Wednesday, April 20, 2011

Sebenarnya di rumah...


Pegawai bank segak bertali leher.. pen yang terselit rapi, jelas sebagai persediaan jika ada dokumen yang perlu disemak atau ditanda. Bekerja di bank, setiap hari sibuk dengan pelanggan.. keluar masuk duit jumlah yang bukan sekupang dua, harga emas semasa, berapa nilai mata wang berbanding negara lain, pinjaman, cagaran..

Melihat kerusi gebu, yang begitu selesa.. alangkah nikmat tubuh berlabuh di situ.. lega kaki yang tadi ke sana ke mari..

Dari tengahari bergerak ambil dokumen itu ini,naik turun tangga.. badan mula terasa berlengas, rimas dengan peluh.. bagi kerani memakai kasut bertumit tinggi.. masa begini, bagus sekali jika memanjakan tubuh dalam tab mandi dengan aroma terapi lavender, buih serta air suam yang melegakan... nyaman.

Cikgu marah.. segala serba tak kena.. bilik ohh bilik.. pandang cermin, munasabah diri.. merenung diri..
seharian ini apa yang telah dilakukan? jiwa terasa penat.. nyanyi dan nyanyi..pekik sendiri.. band indie!..lagu meluahkan rasa memberontak dalam hati..

Asap hitam..udara kotor..debu melekat di muka.. rambut terasa kesat dengan persekitaran..dia akhirnya pulang ke desa, dia gunting, dia gubah bunga mekar..taruh baja.. siram.. di belai daun pohon..dia jemu dengan kesibukan kota..kokok ayam itik, hijau sawah tetap di hati nenek..atok..

Bakat terpendam..ekoran kerjaya sebagai guru disiplin dia terpaksa menjadi contoh, genggam rotan kuat di tangan..amaran jelas bagi para pelajar yang punya niat nakal.. jauh berbatu dah nampak tapi sengaja.. memang sengaja pelajar elakkan diri..cari jalan lain akan tidak bertembung dengan dia.. dia lah guru disiplin..

Siapa kata guru disiplin serius 24 jam, dia pilih bilik air sebagai meluah segala beban di bahu yang siang tadi bertemu dengan ibu bapa, petang tadi kejar murid yang ponteng.. irama 60-an barangkali the beatles menjadi siulan dia di bilik air, kepala paip bertukar mikrofon..

Rinduuuu... si suami yang baru pulang outstation.. punya rindu menebal pada isteri yang ayu, punya resepi tersendiri membuatkan dia rasa tidak sama, meski cuba mencari lauk pauk seakan serupa dengan masakan si isteri..tapi ternyata jauh beza..

Mungkin kerana itu kita panggil...dan selalu kita sebut...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V


P/S: hargai rumah kita walau tidak sebesar mana.. walau tiada swimming pool segala..rumah itu tetap rumah manis bagi semua.. kata so sweeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttt ;)

8 comments:

  1. mcm mana best pun tempat lain,kita pasti nak blik ke rumah kita sendrii..betul tak?

    best entry ni,,

    ReplyDelete
  2. woofer- betul tu..dekat rumah paling rasa lega..

    nafisah-nak dtg rumah kamu lahhh XD

    ReplyDelete
  3. tapi bukan ke bilik tu dalam rumah? wahaha..

    ReplyDelete
  4. dtg cnie..mencra chat box..tapi x jmpe..so tnggalkn jejak kat cnie.. :)

    ReplyDelete
  5. haha! wokeyh.. kena letak chat box lak pas nie..ok sy follow jejak anda nanti.. :) thanks

    ReplyDelete
  6. hehehe..mseti kena letak..wajib 2..
    kalau owg dtg..die owg letak jejak kat c2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...