Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Helaian dari mama

Sedang aku asyik online, mama yang baru pulang dari pejabat menghulurkan beberapa helaian kertas kepada aku.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan sengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak.  Lalu Hassan al-Basri berbisik, alangkah baiknya kalau dia seperti aku.

Tiba-tiba Hassan al-Basri melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranyanya setelah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani”(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Kemudian dia berpaling kearah Hassan al-Basri dan berkata : “Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang saja sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang”

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi itu. Maka lelaki itu berkata padanya “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan”

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan. Orang itu menjawab : Mudah-mudahan Allah memperkenankan permohonan tuan.”

Sejak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. Mencari kesalahan orang lain hadir apabila wujudnya sangkaan buruk dalam hati sehingga terbukalah kesalahan, keaiban atau kelemahan seseorang yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas.

Ia adalah penyakit hati yang akan menyerang sesiapa saja. Hanya keimanan dan ketakwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan orang yang mengganggu serta menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tidak tepat dengan sesuatu kesalahan dilakukannya maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58)

Hubungan baik antara satu dengan lain khususnya antara sesama Muslim harus dijalin dengan sebaik-baiknya kerana Allah S.W.T telah menggariskan bahawa setiap Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Hidup kita tidak lekang daripada disangka buruk dan bersangka buruk. Kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat.”(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Jadi ini helaian mengenai ‘Hindari Bersangka Buruk, Mencari Kelemahan Orang’ helaian nie mama dapat dari pejabat yang di sediakan Unit Dakwah & Penerbitan, IPK Perak. Subhanaallah, semoga usaha mereka yang mengedarkan helaian ini sentiasa berada di bawah naungan Allah S.W.T. Besar pahalanya.

Dalam erti kata lain, aku rasakan Hassan al-Basri sangat beruntung orangnya kerana cara dia menerima teguran yang benar-benar membuka mata hatinya. Sekiranya aku di tempat dia, adakah aku bakal menerima teguran serupa? Atau hanyut dalam kesombongan diri. Nauzubillah. Moga setiap langkah kita ini di bimbing tidak mempunyai buruk sangka. Mari bersangka baik!

Wallahu a’lam.



Friday, December 9, 2011

Kekasih hati ku Mizan Siddiq - Hakim Yang Benar.




 






P/s: rasa kejap sangat family day tahun nie.. tempoh 2 hari tak cukup, semoga sanak saudara di panjangkan umur dan sihat selalu..tahun depan kita jumpa lagi Inshaallah.. :P rindu dekat Mizan Siddiq (hakim yang benar) 

Saturday, November 5, 2011

Lukisan si anak.


apa erti sebuah lukisan pada anda? lukisan pada aku sesuatu yang sangat indah kerana ia merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa selain menulis dan bercakap..

di masa kecil ku.. rasa nya banyak lukisan yang aku dah buat.. mak tak pernah jemu duduk di sebelah memerhati apa yang aku lukis.. aku dan kakak ku sangat gemar menconteng.. 

bukan sekadar lukisan..whiteboard besar menjadi tempat kami menghasilkan karya..whiteboard tu masih ada sehingga sekarang.. 

sekarang.. aku punya anak saudara.. aku masih ingat saat dia dibesarkan.. manja nya dia dengan aku, mahu dimandikan.. makan mahu disuap.. dan setiap kali naik kereta..dia pasti akan letakkan kepala dia atas peha ku..dan baring sehingga tertidur..

manja nya dia dengan sampai dia tak suka kalau aku cuba rapat dengan budak2 kecik lain.. masa tu rumah aku ada kenduri, jemput semua saudara-mara jadi aku main dengan budak lain.. aku tak tahu dia terasa..

''pang!!'' kepala aku kena baling dengan pasu kecik.. kecik tak kecik tapi tu kan batu..benjol kepala aku malam tu.. lebam biru.. menangis aku sebab sakit + terkejut..pasu turun dari langit ke??

last nye dia pun nangis sebab dia tak sangka aku akan nangis sakit sampai mcm tuuu...bertuah punya budak :D
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku selongkar cari baju renang lamaku dan aku pakai kan untuk dia.. aku bawa dia pergi berenang.. well, budak mana tak suka air? jenuh aku bila dia x nak keluar dari swimming pool.. !

ada 1 hari, pengasuh dia ada hal penting dan perlu pulang ke kampung.. kakak ku minta tolong untuk tengok kan dia.. katanya tak susah, lepas dia bangun suap breakfast.. dia boring, bukak tv. 

Aku pernah jadi budak2 so itu adalah rutin paling bosan ! dah la dari pagi mak pergi kerja lepas tu duduk dalam rumah tengok tv sampai mak balik.. menjadikan aku cukup benci apa yg di namakan rutin ! 

kesian nya budak2 awal2 lagi terpaksa ikut rutin yang diatur..bagi aku budak-budak sepatutnya di beri peluang untuk explore banyak benda dalam hidup.. sebagai mak su yang selamba.. aku pun bawa anak saudara aku turun main taman.. 

bagi peluang dia main gelongsor, buaian..semua nya lah ! lumpur kat rumput tu aku xkesah dia nak pijak.. basah? so what kena lecak ? aku bagi dia pegang belalang..pasir..biar kena kotoran demi pengalaman.. kan2?

satu tahap dia dah pandai pegang pensel dengan betul.. aku pegang tangan nye.. ini ''A'' ini ''B'' dan seterusnya sehingga Z.. aku sedar dia suka tengok aku menulis.. tapi aku suruh dia cuba.. dia x nak..

biasalah mungkin ini benda baru, jadi dia tak biasa.. dan hari2 seterusnya aku tetap ajarkan dia.. nak lukis ikan? gajah ? semua aku lukiskan.. tapi dia masih enggan untuk mencuba lukis sendiri..

''ita bodoh lah mak su sebab ita pernah lukis tapi buruk..buruk sangat! lukisan mak su cantik..ita bodoh!!''

bila itu keluar dari mulutnya membuatkan aku rasa, ''adakah aku gagal untuk jadi mak su yang baik?'' sampai semangat dia xde macam tu sekali....

aku tak putus asa sebab aku yakin, kanak-kanak sentiasa inginkan perhatian dan galakkan.. aku bawa dia masuk pertandingan mewarna..dalam sibuk budak2 lain mewarna, dia duduk termenung..

aku datang menghampiri..''kenapa tak warna, ita?'' 

''alarh mak su, ita warna tak cantik..semua orang kat sinie colour cantik je..''

aku pujuk aku kata cuba je warna sebab sekurang-kurangnye mencuba.. dia xnak, dia suruh aku warna.. dan climax nye dia bangun tinggal aku..

aku pun bangun kejar dia..

nak kata pensel warna tak ada..banyak..setiap kali pergi supermarket beli pensel warna baru.. bertimbun koleksi pensel dia..

dia selalu kurang yakin dengan diri sendiri..

hari pertama dia masuk tadika.. dia masuk kelas.. aku dah happy tahap gaban.. sekali, semua budak2 sibuk main tanah liat yg cikgu letak atas meja..dia pergi ke arah satu ceruk..dan duduk di situ.. 

aku tak tahu macam mana nak pulihkan semangat dia.. pernah sekali dia lukis.. bentuk bujur..bujur yang panjang..semua lukisan pun bujur.. bila aku tanya lukisan tu sebenarnya apa.. dia jawab ''itu pocong''

-___________________________________________________________________________-!!

aku tak putus asa maybe x berminat dengan lukisan, benda lain ada lagi.. jadi kenalkan dia dengan origami.. on laptop bukak youtube.. macam2 kami buat malam tu..rama2, cincin.. dia nampak berminat..walau pada mulanya ''ita tak nak lah buat, susah!!!'' aku pujuk slow2 berjaya jugak dia hasilkan rama-rama..



cara nak buat? banyak je benda nie dalam youtube.. :)

dah lama berlalu..aku pun dah masuk kolej, dah lama tak main dengan dia.. sampai la hari raya aidilfitri tahun nie..dia datang ke rumah.. dia jalan tersengih2 ke arah aku dan hulurkan satu sampul...

ku sangka duit raya...

depan kertas


belakang




mungkin bagi kalian..itu sekadar kertas..bagi aku..itu adalah sesuatu yang paling bermakna aku pernah terima dari anak saudara aku..



kata kakak ku..mata dia tak berkelip tulis benda tuu.. susah payah dia buat..sebab dia baru pandai menulis.. ''ita nak jadi macam mak su dengan mak ngah masuk sekolah cantik2''

berbaloi rasanya penat lelah..bukan senang nak jaga seorang budak.. perlukan banyak pengorbanan.. baru sekarang aku faham perasaan mak aku yang dah jaga aku dari kecil.. terlalu banyak pengorbanan mak untuk aku.

bila dengan budak kecil, kita perlu banyak bersabar terutama bila diorang dah pandai guna perkataan kenapa...

kenapa.........?


 ''mak su kenapa kita kena pakai payung?''

-sebab hujan.

''kenapa hujan?''

-awan tebal berkumpul menghasilkan awan tebal yang ada air.

''kenapa awan berkumpul?''

-sebab tiupan angin

dan seterusnya kenapa, kenapa.. aku tak boleh tido 1 hari tu dia asyik tanya kenapa, kenapa..
aku tetap jawab kerana bagi aku setiap soalan membuka kepada satu cabang ilmu baru.. cuma kena banyak bersabar lah..

kanak-kanak memang unik..ajar kita lebih menghargai pengorbanan ibu bapa masa kita kecil.. pengorbanan besar pulak tuu.. 

-selamat hari raya aidiladha-





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...