Ya, Madagascar. Bagi yang dah tengok..jom jerit sama2,
“BEST!!!” hahaha..
Jadi kali nie, aku berkongsi tentang movie Madagascar.. apa
pengajaran yang kita dapat? Banyak kan.
Dalam Madagascar 3, atau sebelum2 nie
pun kita dapat lihat watak Alex, Gloria,Marty,Melman dan watak paling aku suka
King Julien bergabung membantu sesama mereka mencari jalan penyelesaian dan
pada masa yang sama ada terpaksa hadapi pelbagai rintangan.
Untuk Madagascar 3.. pada permulaan cerita mereka cuba nak
gembirakan Alex yang rindukan New York City..jadi mereka bina segala bentuk
banggunan dari tanah liat..
Dan adegan2 seterusnya…
Marty cuba selamatkan anjing laut circus di gunung..
Gloria cuba selamatkan Melman yang tak tahu menari di tali..
Alex selamatkan anjing laut masa di zoo..
The penguins plan macam mana nak selamatkan rakan2 lain
lepas penguatkuasa haiwan yang tangkap mereka semua..
Sampai la wujud satu circus yang paling gempak.. diiringi
lagu fireworks Katy Perry..mesti siapa yang tengok movie, masa nie la rasa
inspiring giler.. the end, tu je aku nak
cakap pasal movie nie. Cartoon je kan? tapi cukup terkesan. (bagi yg tengok, tahu terkesan yang aku maksudkan)
Baiklah, jika sekadar aku tulis di blog mungkin tak terasa
best nya Madagascar nie.. pergi tengok dan nilai sendiri macam mana. Point
sebenar yang aku cuba sampaikan bukanlah keseronokkan menonton Madagascar
sahaja. Erti pengorbanan antara sahabat-sahabat itu yang cuba aku katakan.
Jika di bandingkan jauh lebih besar pengorbanan para
sahabat-sahabat nabi dulu, walau kisah sirah Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah
kita lihat dengan mata. Perjuangan mampu menitiskan air mata yang tahu
menghayati erti pengorbanan Nabi serta para sahabat baginda.
Mulakan dengan sahabat baginda Saidina Ali. Saidina Ali
sanggup menaruhkan nyawa sendiri untuk tidur di tempat Nabi Muhammad S.A.W.
Walhal beliau sendiri mengetahui risiko, nyawa bakal terancam dengan serangan
kafir Quraish.
Saidina Abu Bakar lebih rela dirinya di patuk binatang
berbisa ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang tidur di pangkuannya sehingga menitis
air mata Saidina Abu Bakar ke pipi Rasullulah menahan sakit.
Manakala kisah seorang ibu meniupkan semangat kepada kedua anak beliau,
Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz Radiallahu Anhuma,
agar berangkat dan berjihad kerana Allah dengan sebenar-benar jihad.
Di dalam Perang Uhud, berita kekalahan tentera kaum Muslimin
dan gugur syahidnya anaknya, Amru bin Muadz sampai ke pengetahuan beliau.
Namun, berita-berita tersebut ternyata kurang penting bagi ibu ini berbanding
keselamatan baginda nabi. Beliau lantas bersegera ke medan peperangan dan
melihat dengan mata kepala sendiri keadaan dan keselamatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Saat
itu juga, beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Allah seraya berkata: ”Selagi aku melihat engkau dalam keadaan yang
selamat, maka musibah ini (kematian Amru bin Muadz) adalah terasa sangat
ringan”
Kisah- kisah ini semua jauh lebih hebat dari Madagascar.
Mungkin kadang-kala aku terlintas alangkah bertuah jika aku di beri
peluang untuk berada di zaman nabi.
Lahir pada tahun ketika zaman nabi. Jika
timbul apa jua persoalan atau gelisahan boleh lansung berjumpa Nabi. Pasti hati
terasa tenang berdamping dengan kekasih Allah.
Jika aku terasa sedih lembaran Sirah Nabi menjadi kekuatan untuk aku
melangkah, kerana masalah aku tidak sebesar keperitan Nabi dan para sahabat. Aku
pujuk diri usahlah terlalu berfikir, seolah bola dunia di atas kepala.
Sedangkan apa yang telah aku lakukan untuk Islam jika aku benar mencintai Allah
dan Rasullulah? Mengetahui kerdilnya diri membuatkan masalah dan kesedihan aku terubat.Ayuh kaji sirah !
Kita remaja. Aku juga remaja. Aku juga menonton wayang, aku juga berhibur.Perkongsian
kisah para sahabat nabi bukan aku pinta kalian pergi berperang tapi cukup
sekadar berusaha berjuang melawan nafsu diri sendiri.
Remaja gemarkan hiburan. Tapi cukup hiburan sekadarnya saja,seperti
garam dalam masakan. Garam dalam masakan ditabur ‘secukup rasa’ tidak terlalu
sedikit..tidak terlalu banyak.
Di samping berhibur, jangan lupa kita tetap perlu berjuang. Jangan terlalu lalai.
“Nanti lah aku baru 19 tahun,
dah matang baru fikir soal serius nie, now enjoy babe dunia remaja..”
Tapi bagaimana ‘masa matang’ tak sempat tiba? Wallahu a’lam. Ini
nasihat buat diri saya juga.