Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Aku cemburu. Memang cemburu.

Assalamualaikum...

Jika nak digapai cita-cita aku itu terlalu tinggi.. tapi tak mustahil untuk dicapai dengan izin-Nya inshaallah. 1 hari nanti.

Aku cemburu. Bila ada di dada sahabat-sahabatku tersemat 30 juzuk Al-Quran.. sedangkan aku, masih meragui tajwid ketika membaca kitab terunggul. Ada dua impian yang aku tanam..pertama, Aku ingin bermimpi bertemu Rasullah.. kedua, ingin sekali semadikan 30 juzuk Al-Quran didada..

Diri  ini terlalu hina untuk aku capai cita-cita yang pertama.. Namun, tidak sekali akan aku padam hasrat itu..
Jika dilihat rakan-rakanku bagaimana mereka menjaga akhlak sangat aku kagumi..membuatkan diri ini sentiasa tertunduk malu.

Biar aku kongsikan sedikit pengalaman ketika aku bersama mereka yang aku kasihi..

Jika aku perhatikan, ketika keluar kuliah berselisihan dengan sekumpulan lelaki pasti mereka menundukkan pandangan.. tidak sesekali menoleh wajah-wajah pelajar lelaki.. mereka nampak, tapi hanya kasut.. Tiada istilah 'usha-usha je'... Manakala aku? Bila terdetik dalam hati ''ishhh..hot nye...'' duhai diri, AHHH...aku gagal lagi!.. istifar kembali..

Jika aku minta pendapat, mereka mulakan.. ''bagi pendapat saya yg daif nie.......'' mereka tak lupa untuk gunakan perkataan daif.. sesungguhnya, aku kagumi semakin banyak ilmu, semakin mereka tawaduk..

Mereka bertudung labuh.. kemas berjubah walau kemana.. walau seribu macam cerita yang keluar tentang tudung labuh, mereka tetap kuat.. bahkan lebih kuat..

''Tudung labuh tak semestinya baik..ada yang nak tutup perut mengandung...''

''Tudung labuh pun ada yang couple...''

Tak kisah dilabel apa namun niat baik mereka diragui.. namun tudung itu masih dipakai.. kerana apa? Kerana mereka nak tunjuk pada Allah bukan manusia.

Siapa kata mereka tiada perasaan? Single itu tanda nya tiada perasaan pada lelaki kah? kalau phone jarang sekali bunyi mesej...? tandanya tidak ada yang minat ke?

Betapa mereka ini menahan diri... kerana mereka mahu bawa orang disayangi ke syurga.. cuba beri tahu aku, macam mana orang bercouple..boleh bercouple tanpa sebarang dosa?

kerana pandang dengan nafsu syahwat..DOSA~ ya..walau pandang je...

bergayut, bersembang perkara yang melaghakan..ketawa manja, bincang masa depan yang tak pasti.. DOSA~

pegang tangan, peluk lagilah DOSA~

jadi kalau ada yang bercouple tanpa melakukan dosa.. cuba kongsi bagaimana caranya?

Dengan entri aku secara tak lansung menjawab beberapa soalan yang selalu hairan phone aku jarang sangat ada bunyi mesej..yang ada classmate tanye homework ape?

Buat sahabat-sabahatku..betapa aku sayang kalian..moga Allah berkati di setiap langkah.. terima kasih kerana banyak bersabar melayan kerenah aku yang suka bertanya itu ini.

Semoga 1 hari dapat juga semai 30 juzuk di dada..Amin~ semoga Allah S.W.T permudahkan.



P/S: cemburu tanda sayang. Yeke sayang? Kalau sayang tahanlah diri daripada menambah dosa org disayangi.

''Kalau sayang kata lautan api sanggup aku redah''.. Ayat tak best tuuu.... cakap macam nie ''Kalau sayang lautan api neraka sanggup aku tolong tarik kau keluar...''

''Dan tinggalkanlah dosa yang terlihat ataupun yang tersembunyi. Sungguh, orang-orang yang mengerjakan (perbuatan) dosa kelak akan diberi balasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan (Al-An'aam 6: 120)












Friday, November 25, 2011

sesekali riak.. ok ?

Baru selesai lecture bio.. sementara menunggu lecturer chemi masuk,aku pun gigit sandwich..layan nikmat deria rasa yang Allah kasi.. memang sedap.... !

''Diba dah la tuuu asyik makan jeee... jom hafal ! hafal bio nie.. ''

aku pun hairan dengan member baik aku sorang nie.. barangkali sebab ini sem baru, maka semangat pun baru.. bertambah2 nampaknya..bagus2..

aku tarik helaian kertas yang dihafalnya.. spontan dan penuh confident (muka mcm mintak flying kick) aku pusing belakang

''Aku Cantik! Menarik! Pandai! Hebat! Hang Sape ????''

''BAJEEEEEEETTTTT giler kau !'' kata classmate lelaki aku.

Kata lecturer, pelajar lelaki adalah species terancam... tengok dalam kelas aku sudah la.. cuma ada dua ratus  orang. Ustaz aku pulak kata, kalau sorang kasi empat pun masih ada banyak lebih lagi..hahaha.. terkeluar tajuk nampaknya,next time lah cakap pasal species terancam :p

Member baik aku tengah hafal tentang taxanomic Hierarchy sebenarnya :

Kingdom - Animalia
Phylum - Chordata
Class - Mammalia
Order - Primates
Family - Hominidae
Genus - Homo
Species - Sapiens
niat aku sekadar ingin memudahkan apa yang dihafal oleh member baik aku saje.. tapi siapa lah tak salah anggap kalau tiba-tiba ko jerit :

''Aku Cantik! Menarik! Pandai! Hebat! Hang Sape ????''
saje je nak tengok reaksi classmate aku,dia pendiam orang nye..tak sangka hari tu dia kata aku ''bajeeeeeetttt gilerr '' berapa harkat dia tarik aku pun tak tahu...HAHA

selepas diberi penjelasan, baru dia faham apa yang di maksud kan aku 'cantik' dan maksud2 seterusnya.. tapi  bayangkan jika aku benar-benar riak?

mungkin barangkali aku tak ungkapkan dengan kata, cukup sekadar dalam LINTASAN HATI..
contoh, ''bajet ko hot lah? megan fox lagi hot..!''
''bajet ko alim lah.. tutup dada, tapi stokin tak pakai !''

jika semua nie terlintas dalam hati aku.. aku tak dapat bayang betapa hitamnya hati yang aku ada.. gelap, segelapnya.. mungkin dah hitam agaknya..

takut sangat jika aku terlintas macam nie, sama ada kita semua sedar atau tidak riak lah sebenarnya yang merosakkan ibadat. Ibadat yang selama ini kau tonggang tonggek atas sejadah tapi sebenarnya tak diterima pun.. dasyat kan riak?

tak kiralah sama ada, perbuatan baik apa jua sekali pun kau lakukan semuanya tidak diterima andai kata riak itu terus ada dalam diri.

Syirkul asghar (syirik kecil ) iaitu riak. Penyakit riak ini jugalah yang membuatkan para solihin dan ahli zuhud takut.. apatah orang kerdil macam aku nie? berjalan dengan penuh rasa riak atas muka bumi Allah.. zero !

Riak membuatkan diri terlalu yakin dengan kemampuan diri sendiri sehingga lupa segalanya itu datang dari Allah..

keredhaan siapa di cari? keredhaan Allah mahupun manusia ? sedangkan keikhlasan itu jelas merupakan sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar tapi Dia mampu melihatnya.

Tanya diri untuk apa semua ini? Mari sama-sama cuba tetapkan hati, semua amal kebaikkan dilakukan demi menegakkan agama-Nya.

berniaga kerana Allah..

belajar kerana Allah..

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan peliharalah sisa-sisa hidupku.

Abu Ubaidah juga menjelaskan : ''Aku belum pernah melihat seorang yang bijaksana (hakim) melainkan pada akhir katanya dia mengucapkan : ''Jika engkau menyukai agar dirimu tidak dikenali manusia, maka engkau akan mendapatkan kedudukan yang tinggi dari Allah s.w.t''


P/S : bukan sesekali itu ok, walau sekali pun tak ok! okay, ada faham ? aku mengagumi blogger-blogger humble yang tidak mengejar follower semata-mata tapi lebih kepada penyampaian bermakna lagi berbekas !

wallahu'alam.














Thursday, November 3, 2011

Maafkan aku...

Malam tu aku sedang study chemistry di bilik kawan.. aku tak bawa phone aku tinggal atas meja study dalam bilik.. selesai study aku pulang ke bilik.

Roomate aku kata, tadi ada bunyi mesej..aku capai phone. Rasanya macam tak percaya..aku macam nak nangis.. macam nak sesak nafas.. tak mungkin..mungkin semua nie tipu..takkan lah??

''Diba nie final aku... final aku lawan ragbi..ko tak pernah tengok aku main ragbi kan? Datang lah tengok..nie final.. datang lah lambat pun tak pe...''

kata-kata nie masih terngiang sampai ke hari nie.. rasa macam baru semalam aku bersembang dengan arwah.. aku tak tahu final itu ada maksud lain yang tak disangka-sangka..

 mesej yang aku terima katakan dia telah meninggal dunia buat aku rasa macam.. aku tak tahu macam mana nak gambarkan..tapi satu kehilangan yang besar tak dapat aku ungkap dengan kata-kata...

teringat kenangan masa kami darjah 5..arwah suka bercerita..macam2 cerita..ada saja nak di kongsi.. kenangan dia kejar aku dalam kelas..

masa darjah 6 walau kita tak sama kelas, kau tak pernah tak tegur aku kalau terserempak..pasti ada teguran nakal dari kau..semua tu.. seakan semalam..

sahabat..kini kau pergi..pergi buat selama-lamanya.. dan aku.. harapan terakhirmu tidak aku tunaikan. Kalau aku tahu pasti aku datang final ragbi tu..tapi sesesal mana pun aku sekarang aku tak dapat ulang..

serius, aku menyesal...

kali terakhir kita makan bersama..aku minta kau bacakan doa..




Namun hanya doa yang bisa ku kirimkan... Al-fatihah.

Sunday, May 15, 2011

Untuk kalian :)

Tengah malam macam nie..tak boleh pulak nak lelapkan mata..aku mula menconteng Alif, ba, ta.. memang tak ada keje.. dakwat pun nak habis, tulis2 nama rakan sekelas,kakak aku dan beberapa nama2 rakan blogger..jadi ini untuk kalian.. :) maaf untuk karya yang tak seberapa..

LOO JO YEE.


SYAHIDA FARIZA.

NAFISAH.

NURFARAHIN.

TAN SHIN WEI.

NURUL DIANA.

SAIFULLAH.

MOHD ZULFADHLI.

ALIA ROSLI.


Harap maaf kalau ada yang tersalah ejaan :P





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...