenek yang menghidap strok tak boleh bercakap..tinggal bersama anak dan tiga orang cucu.

Selama ini terlalu banyak rungutan.. line connection internet slow nak bengang, makanan tak berapa sedap, tak selera sangat nak makan ..itu ini.. terlalu banyak yang merungut ..jika dibanding kehidupan mereka di kampung aku jauh lebih beruntung. Malu. Malu dengan diri sendiri. Apa Diba kau ingat ko anak raja ke ? Tuuu bukak mata dan minda tengok sendiri, hayati sendiri ! Tak reti bersyukur ka !

Di luar rumah seorang pak cik sedang menangkap belut bersama seorang adik kecil. Di situ aku rasa tercabar bagaimana seorang anak kecil mampu untuk pegang belut begitu relax? Wani dah geli. Aku ambil kesempatan untuk mencuba.. Yeahh berjaya tekan seekor belut..payah sangat nak pegang aihh licinnnn naaa.. aku tekan2 terus belut tu..ngahaha !

handal adik nie..relax jeee

yeahhh aku berjaya pegang.. ko ada ? hehe

cara menangkap belut.. rezeki Allah luas terbentang..mereka berusaha :')

Next, alhamdulillah berjaya jumpa calon yang layak..jeng3 bersungguh dia isi borang kan.. Semoga permohonan adik2 semua di terima..hargai peluang yang diberi dan belajar bersungguh2 berjaya dunia akhirat..Amin..




adik, program ini adalah tentang....

ya adik..sila isi borang nieee...lengkap.

sijil lahir nak jugak ke kak?


Dalam sekitar pukul 10 cuaca dah okayyy..aku pujuk bapa dan ibu angkat pulang ke rumah..Mana tidaknya tunggu kami sampai tertido dalam kereta. Dia pesan, kalau dah selesai kerja..nanti call dia datang ambil.. 
Aku senggih je. Tak cakap ya pun.  Ngehehehe

Pasai nya bila selesai tugasan..gua dengan Wani teringin nak jalan kat sawah padi jalan kaki !! Ahhhhh tenangnya.. freedom!! Jauh dari kesibukan assignments.. nasib gua tak jumpa sungai kalau takkkkkk..mesti dah terjun.

dari dalam kereta..
Wani excited ada buah ciku katanya.. xD
jauh perjalanan luas permandangan...
Mesra alam..


yang muda hormati yang tua..yang tua bimbing yang muda. 

Merenung ke luar jendela melihat kebesaran-Nya.






Dalam perjalanan pulang.. aku terjumpa satu pondok kecil dan agak uzur. Serius kecik. Kelihatan seorang pak cik yang terbaring di atas tilam. Di dalam pondok hanya ada sebuah tilam, dan beberapa buah periuk dan satu dapur gas kecil. Uzur sangat keadaan pak cik nie..

Aku dengan Wani ambil keputusan untuk singgah sebentar.. bertanya khabar..aku cuba bukak topik tentang anak..

“pak cik ada anak ?”

“ada..”

“mereka di mana ?”

“mereka sibuk bekerja”

Panasss gua dengar..ahh come on lah derr! lu orang busy macam mana pun.. lu orang tak boleh kasi tinggal ayah tepi hutan duduk kat pondok sorang2.. masa kecik sapa lah yang jaga anak2 sampai berjaya..??

Aku harap sangat Allah lindungi aku tak jadikan hati aku keras hati sampai sanggup buat kat mak ayah macam tuu..sesibuk mana bila aku dah kerja nanti..jangan..jangan.. tinggalkan macam tu jee. Pasti ada masa untuk mama and abah !

Aku tak sampai hati nak tanya banyak..sebab makin lama suara pak cik tu dah macam nak tukar menangis.. Semoga Allah kurniakan hidayah agar terdetik hati anak2 pak cik ini untuk pulang ke kampung.. Amin..

Kami sampai ke rumah keluarga angkat.. tu diaaaaa lauk kampung disajikan... amboiii sedapnya ! 


sodappppppp !



Alhamdulillah kenyang…

Ada yang sangat aku terharu..sebenarnya kuih muih yang aku makan pada waktu pagi mak angkat sendiri yang buat. Bayangkan hanya untuk aku dan Wani…dia sanggup bangun pagi untuk buat karipap dan kuih seri muka. Ternyata layanan orang kampung nampak keikhlasan dan kemesraan mereka. Terima kasih banyak untuk mak angkat ku. Moga Allah balas jasa baik mak.. sobs..sobs.. baik sungguh hati mu.

Sarang hae mak :)


Banyak lagi pengalaman berjaya aku kutip tapi rasanya cukup setakat ini aku kongsikan.. moga akan ada program seperti ini lagi..

Jutaan terima kasih kepada keluarga angkat.. in sha Allah saya dan Wani pasti menanti peluang untuk pulang ke Parit Buntar ! Rindu semua di sana :’) Semoga di panjangkan umur, sihat selalu dan di murahkan rezeki.

Majlis penutup..

Moga bertemu lagi..in sha Allah.

Penutup.. ? ya tepat sekali.



Wednesday, June 6, 2012

Terokai gua


“Berjalan bermusafirlah melihat kebesaran tuhan-Nya di ciptakan mereka berfikir….” Sebahagian lirik lagu Hikmah Kembara, Mirwana.

Ini cerita masa aku di matrik. Lepas 1 sem di matrik, pipi dah mula tembam nampak sangat aku dah lama tak bersenam. Jadi kali nie aku berpeluang menyertai salah satu aktiviti bersama mentor aku Encik Nasir. Kata Encik Nasir aktiviti kali nie, dia nak bawa kami terokai gua!

Pada mulanya ramai yang tak setuju, dan lebih suka kalau aktiviti kali nie pergi ke Lost World of Tambun. Come on lah… aku jemu dah pergi situ,air panas, longsor,zoo.. why not we try something new? Something more adventure! Setelah bincang bersama classmates aku, majority setuju pergi gua..hehe.. *tak paksa ok? Mereka setuju..Alhamdulilah*

Kami bertolak pada waktu pagi.. lepas kami menggedik tangkap gambar dengan bas kolej..bas pun bertolak..haha.. Perjalanan tak lama, sekejap tak terasa..tak sempat nak tidur pun. Hehe.. Jarak Gopeng dengan Gua Tempurung nie tak ade la jauh sangat sebenarnya..

Sampai je lokasi..aku nampak bas UITM nampak la budak2 UITM pakaian t shirt colour purple, seragam semuanya..sempat kawan aku bisik


“budak U pandang kita yg budak Matrik low standard tau sebab diorg dah U, kita matrik”

“erkkk? Tapi diorang tak cakap apa2 pun.. ko yang cerita kat aku.”

Senyap.

Aku teruskan perjalanan selepas berunding harga dan pakej.. aku beritahu Encik Nasir tentang harganya.. bayaran yang di kenakan hanya RM22 seorang untuk pakej lengkap tawaf satu gua..settle pembayaran, kami diberi taklimat ringkas tentang kasut, cerun, batu licin yang bakal kami tempuhi..dan terpaksa menyeberangi sungai paras dada.. aku dah bayang..lagi adventure, lagi best.

Aku dan sahabat baik aku, Najihah mula melangkah masuk ke gua..gelap! besarnya gua subhanaallah umpama seperti ada alam lain dalam gua nie.. pelbagai bentuk terhasil dari batu kapur yang ada.. 

abang yang menjadi pemandu pelancong kami menerangkan satu persatu bentuk yang ada di situ.. antaranya rama-rama, kaki, perempuan rambut panjang, perempuan mandi, muka perempuan.. aku pun tak tahu kenapa banyak bentuk perempuan mungkin sebab perempuan makhluk istimewa..hehe

Makin ke dalam makin gelap kami keluarkan torchlight masing-masing..

“ehem..awak! pinjam boleh? Saya tak bawak”

Ikutkan hati terasa nak dush je mamat nie.. kan dah kasi taklimat suruh bawa torchlight.??

Berkongsi torchlight dengan Najihah.

Kami terpaksa mendaki anak tangga yang banyak, dari sebesar anak tangga yang aku nampak dengan mata sampailah sekecil-kecil kami perlu daki. Alhamdulilah aku bersyukur meski pun penat tetap mempunyai kemudahan tangga yang selesa untuk para pendaki..rasanya mahu berterima kasih kepada yang telah menyediakan kemudahan buat kami..

Kalau kemudahan tidak ada pasti penerokaan sejauh ini terasa sukarnya ..tangga ini tidak akan terhasil sekiranya orang terdahulu tidak menerokai gua ini..untuk membuat tangga yang begitu panjang dalam gua bukan satu kerja mudah kerana struktur gua bukanlah seperti kawasan lapang sebaliknya penuh cerun dan batu kapur yang sempit. Terima kasih buat peneroka gua yang terdahulu dari kami.



buang botol air dalam tong sampah bukan gua. Sekian.




Cuba memahami salah satu hadis Rasulullah “sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik, maka baginya pahala orang yang mengikuti sunnah (jalan) tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka terkemudian” (Riwayat Ahmad)

Jika ingin di kaji sumbangan terbesar  untuk umat manusia sekarang ini adalah Nabi Muhammad S.A.W dengan kerana semangat juang Nabi kita dapat merasai nikmat Islam. Berkat kesabaran nabi menempuh segala pahit lelah, kita dapat mengucap dua kalimah syahadah.

Penat mulai terasa.. kemudahan tangga tidak lagi di sediakan. Kali ini kami terpaksa mendaki sendiri menggunakan segala kekuatan yang ada.. Panjat memegang batu, hampir saja terjatuh kerana ada batu-batu kapur yang licin. Justeru, aku lebih berhati melihat setiap langkah.. Najihah menarik erat tangan aku apabila membantu aku mendaki.. begitu sebaliknya, jika aku mendahului aku tarik tangan dia pula. 

Di sini, sikap kerjasama benar2 di uji.. keadaan gua yang terlalu gelap membuatkan aku sesekali terpisah dari Najihah.. aku tak nampak. “Diba! Diba! Mana Diba??” bagaimana seorang sahabat tidak akan pernah meninggalkan sahabatnya ketika susah.



Begitu juga dengan rakan-rakan aku yang lain saling membantu “Aina ko ok?” “Aisyah ok tak?” “hati2 tunduk depan ada batu besar!” riuh-rendah gua dengan suara kawan2 yg risau..masa tu semangat bantu-membantu dan kerjasama sangat penting.. pendakian nie benar-benar menguji kekuatan persahabatan kami sebagai classmates..Alhamdulilah semua bekerjasama dengan baik. Terharu sangat.

Kami teruskan lagi sehingga terjumpa satu curam yang begitu dalam.. dan kali nie kami perlu turun gelongsor menyusuri curam tersebut. Kata abang pemandu pelancong jika tidak berhati-hati “boleh patah pinggang dan mungkin lumpuh seumur hidup” dengar macam tu semua pakat kebelakang..

Kau pandang aku. Aku pandang kau. Sape nak turun dulu? Akhirnya sepakat biar group laki turun dulu walaupun kami mengamalkan konsep “ladies first” kali nie tak pelah biar laki dulu..hahaha.



Segala langkah perlu berhati-hati. Fokus pada keadaan sekeliling perhatikan struktur batu.. Langkah demi langkah.. begitu juga dengan kehidupan kita setiap langkah yang di ambil perlu difikir terlebih dahulu adakalanya kita sebagai manusia terlalu ghairah mengejar keseronokkan dunia sehingga langkah tersilap akhirnya tersungkur, menyesal. 

Adakalanya penerokaan gua ini silih berganti.. adakalanya kami perlu mendaki tinggi, selepas itu menuruni curam..berjalan di kawasan rata.. mendaki lagi.. namun setiap kali menjejakkan kaki di tanah lapang..hati terasa lega.. nafas lega bisa di hirup sepuasnya..benarlah firman Allah..

“Sesungguhnya setiap kesukaran di sertai kesenangan” (Surah al-Insyirah 94:6)

Kita hanya perlu terus berusaha keluar dari kesusahan, jangan sesekali mengenal erti putus asa kerana percayalah Allah itu Maha Melihat, Dia tahu apabila hamba-Nya berada dalam keadaan susah sekiranya kita benar yakin, kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya yang tak terhingga. Lebih pahit dugaan maka lebih manis ganjaran di sana kelak.

Akhirnya kami keluar dari gua menerusi sungai.. air sejuk sungai di dalam gua benar-benar membuatkan kami terus terbaring dalam sungai..lantaklah basah.. baju ganti kan ada? Hihi..

Untuk menerokai gua persiapan perlu di buat agar segala risiko bahaya dapat kita elakkan, mohon lah dilindungi Allah dalam setiap pergerakkan dan langkah.. Menerokai gua mengajar aku banyak perkara untuk aku aplikasi kan ke dalam kehidupan.. kesabaran, fokus, hati-hati, berfikir, kerjasama, erti persahabatan, erti bersyukur dan banyak lagi.

Siapa yang belum pernah cuba.. aku hanya boleh cakap “Rugi tau! So cubalah kalau ada rezeki !”

Wallahu alam.           

P/S : kalau pergi honeymoon, pergi gua boleh uji kesabaran pasangan anda.. haha.




Saturday, January 14, 2012

Perlu ada.


Aku berjalan menuju ke ATM dari jauh mata aku tertumpu pada barisan yang masih panjang.. dalam pada masa itu aku lihat rakan-rakan ketawa gembira bertepuk tampar dengan lelaki.. ''ohh perkara biasa..biasa??'' aku lihat mereka.. aku nampak aku suatu ketika dulu. Tunduk. Aku malu pada Dia.

Benar..kalian benar. Siapa aku untuk memberi nasihat? bukan ayah..mahupun mak.. tapi jujur aku sedih. ''Ahhh siapa peduli jika aku sedih?'' kerna itu bukan soalnya. Soalnya aku tak mahu kalian ulang sesuatu yang sama seperti aku.. mungkin bertepuk tampar kecil pada dasarnya, tapi..

tapi jika dari hari ke hari.. bulan ke bulan.. tahun ke tahun? mampukah kita sekadar bertepuk tampar.. tanpa tangan merayap ke bahagian lain? Bukan maksudku menuduh.. tapi memang hakikatnya iman kita umpama yoyo.. ada turun naiknya.. kuatkah kita mengawalnya? kuatkah aku mengawalnya?

Pernah aku ajukan soalan pada ustazah.. ''Bagaimana saya mahu tetapkan niat dalam setiap apa yang saya lakukan adalah kerana Allah?''

kerna manusia seperti aku entah bila boleh jatuh pada bisikan, benteng yang merapuh.. aku takut.. setiap masa, aku tak mahu kembali kehidupan yang dulu..

''kamu perlu dekat sentiasa dengan Allah.. jadikan Al-Quran pegangan kamu.. tafsir.. baca tafsir.. dan juga sekeliling kamu, tinggalkan apa yang tak perlu''

Ustazah tinggalkan aku dengan jawapan yang cukup ringkas.. katanya aku perlu berfikir dan lebih mencari dengan usaha sendiri. Akhirnya, aku dapat simpulkan sesuatu ''kalau tahu akhirnya cuma ada mudarat, jangan libatkan diri dari awal..'' atau dalam bahasa rempitnya ''pandai cari penyakit kan? lu tanggung lah derr..'' ditujukan khusus buat diri.. moga juga yang lain.

Paling penting, semua itu boleh dielakkan hanya perlu ada MALU. Ya, malu. Malu seorang wanita.

Aku pernah berada di posisi kalian..kata-kata seperti

''aku tak nak jadi hipokrit.. pakai tudung tapi lepak dengan laki, ini diri aku its my life!!!..''

''sorry lah..muka aku tak berapa nak cun kalau pakai tudung''

macam-macam lagi..tapi kesiannya kita sebagai wanita.. cuba fikir lelaki yang hampir dengan kita adalah lelaki yang suka pada aurat kita.. suka menikmati luaran kita saja.. 

bagaimana dengan hati? Pernah lelaki menilai kita dari dalam.. ? Tak dinafikan fitrah manusia sukakan keindahan tapi andai kata keindahan itu cuma sementara sudah pasti tidak dapat kita bawa sampai ke sana.. sana yang kekal abadi.. 

Malu bagi aku bukan menunjukkan wanita itu lemah. Tidak sama sekali, bahkan menunjukkan wanita itu kuat. Kuat dari segi tahan kepada godaan.. kerana malu itu perisai bagi kita.

''Kebanyakkan lelaki nak jee.. kalau kasi, ambik.. perempuan la bodoh. Lelaki takkan jadi apa-apa. Sebab mengandung or nak tanggung apa2 korang !''

Pendapat jujur dari kawan lelaki aku. Masa dia cakap aku tak tahu apa reaksi patut aku bagi..tak sangka pulak dia akan jawab sejujur-jujurnya.

Tak cukup lagi ke? Malu juga kerana kita mahu melindungi. Melindungi orang yang kita sayangi.. Andai kita sayang sudah pasti kita tidak mahu menambah dosa si dia.. kalau kita berpakaian dengan cara menggodakan, suara yang manja, cubitan selembut belaian.. 

Siapa yang tak cair? Tanpa sedar kita telah rosakkan dia, menambah lagi dosa si dia.. adakah itu di panggil sayang. Jangan lupa kita juga dah menambah dosa sendiri padahal bekal yang tak seberapa. 

Malu itu juga buat kita sedar akan diri. Di mana kita patut berhenti andai di hadapan duri yang menanti. Malu pada Pencipta membuatkan kita takkan berani untuk melakukan perkara yang mungkar.. kerana sesungguhnya Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui..

Tapi sayang manusia selalu malu pada manusia.. takut ramai yang tahu.. mana muka patut diletakkan ? 

Malu sebenarnya menunjukkan kita hormat.. hormat pada yang lain. Kalau ada malu sudah tentu kita tidak akan sewenang-wenang menggunakkan F*** sesuka hati pada insan lain..

Bagi aku jika sekadar F*** yang kamu kerap guna sedangkan penguasaan bahasa Inggeris yang tak seberapa, kamu itu aku panggil Pathetic..

''I can say whatever I want to say.'' Yes you can but that doesn't mean you should. -Aiman Azlan-

MALU ITU...
KUAT !
MELINDUNGI !
SEDAR DIRI !
MENGHINDAR DOSA!
HORMAT ! :)

Tika kecilnya, dia selalu malu jika datang ke rumah saudara-maranya.







P/S : ada yang minta aku taip entri guna bahasa rempit..katanya bahasa aku kadang-kadang terlalu berkias sukar di fahami..bukan tak mahu, aku takut yang cuma ada nanti hampas kelapa!  :D atau barangkali malu nak guna bahasa rempit.. ? Mungkin..haha..










Saturday, March 26, 2011

Kena Tangkap Kering


Dia tengok aku lain macam tapi aku dah biasa dengan jelingan sebegitu rupa maka aku teruskan langkah ku seperti tiada apa-apa.

''Haaa..kenapa waktu subuh dengan bunyi macam video kuat je dalam bilik kamu?? 5.30 pagi!''

''Ohh itu..tengok video kat youtube lepas letak video sendiri..'' aku sengih buat muka 10 sen..

''Jangan sampai abah rampas laptop kamu! kamu tengok video lucah yer!''

aku yang masih blurr bangkit pagi terus cakap ''ok dont worry tak tengok dah..''

PEMBETULAN..aku tak tengok video lucah! pagi tu aku betul ngantuk jadi memang tak berapa perasan dengan apa yang ayah aku cakap..

jadi satu hari tu lah ayah aku tarik muka dengan aku.. apa aku buat semua serba tak kena.. silap2 singgah penampar kat pipi aku nie..

lepas mak aku explain barulah aku jelas dengan keadaan sebenar..ayah aku dah salah sangka dan terima kasih pada mak yang dah explain semua dari A sampai Z pada ayah..

Rupa-rupanya ayah aku asyik perhati aku yang tak tidur! 2, 3 pagi masih cerah je lampu bilik..
berkepit dengan laptop..sehingga menimbulkan syak aku tengok video lucah..

aku sibuk update blog..tambah2 pulak aku baru buat akaun youtube so agak excited cuba nak buat video yang bermanfaat untuk di kongsi bersama..

fb..update diri dengan apa status terbaru kawan..lepas habis sekolah di fb lah nak bertanya khabar rakan.. tapi percayalah..percayalah aku tak tengok video lucah..

jadi sebagai perjanjian aku hanya dibenarkan untuk online sampai pukul 12 tengah malam.. sebab ayah aku tak nak kesihatan aku makin terganggu..aku hormati keputusan dia.

Walau aku sibuk bekerja, tak bertegur sapa sangat dengan ayah aku walau serumah..jujur, aku lebih gemar lepak dalam bilik..sebenarnya ayah aku turut perhati gerak-geri aku..kepada kawan-kawan jika anda rasa parents anda tak peduli kalau dia tak cakap apa2 anda salah kerana mereka lebih gemar memerhati dan sampai masa sembur!

hargai parents anda walau apa jua kenyataan pedas lagi panas mereka keluarkan sesungguhnya mereka begitu  kerana mereka terlalu risau tentang anda jangan salah tafsir kata2 mereka. :)

P/S: aku kering je time kena tangkap..! :P

Wednesday, February 9, 2011

Itulah Kerja

Selesai.

Itulah perkataan yang selalu aku fikir bila time aku bekerja, mata aku tak pernah lepas menjeling ke arah jam sampai rakan sekerja lelaki aku mula berasa curiga sama ada aku sedang memerhatikan dia. 

Selama seminggu bekerja di Mcdonals membuatkan aku mengenali pelbagai personaliti bos ada yang mahu segala macam sempurna, ada yang hygiene tahap gaban, dan yang terbaik iaitu tak tahu apa yang berlaku dan tak lupa juga kepada bos yang ambil berat kepada hal kebajikan pekerja. Tingkah laku mereka membuatkan aku sesekali tertawa seorang diri dan kadang-kadang naik bengang. 

Hari nie aku mulakan kerja seperti biasa memastikan stok fries sentiasa penuh dan seterusnya mulalah kerja goreng menggoreng standard la bila kita menggoreng sudah pasti ada dua, tiga titik minyak yang terpercik di sekitar tempat kita memasak. Maka datang la salah seorang manager yang tidak puas hati melihat tompokan kecil minyak di lantai dan meminta aku mop lantai, aku tidak kisah jika diminta untuk mop kerana aku dibayar gaji tapi andai kata aku diminta mop untuk setiap 10 minit itu agak melampau ini kerana kerja utama aku adalah menyediakan fries untuk customer. 

Aku anak baru disitu maka aku genggam kuat rasa sabar dan sedar akan siapa diri. Aku turutkan jua segala arahan sehingga rakan-rakan sekerja yang mula perasan yang aku asyik mengemop. Lantas suara nyaring lagi tinggi memanggil aku ''Diba!!! Mana fries?!! customer dah tunggu!!'' sebentar tadi dia meminta aku meninggalkan fries dan sekarang? fuhhh penat melayan kerenah manager. Manager Hygiene.

Manager tak tahu lansung adalah yang cukup membimbangkan. Aku diberitahu jika bekerja selama 4 jam tiada waktu rehat sama sekali maka aku terus terusan bekerja sampai kebulur, syukur la muncul manager jaga hal kebajikan pekerja bertanya sama ada aku sudah berehat atau belum, terkejut aku! dan dia yang melihat aku keletihan memilih menu yang hanya boleh dimakan para pekerja pada hujung minggu sedangkan itu adalah hari biasa. Berbunga rasa hati dalam susah penat ada juga yang memahami. Terima kasih untuk insan itu.

Itulah kerja sama ada suka atau tidak segala rasa harus ditelan dan jangan sesekali berputus asa kerana itu lah kehidupan bekerja apabila kita berada di bawah belajarlah untuk terima segala teguran dan juga kerenah manusia. Bagaimana untuk atasi semua rasa beban? Jawapannya adalah sabar, sabar dan sabar.. dan layan lah mereka ini dengan penuh rasa hormat kerana setiap insan perlu dihormati lama kelamaan mereka akan belajar untuk menghormati pula. Terus terang dengan nada yang baik pada bos anda jika ada sesuatu yang mengganggu. 

Selamat bekerja. Alhamdulilah dan syukur atas segala satu lagi pengalaman dalam hidup ku. Terima kasih bos :) welcome to mcdonals! :D berkerja nia rasa macam makan big mac sedap rasa daging..masam rasa timun..besar sangat nak masuk mulut..tapi dah bayar punya pasal n mahal pulak tu sumbat jugak baru berbaloi. Nothing comes free in life!




Friday, January 28, 2011

Mari jadi Wonderpet

Kisah 1- sedang aku asyik layan facebook tiba-tiba aku mendapat panggilan yg aku sama sekali tidak kenal akan nombor telefon tersebut. Belum sempat aku memberi salam kedengaran suara lantang  berbicara menerangkan ketidakpuasan hatinya, aku terkejut tapi memilih untuk membalas kata-kata nya dengan ringkas dan padat.''kenapa yer suka kacau si I?'' aku terkejut padahal aku sudah remove, delete cuma block je belum org yg dimaksudkan dari facebook ku.. ini terjadi gara-gara si I menegur aku di group chat..lantas itu juga kekasihnya menelefon aku secepat itu juga..ini kerana mereka si kekasih tahu password si I dan dia memerhati setiap gerak-geri si I. Aku sudah bersahabat dengan si I lebih kurang tujuh tahun lebih. Ini bukanlah kali pertama dia berbuat begitu, aku letih dengan perangai dia yang tidak henti cemburu sehingga satu tahap dia pernah mengugut untuk memanggil geng untuk membelasah ku. Tujuan aku menulis entri ni bukan lah nak tunjukkan aku ialah watak putih yg innocent seperti watak-watak dalam cerita sinetron indonesia tapi aku cuba menggambarkan sikap manusia sekarang yang gemar memilih jalan untuk membelasah seolah-olah itu bisa menyelesaikan segala.
Kisah 2- adik lelaki aku mempunyai seorang rakan perempuan yg meminta bantuannya untuk memperkenalkan dia dengan sahabat lelakinya yg comel dan menjadi tumpuan ramai di sekolah yang merupakan teman baik kepada adik ku, setelah adik aku sudah menyampaikan hasrat tadi kepada rakan baiknya lelaki itu berterus terang menyatakan dia tidak berminat untuk kenal perempuan itu secara lebih mendalam. Si perempuan berasa sentap tapi pada  masa yg sama rasa malu di reject mengatasi segala-galanya akibatnya adik aku pula dituduh kerana tidak menyampaikan hasrat si perempuan dengan baik. Si perempuan mempunyai geng lelaki yg sedia mem-back up di kala apa jua keadaan. Si perempuan memberi warning keras kepada adik aku supaya hati2 ketika pulang menaiki moto dari sekolah kerana geng dia sedang menunggu masa untuk mengejar moto adik aku pada bila2 masa dan sedia untuk membelasah. Akibat terlalu takut adik aku pecut selaju-laju yg bisa setelah keluar dari gate sekolah dan terlanggar dengan lori, mujur tidak teruk.Bukan niat aku berkata adik aku kemalangan gara-gara si geng itu, tidak sama sekali itu ialah ketentuan yg sudah Allah S.W.T atur, apa yg aku cuba sampaikan ialah tentang geng yang sedia membelasah tanpa mengambil tahu kisah sebenar apa yang terjadi yg serta merta mengikut telunjuk perempuan tadi.

banyak kisah lain lagi yang terjadi dalam kehidupan aku yang melibatkan belasah membelasah nie. Mengapa begitu sempit fikiran manusia hanya sekadar perkara kecil perlu membawa segala kaum kerabat segala menyelesaikan masalah? boleh saje kita berhadapan berbincang secara elok menerangkan segala ape yg terbuku dalam hati. Dah jemu aku baca paper setiap halaman sudah pasti ada kisah bunuh, simbah asid dan sewaktu dengannya dan lebih malu lagi rata-rata yg berkelakuan seperti itu adalah orang Melayu dan Islam. Mana pergi pegangan? Pernah aku bertanya kepada sahabat2 aku yg begitu bangga menjadi ahli dalam ''geng'' ini kata mereka ini membuatkan mereka kelihatan cool dan hebat. 

Hebat dan agung nya seseorang tidak semestinya di ukur menerusi medan belasah banyak cara lagi untuk menjadi seorg yg hebat, bantu maju kan negara ke.. tidak kira sekecil mana sekali pun bantuan yg dihulurkan tapi kalau dah semua reti kerjasama semua tu tidak mustahil. Teringat aku akan lagu wonderpet.

''Apa yang penting? KERJASAMA!''

''Apa yang penting? KERJASAMA!''

''Kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi MUDAH''

lirik yang simple tapi maksud yang mendalam. Marilah kita jadi seperti wonderpet yang kecil tapi berjaya menghasilkan sesuatu yg besar dan berguna. Kita sibuk memikir cara untuk menonjolkan diri kita hebat tapi kita lupa siapa yg benar2 hebat yang mencipta segala, Allah S.W.T justeru setelah capai kejayaan lebih baik la kita bertawadhu' dan ujub. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...