Thursday, May 24, 2012

Couple Islamik, wujudkah?


Hanya kerana cinta yang tidak pasti, malu dan takut kepada Allah sudah tidak lagi bertakhta di hati.

ZINA bukan kesudahannya.

ZINA adalah permulaannya.

ZINA adalah najis maksiat.

Usah kita pergi jauh kepada zina fizikal. Zina sebenarnya bermula dengan hati yang bersih. Namun dek kerana proses evolusi cinta berbaur nafsu menyebabkan rasa fitrah bercinta bertukar kepada daerah hitam.

Hati menjadi hitam diselubungi titik-titik noda dan dosa. Sarat sekali dengan perasaan mazmumah.

Sukarnya untuk mengubah diri.

Sukarnya untuk bertaubat.

Sukarnya untuk menangis kerana Allah.

Sukarnya untuk berzikir memuji-Nya.

ZINA HATI
“Kami jarang berjumpa. Hanya berhubung dengan YM dan call. Cuma kadang-kadang saya merindui dia dan sering kali menatap gambar dia”.

Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam imaginasi kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan melakukan perkara-perkara yang mendekati zina tetapi kita tidak melakukan zina.

Zina hati ini boleh terjadi melalui medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang mengganggu kebersihan jiwa kita.

Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga hubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cintai, atau orang yang kita admire.
Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina. Perasan tak, apakah yang 
 ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina? ALLAH S.W.T berfirman “Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan itu adalah perbuatan yang buruk” (al-israa’ 17:32)

ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik dari merawat. Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan daripada kita mendekati zina. Bagaimana?

Lihatlah sabda Rasulullah s.a.w ini, “ Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”

Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah adalah berkata dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan ISLAM yang sudah ditetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita.
Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya. Apabila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.

Semua ini, mengganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, berYM itu tidak bertemu wajah, bersentuh tangan tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita sebelum tidur terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan kita.

Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Malah berkemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun solat dan membaca al-Quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa. Bagaimana? Adakah ini satu pekara yang baik?

Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikkannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadany atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.

Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri sendiri. Maka kes ini adalah AMANAH. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak.




Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh.Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya. Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.

CABARAN BUAT SI DAIE
Suatu cabaran besar buat si aktivis dakwah. “Sumpahan” ini tidak pernah kenal sasarannya termasuklah diri ini. Ingatlah ketika Allah bercerita padamu tentang Zulaikha dan Ysuf, sebenarnya Allah mahu berbicara mengenai kamu dan hakikat nafsu dalam dirimu yang sentiasa dalam persimpangan. Pilihlah jalan Yusuf dan jauhilah jalan Zulaikha. Qad shaghafaha hubba….

CINTA YANG TIDAK PASTI
Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu hari untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta yang pasti hanyalah Allah.


 P/S : Penulisan ini bukan karya saya, sebaliknya hasil pelajar perubatan UKM. Sekadar ingin saya kongsikan di blog, banyak pengisiannya :)

Monday, May 21, 2012

Terindah dalam hidupku.


Pagi itu selesai bersarapan bersama ayah, aku terus bertolak ke Meru Jaya..pada mulanya agak tersasar, kerana aku dan ayah jarang ke situ. Alhamdulilah, setelah pusing hampir dua kali akhirnya jumpa juga rumah Faris. 

Setelah mengambil Faris dan kakaknya aku bertolak ke Taman Perpaduan.
Hari nie, hari guru. 

Jadi, rasanya elok lah ambil kesempatan nie berjumpa seseorang yg banyak membantu aku sehingga menjadikan siapa aku sekarang. Cikgu Anis, adalah seorang guru yg banyak mengajar aku erti kehidupan.Dia yang mengajar aku tuisyen dari tingkatan 3 hingga 5 untuk subjek Bahasa Melayu.

Penerangan yg diajar tidak terhad kepada pembelajaran tapi diselitkan juga ilmu dunia dan akhirat.. mungkin salah satu sebab aku terbuka hati untuk memakai tudung adalah kerana bimbingan dari dia yang tidak putus memberi aku kata-kata kalimah Allah yang menyedarkan.

Jasa cikgu yang mahu melihat aku berjaya bukan sahaja di dunia bahkan akhirat, takkan aku lupa sehingga akhir hayat.

Kira-kira dalam jam 10 pagi kami tiba di tadika, kedengaran suara riang kanak-kanak apabila aku mula sampai ke pintu pagar. Seorang kanak-kanak lelaki berlari kearah aku,

“Kakak bawak apa tu? Biar saya bawa kan”

Sejuk hati..kecil lagi dah pandai apa itu erti membantu. Aku melangkah masuk ke tadika,

“Assalamualaikum cikgu Adibah!” satu suara sepakat kanak-kanak tadika di situ.

Memandang wajah mereka yang begitu ceria seperti mengharapkan sesuatu dari aku..  seketika aku rasa gementar.

Aku di minta memberi ucapan ringkas kepada mereka. Jujur aku katakan, aku tak rasa apa2 semasa sekolah rendah aku perlu bercerita di perhimpunan depan beratus rakan, aku tak gabra bila membaca ikrar di hadapan perhimpunan ketika sekolah menengah, aku tak cuak bila berdiri di dewan untuk presentation di kolej..tapi di hadapan budak tadika?? Tangan aku bergetar, lidah seakan kelu.. bahasa apa yg bagaimana ingin aku gunakan.. muka semua comel.

Terlalu formal, bimbang tak faham..
Bahasa mudah? Mudah yang bagaimana?

“Ok Assalamualaikum adik2.. kakak nak cakap, dengarlah cakap cikgu.. kalau cikgu marah, maknanya cikgu sayang kita tau”
Muka budak terkebil-kebil seolah memberi isyarat.. “apa kakak nie cakap?”

“Ok kakak bagi contoh, kalau cikgu marah jangan lari sana-sini, maknanya cikgu risau adik2 jatuh, nanti sakit…tu makna cikgu sayang kat kita, cikgu tak nak kita sakit..”

“lagi…belajarlah rajin2 nanti nak cita-cita tercapai..”

“Ha tu yg kat sana nama siapa? Dan nak jadi apa?” “lagi?”

“Saya! Nak jadi selam..suka berenang” “ohh itu kita pangil penyelam, sayang”

“saya nak jadi bomba”

“saya nak jadi pakar bedah, sambilan pulak artis!”

Hahaha..macam2 jawapan aku dapat.. kesempatan nie aku ambil untuk mengenali mereka dengan lebih rapat. Ada yang pendiam, ada juga yang berasa terpinggir bila aku mula bercakap dengan anak-anak yang lain, ada yg manja sentiasa nak duduk di peha..


  
cikgu saya nak tangkap ganbar cikgu! ini hasil nya..haha


Seterusnya Faris dan kakaknya diberi ucapan.. Faris yang sediki gabra tapi cuba cover..hahaha! Faris jangan marah yer kalau kau baca entri aku nie :P kakak faris, kelihatan tenang beri ucapan. Kak Sara, lembut dan baik orangnya walau baru sehari kenal, aku rasa senang nak bersembang dengan kak Sara. Kak Sara juga merupakan anak murid cikgu Anis semasa di tingkatan 3, dan kini belajar di UTP.

Kami dijamu dengan jamuan yang di sediakan, aku yang sibuk melayan kanak-kanak sehingga balik lupa nak minum air..penat, cikgu Anis buatkan air.. tapi kami betul2 tak perasan air tak diminum, seronok melayan budak-budak.

Bagi aku kanak-kanak itu adalah cabaran terindah buat aku. Adakalanya cabaran itu masih tak nampak kemana ia bakal berakhir  tapi sepanjang menempuhnya sungguh indah dan pengalaman yang di peroleh bukan sesuatu yang boleh di kutip di mana-mana.



Ada seorang kanak-kanak istimewa yang menghidap down sindrom di situ, kata cikgu dia kurang mesra dengan yang lain..bila terasa seperti kurang selesa, dia suka baling barang kea rah kawan yang lain.. tapi hari tu, aku rasakan dia tak seperti yang di sebut mungkin hari tu aku membelai wajah dan tangan bila bercakap dengannya. Walau aku sendiri tak pasti sama ada dia faham atau tidak itu bukan persoalan kerana pandangan matanya dia kelihatan ceria. Senyum dan suka menarik tangan aku.


Ya Allah betapa bertuahnya aku di lahirkan sempurna.. tapi Allah lebih menyayangi kanak-kanak dia sudah pasti di janjikan syurga. Sedangkan aku entah berjaya atau tidak, itu ditentukan apa yang aku dah buat dengan tubuh badan aku..membawa kaki aku ke tempat yang seperti apa?..moga setiap langkah ini di bimbing kea rah jalan-Mu..Amin.





Haikal sedikit nakal tapi seorang yang pemaaf.

Kaisara seorang yang penuh keyakinan diri, suka menyanyi dan berpantun.

Syahmira seorang pendiam, tapi jika didekati dia mahu bersembang.

Tina seorang yang sangat comel dan merendah diri.

Ada lagi tapi tak kesemuanya aku ingat nama2 mereka..wajah2 mereka sentiasa terpahat dalam hati.. Sempat juga aku memikirkan idea untuk bermain game bersama  mereka, riuh-rendah dan aku di bantu Faris yang menjadi penjaga masa. Eceh..mereka panggil dia “abang Faris!” hari tu..hahaha..

Jam hampir pukul 12.. ada juga ibu bapa yang sudah datang menjemput anak mereka..
“Mak amik petanglah, tak nak balik..hari nie ada juga cikgu baru!”
Tersentak aku. “Sayang…cikgu pun nak balik dah kejap lagi..sorry yer nanti bila2 cikgu datang sini”




 “Cikgu esok nak datang pukul berapa?”

“Cikgu tak datang sini dah, hari nie je..”

“tapi esok hari jadi saya..takkan tak nak datang?”

Mula berlenang air mata Kaisara. Aku tak boleh tengok dia menangis, rasa bersalah yang amat..

“okay cikgu janji nanti raya datang rumah Kaisara..rumah Kaisara belakang nie je kan?”

“betul?”

“Janji!”

Kalau dah berjanji kita mesti kena tunaikkan lagi pun hancurkan harapan budak kecil memang tak patut dan sangat tak bermoral, bagi aku lar. Sebab, apa yang kita buat sentiasa terpahat dalam minda mereka.Jadi, tinggal lah sesuatu yang manis dalam minda mereka untuk di kenang. Nasihat buat diri dan moga umur aku dipanjangkan untuk beraya bersama Kaisara.

Kadangkala rasa macam nak jadi budak kecil semula.
Tenang.
Tak perlu kisah apa-apa.

--------------------------------------------
... Tetapi manusia itu membesar,
kehidupan itu terus berjalan,
waktu akan terus meninggalkan,
dan kita perlu membuat pilihan.

Sentiasa mendahului arus,
atau menjadi yang ditinggalkan.

guruku, Cikgu Anis <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...