Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Garam Madagascar.


Ya, Madagascar. Bagi yang dah tengok..jom jerit sama2, “BEST!!!” hahaha..

Jadi kali nie, aku berkongsi tentang movie Madagascar.. apa pengajaran yang kita dapat? Banyak kan. 

Dalam Madagascar 3, atau sebelum2 nie pun kita dapat lihat watak Alex, Gloria,Marty,Melman dan watak paling aku suka King Julien bergabung membantu sesama mereka mencari jalan penyelesaian dan pada masa yang sama ada terpaksa hadapi pelbagai rintangan.

Untuk Madagascar 3.. pada permulaan cerita mereka cuba nak gembirakan Alex yang rindukan New York City..jadi mereka bina segala bentuk banggunan dari tanah liat..

Dan adegan2 seterusnya…

Marty cuba selamatkan anjing laut circus di gunung..

Gloria cuba selamatkan Melman yang tak tahu menari di tali..

Alex selamatkan anjing laut masa di zoo..

The penguins plan macam mana nak selamatkan rakan2 lain lepas penguatkuasa haiwan yang tangkap mereka semua..

Sampai la wujud satu circus yang paling gempak.. diiringi lagu fireworks Katy Perry..mesti siapa yang tengok movie, masa nie la rasa inspiring giler.. the end,  tu je aku nak cakap pasal movie nie. Cartoon je kan? tapi cukup terkesan. (bagi yg tengok, tahu terkesan yang aku maksudkan)

Baiklah, jika sekadar aku tulis di blog mungkin tak terasa best nya Madagascar nie.. pergi tengok dan nilai sendiri macam mana. Point sebenar yang aku cuba sampaikan bukanlah keseronokkan menonton Madagascar sahaja. Erti pengorbanan antara sahabat-sahabat itu yang cuba aku katakan.

Jika di bandingkan jauh lebih besar pengorbanan para sahabat-sahabat nabi dulu, walau kisah sirah Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah kita lihat dengan mata. Perjuangan mampu menitiskan air mata yang tahu menghayati erti pengorbanan Nabi serta para sahabat baginda.

Mulakan dengan sahabat baginda Saidina Ali. Saidina Ali sanggup menaruhkan nyawa sendiri untuk tidur di tempat Nabi Muhammad S.A.W. Walhal beliau sendiri mengetahui risiko, nyawa bakal terancam dengan serangan kafir Quraish.

Saidina Abu Bakar lebih rela dirinya di patuk binatang berbisa ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang tidur di pangkuannya sehingga menitis air mata Saidina Abu Bakar ke pipi Rasullulah menahan sakit.

Manakala kisah seorang ibu  meniupkan semangat kepada kedua anak beliau, Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz Radiallahu Anhuma, agar berangkat dan berjihad kerana Allah dengan sebenar-benar jihad.

Di dalam Perang Uhud, berita kekalahan tentera kaum Muslimin dan gugur syahidnya anaknya, Amru bin Muadz sampai ke pengetahuan beliau. Namun, berita-berita tersebut ternyata kurang penting bagi ibu ini berbanding keselamatan baginda nabi. Beliau lantas bersegera ke medan peperangan dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan dan keselamatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Saat itu juga, beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Allah seraya berkata: ”Selagi aku melihat engkau dalam keadaan yang selamat, maka musibah ini (kematian Amru bin Muadz) adalah terasa sangat ringan”

Kisah- kisah ini semua jauh lebih hebat dari Madagascar.

Mungkin kadang-kala aku terlintas alangkah bertuah jika aku di beri peluang untuk berada di zaman  nabi. Lahir pada tahun ketika zaman nabi.  Jika timbul apa jua persoalan atau gelisahan boleh lansung berjumpa Nabi. Pasti hati terasa tenang berdamping dengan kekasih Allah.

Jika aku terasa sedih lembaran Sirah Nabi menjadi kekuatan untuk aku melangkah, kerana masalah aku tidak sebesar keperitan Nabi dan para sahabat. Aku pujuk diri usahlah terlalu berfikir, seolah bola dunia di atas kepala. Sedangkan apa yang telah aku lakukan untuk Islam jika aku benar mencintai Allah dan Rasullulah? Mengetahui kerdilnya diri membuatkan masalah dan  kesedihan aku terubat.Ayuh kaji sirah !

Kita remaja. Aku juga remaja. Aku juga menonton wayang, aku juga berhibur.Perkongsian kisah para sahabat nabi bukan aku pinta kalian pergi berperang tapi cukup sekadar berusaha berjuang melawan nafsu diri sendiri.

Remaja gemarkan hiburan. Tapi cukup hiburan sekadarnya saja,seperti garam dalam masakan. Garam dalam masakan ditabur ‘secukup rasa’ tidak terlalu sedikit..tidak terlalu banyak.

Di samping berhibur, jangan lupa kita tetap perlu berjuang. Jangan terlalu lalai.

“Nanti lah aku  baru 19 tahun, dah matang baru fikir soal serius nie, now enjoy babe dunia remaja..”

Tapi bagaimana ‘masa matang’ tak sempat tiba? Wallahu a’lam. Ini nasihat buat diri saya juga.

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



Hari ni aku cuti. Lega rasanya dapat rehat sikit hari nie.. duduk dekat rumah hayati suasana bilik aku, hari-hari aku kat dalam kamar nie dan segala rasa aku coretkan di sini.. bila sibuk kerja aku cuma masuk bilik untuk siap ke kerja..dan selesai kerja masuk untuk tidur.. jadi susun atur agak berselerak..kemas la sikit hari nie..

selesai kemas.. aku rasa nak tengok wayang...roger kawan phone tak di angkat.. tak pelah why not aku pergi tengok seorang? selalu setiap kali keluar wayang sure berderet! sederet kerusi dari hujung kanan sampai hujung kiri geng aku sapu..hak3! ramai2 sekali gerak..

nak panjang lagi ? :P


aku pergi jalan seorang diri dalam jj kinta city nie..ramai orang macam selalulah..berjalan sambil makan icecream tengok gelagat manusia..macam-macam ada.. :)

niat di hati hari ni aku teringin sangat nak tengok I am number four atau The Mechanic tapi masa pula tak sesuai..lewat sangat. Aku sebenarnya jujur bukanlah peminat wayang melayu kerana bagi aku cerita melayu tidak habis-habis dengan cerita hantu.. minda kita di pasak dengan cerita-cerita macam nie.. unsur khurafat! bila nak maju? aku masih tak faham kenapa ramai suka cerita hantu kak limah? O.o modal yang digunakan hanyalah lawak cakap perak cerita tak ada kualiti. *maaf pada peminat kak limah..

aku tak ada pilihan kecuali tengok cerita Merong nie.. puas dah 1 JJ nie aku dah tawaf.. nak duduk dalam wayang.. ternyata Merong berjaya menarik perhatian aku.. 4 bintang aku kasi untuk cerita nie!

Jalan cerita yang berunsur sejarah seorang pahlawan.. bahasa yang di gunakan bahasa Melayu 60% dan bahasa inggeris 40% apa yang aku suka tentang cerita nie?

aku nampak perubahan dalam filem melayu.. props yang digunakan adalah berkualiti kalau dulu aku tengok cerita melayu yang belayar kapal sudah pasti statik, guna kapal yang tak bergerak di Melaka tu.. :P

jalan cerita yang jelas punya satu tujuan.. tidak meleret-leret seperti selalunya kadang2 tak ada mengena pun masuk juga..tapi tidak untuk cerita Merong nie..

dan pasti aku suka adegan cinta putera Rome dan puteri Cina.. cinta yang berharap kepada kebebasan..
macam Merong cakap.. 

''how do I know when I really love someone?''

''I would DO ANYTHING''

''GIVE EVERYTHING''


banyak sebenarnya kenapa aku suka..tapi cakap karang rugi je syarikat KRU :P baik korang tengok sendiri.. promote Merong jap..hehe!

mood : teringin pula tengok Lu Langsi Lu Mati! lepas tengok trailer tadi..haha!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...