Jumaat..ramai yang balik hari jumaat nie..lepas hantar roommate aku di stesen keretapi Ipoh.. aku pun masuk kereta..
''Abah dah masuk duit dalam akaun kamu.. selalu kamu buat apa dengan duit tiap2 bulan?''
''erm kebanyakkan habis kat makanan je bah.. terasa nak makan nie..beli.. nak makan tu..beli...''
''ada belanja kawan makan?''
''a....da.. ada..tapi tak selalu la..''
''kamu jangan kedekut..kadang-kadang rezeki yang kamu dapat bukan milik kamu sorang, belajar berkongsi dengan yang lain..kongsi dengan kawan.. ingat..duit simpan dalam tangan, jangan simpan dalam hati..''
''apa abah? dalam ape?''
''hati...''
''dalam ape?''
''jangan simpan dalam hati..! ''
Ayah aku mulakan cerita,sambil aku pandang wajah tua nya yang semakin dimamah usia..sungguh aku sayang akan insan yang bergelar ayah.
''Ada satu kisah nie.. selesai solat magrib di sebuah masjid, ramai yang hulur derma dalam tabung masjid.. malam tu entah kenapa cahaya tak berapa nak terang, tambah2 pulak pakcik2 macam abah nie mata kelabu semua dah tua..selup je la dalam poket berapa ada agak2 taruh je..
ada sorang hamba Allah nie.. tak nampak berapa yang diambil dari dalam poket.. yang pasti dalam poket baju melayu dia ada sekeping RM50 dan RM1..dan hamba Allah nie pun pulang la ke rumah lepas dengar kuliah..sampai di rumah dia selup poket, dia tengok ada sekeping RM1..
Aduhhh aku nak derma seringgit bukan 50 ringgit..habis lah duit aku melayang...
Si hamba Allah nie tak senang duduk terfikir dengan 50 ringgit banyak benda yang boleh dibeli, rugi derma banyak2 ..maka, dia ambil keputusan untuk pergi ke rumah imam..dan meminta imam untuk buka peti tabung masjid demi mencari RM50 nya..
Apa abah nak cakap dekat kamu.. itu lah akibat bila simpan duit dalam hati..akibatnya, bila nak menderma terlalu banyak persoalan yang timbul..eh..banyak benda penting nak kena beli.. antara patut bagi atau tidak.. hati terasa berat nak menderma..
Abah nak kamu simpan duit dalam tangan, jangan sesekali dalam hati.. bila dalam tangan.. lebih cenderung untuk kamu hulurkan tanpa membuat pertimbangan berat seperti hati...''
Dari bahasan Ibnu Maskawaih..sumber : Lembaga Budi, Prof. Dr. Hamka.
Dia miskin. Kata Ibnu Maskawaih selanjutnya : ''Bukankah yang dikatakan orang miskin itu orang yang terlalu amat banyak keinginan dan keperluannya? Orang yang terlalu banyak keinginan, itulah orang yang paling miskin. Dan orang yang paling kaya, ialah orang yang tidak menginginkan apa-apa, tidak menghajatkan apa-apa. Oleh kerana itu tidaklah salah kalau kita ambil kesimpulan bahawasanya Allah adalah Yang Kaya dari segala yang kaya. Kerana Dialah yang tidak berhajat lagi kepada sesuatu, kerana segala sesuatu adalah kepunyaan Nya.
P/S: semoga bersama mendapat manfaat dari cerita ini..seterusnya, membaiki diri. Aku masih mencari perbezaan di antara syarah dan bakhil. siapa tahu? harap dapat berkongsi :) As salam...
emm susah apabila harta dunia diutamakan melebihi segala2nya...
ReplyDelete