Friday, April 15, 2011

Kita sememangnya P.O.P.U.L.A.R!!


Hakikatnya memang benar kita semua popular tidak kira sama ada kuning langsat, gebu, mahupun gelap. Mungkin selama ini tiada siapa pernah menyedari hakikat itu. Kita popular di bawah satu payung yang sama. Payung yang hanya di naungi anak muda mudi punya darah yang masih panas, ingin meneroka dunia. Kita popular di bawah satu nama iaitu Remaja. 

Tidak mengapa jika ada cikgu mahupun rakan lama tidak mengingati nama kamu,itu lumrah manusia adakalanya lupa tapi percaya lah entri kali ini menunjukkan betapa popularnya aku dan kamu semua. 

Akhbar, tv..sering kali ada saja nama kita semua, remaja terlibat dengan itu dan ini.. kita hebat, semua orang kenal.. tidak kira sama ada untuk perkara buruk atau pun baik semua kategori kita rangkul. Menambahkan lagi corak tanah Malaysia.

Walau di mana kita berada, kita membawa satu nama, Remaja..








Masing-masing punya cara tersendiri dalam membawa populariti kita. Cuma dalam laluan perlu ada batasan dan keseimbangan demi membetulkan kompas yang selama ini ternyata tidak punya arah yang tepat, agar berhenti pada yang sepatutnya.

Tidak salah jika kamu minat akan rempit, tidak salah kamu minat muzik dan aku akui bunkface adalah band Malaysia yang aku minati, dan tidak salah kamu bersosial cuma perlu ada batas dan keseimbangan. 

Keberanian tidak semestinya diukur di jalan raya..ingin menunjukkan siapa terhebat, siapa yang pantas..apa yang di kejarkan? Mengapa pilih jalan raya kalau Sepang atau track lumba lain sudah ada..rempitlah sepuasnya tanpa menyusahkan sesiapa.

Muzik itu indah, bisa menyentuh jiwa..cuma jangan kamu biar muzik itu hanyut dalam diri sehingga yang lain diabaikan..tidak mengapa kamu minat akan artis tapi jangan kamu puja seperti dewa.

Sosial itu biasa kerana menjadi lumrah kita sebagai remaja punya ramai kenalan serta hakikat kita hidup dalam komuniti..cuma mengapa keakraban, kemesraan itu mesti ditunjukkan dengan sentuhan? Istilah malam masih muda menjadi alasan melepak 2, 3 pagi..



Jika ingin melihat masa hadapan negara kita..maka lihatlah generasi akan datang.

Tanah Melayu inilah tanah aku yang tidak boleh aku serah kepada orang asing namun, tanah ini boleh dikongsi bersama oleh bukan Melayu yang sudah menjadi rakyat negara ini. Aku sayang sahabat ku tidak pernah ada istilah perkauman dalam diri kami. 

SMK Main Convent Ipoh 2006-2010..








Apa pun kita kembali pada yang satu...

''Wahai anak muda!'' sebaik sahaja mendengar panggilan Baginda itu, Ibn Abbas pun menjawab : ''Ya, saya wahai Rasulullah''

Aku ingin mengajarkan beberapa kalimah kepadamu- ia berdiri dari beberapa kalimah yang disinari cahaya, kalimah hidayah, kalimah khabar gembira, kebaikan dan kebahagiaan dunia akhirat. Ia bukan kalimah panjang yang berjela-jela namun kesannya pasti menyentuh jiwa dan hati nurani-.

Jagalah Allah, pasti Dia menjagamu. Peliharalah Allah, tentunya kamu mendapatinyaNya di hadapanmu.
Kenalilah Allah pada waktu lapang, tentu Dia mengenalimu pada kesusahan. Jika kamu memohon, pohonlah pada Allah. Jika kamu inginkan pertolongan, mintalah pertolongan Allah. Ketahuilah bahawa sekiranya seluruh  umat manusia berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dalam sesuatu masalah, mereka pasti tidak akan dapat berbuat demikian melainkan ia sudah ditentukan oleh Allah kepadamu.
Malah sekiranya mereka berhimpun untuk memudharatkan kamu, mereka juga tidak akan berbuat demikian melainkan ia sudah ditakdirkan oleh Allah ke atas dirimu. Pena sudah menulis perjalanan hidup manusia dan gerak-geri mereka telah pun ditulis dalam Lauh Mahfuz. - Kitab Al-Quran berjalan.










2 comments:

  1. mansyaallah . ak tlh leka dgn hiburan dunia nyh . hopefully kte sume dpt brubah ke arah lbih baek sebelum tba masenyer ..

    ReplyDelete
  2. waktu dan keadaan sekiling mungkin dapat mengubah seseorang itu..insyaallah..jgn terlalu leka dan alpa dengan keindahan sementara..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...