Alhamdulillah,
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah .. Rasanya aku ucap
berapa kali alhamdulillah pun belum cukup untuk balas segala nikmat yang telah
Allah kurniakan pada aku.
Tak
tahu title apa yang nak di letakkan untuk entri kali nie.. memandangkan hari
nie adalah salah satu tarikh paling bermakna maka aku pilih 13 March sebagai
tajuk.. *senyum lebar* hati gembira sekali..hew hew :3
Dari
mana aku nak mula nie.. ? bismillah aku mulakan apa yang dah jadi dengan aku..
Aku
seorang yang tak sempurna dari segi kesihatannya. Selama berapa lama aku hidup
nie, aku selalu sangat bergantung pada ubat. (Sakit apa ? biar rahsia je la
k..jangan tanya) lumrah bertukar-tukar ubat tu memang dah jadi permainan dalam
hidup Adibah Ishak.
Pendek
kan cerita dalam 3 tahun nie ada satu ubat yang betul2 aku rasa sesuai sebab
kesannya cepat.. bila makan aku rasa badan macam tak mudah lemah.. kos untuk
ubat nie hampir mencecah RM500. Kata mama dia tak kesah, asalkan aku sembuh..
(Padahal aku bukannya orang kaya punnnn ) so bayangkan setiap kali jumpa kena
spend jumlah macam tuu..dan aku kena jumpa doktor setiap dua minggu sekali..
haaa darab sendiri berapa habaq hang !
Boleh
bayang tak berapa banyak duit mama dah habis dekat seorang je anak dia ? memang
dia kata tak pe.. dia sanggup.. tapi aku sebagai anak nie rasa seolah seperti
beban saja pada dia.
Dan
begitulah aku tak bertukar ubat lagi, sebab ubat nie macam dah ngam badan aku..
sampai lah 1 march..
#1
March 2013
Selalunya
bila mama balik dari pejabat itu lah benda paling aku seronok.. yelaaa even cuti sekali pun aku hanya jumpa
mama petang, malam..sebelah pagi sekejap jee.. so, bila dia pulang aku dah
tersengih macam kerang busuk depan pintu..
Tapi
hari tu, muka dia masam. Kalah cuka. Dalam hati aku dah mula risau, fikir la
kot2 apa2 yang dia pesan aku tak buat.. checklist.. rumah kemas je, kain sidai,
bilik walaupun tak berapa kemas masih dalam keadaan terkawal. Dah tuuu apa
silapnya ?
Aku
pun tanya “mama kenapa ? adik ada buat salah ke… ?” “mama sedih sangat..” air
mata dia dah bertakung.. aku bertambah cuak, aku paling tak boleh tengok mama
nangis..
Lepas
dia dah cool down gituuu baru dia start cerita.. katanya dia pergi berjumpa
salah seorang doktor baru untuk belikan ubat aku. Doktor tu tanya beberapa
soalan pada mama..
“Puan..ubat
nie untuk siapa ?”
“anak
puan sakit apa ?”
“Berapa
tahun dia dah makan ubat nie ?”
Mama
pun jawab satu persatu soalan doktor tuu.. selesai beli ubat. Mama pun melangkah
keluar dari situ…hampir ke pintu keluar.
Tiba2
doktor tadi lari berkejaran panggil mama dari belakang.. “puan
sekejap..sekejap..! saya nak bagi tahu puan sesuatu.. “ (aku rasa dialognya
lebih kurang macam gini lah dari ikut mama aku cerita.. )
"sebenarnya
ubat yang anak puan makan tu sejenis ubat yang sangat kuat kesannya. Boleh
rosakkan hati. Anak puan dah bertahun makan dan saya rasa anak puan……..”
Kata
mama bila je doktor tu cakap macam tuuu.. kaki dia terasa lemah, tak boleh nak
melangkah dah.. dia jenis payah nak nangis depan orang lain.. jadi dia tahan
sedih dia sebolehnya.. kembali ke tempat kerja.. menahan sebak..
Sampai
rumah.. banjir terus depan aku.. T.T
Serius
aku tak kesah apa yang jadi kat aku, hati dah nak rosak, rosaklah..tapi aku
sangat serabut tengok mama susah hati..mata yang merah tak berhenti menangis..
Otak
aku punya dah serabut seperti twisted wire.. menjadi mind twisted tahap
dewa. Capai phone tengok contact list..
aku rasa nak luah kat someone..
Alhamdulillah member baik aku angkat. Kami tak selalu contact.. jarang
sangat. Aku rasa sebulan sekali pun payah kot. Hal penting je. Tapi bila hard
times macam gini aku tahu kalau aku seruuuu dia in sha Allah dia ada.. in fact,
sentiasa ada. *okay perkataan seru tu macam over.. tapi apa yg aku cuba
maksudkan adalah call yer*
Aku
sangat hargai punya sahabat macam nie.. *terharu sangat* Moga Allah lindungi
dia walau mana dia berada.
Pung
pang pung pang cerita..baruuu lega.
[
Nahhhh aku nak beri pendapat sedikit pasal nie..selalunya orang cakap kalau ada
problem kita tak perlukan sesiapa pun..cukup luahkan pada Allah. Tapi aku
percaya kepada Habluminallah wa Habluminannas… Setelah aku mengadu pada Dia yang
Maha Mendengar. Aku masih memerlukan keperluan aku sebagai manusia, komunikasi.
Simply,
aku cuma nak luahkan apa yang aku terbuku dalam dada. Memerlukan seorang untuk
mendengar. Memahami. Dan aku harap aku juga ada untuk kawan2 aku di saat mereka
memerlukan aku. ]
Member
baik aku nie suggest better aku pergi check betul ke ada penyakit hati ada
kemungkinan tak and so on sorta..sorta…
Ada
betulnya. Tapi esok aku nak pulang ke UiTM sem 2 nak mula..so aku tangguhkan
dulu.
#8
March 2013
Okayyy
tarikh nie aku baru betul free.. nak buat check-up.. the hal.. sampai ke tempoh
nie macam2 dah aku fikir… aku tak lama lagi mati lahhh.. hati dah rosak, for
sure tak ada siapa nak derma hati kat aku. Apa je aku dah berbakti kat negara ?
tak yah negara sangat laaa kan dekat parents dulu. Apa ? Habuk ! umat ? lagi
jadi debu terus.. kawan ? aku banyak sakit kan hati orang sekeliling je aku
rasa banyak lah..aku nie bahasa tak reti nak sweet.. straightforward je.. siapa
yg tahan normally itu la jadi kawan baik aku..
Sedih
rasanya kalau aku tinggalkan dunia tanpa ada amal..dengan semua orang tak
berkenan sangat perangai aku..masuk kubur kena pukul. Aiyorrr itu la aku fikir
sebelum aku tidur..
Mata
panda makin tebal rasanya.
Alhamdulillah
lepas habis kelas aku terus gerak ke Ipoh.
Aku
tunjukkan ubat yang aku makan pada doktor dan cerita semuanya.
*memang
best laaa..kena marah dengan doktor tu*
Doktor
tu kata kenapa aku memandai beli ubat sendiri.. ? dia kata bukan setakat hati
je yang boleh rosak tapi buah pinggang aku juga.
Apa
hal pulak aku beli kat Doktor Pakar kot.. ! salah satu pusat perubatan swasta
di Ipoh.. Dia buat muka terkejut pulak kan.. dia kata sebagai seorang doktor
tak sepatutnya dan tak boleh bagi ubat tu pada pesakit untuk tempoh yang lama
macam tu..
Nampak
tak permainan doktor asghtgfjjs#@!! ?? The hal kan selama nie nak untung je kan
lantak ar hati pesakit rosak punnn.. Doktor Chang yang buat blood test aku hari
tu..
[
Buat rakan2 yang mengambil course medik. Andai kata kalian berjaya. Berjaya
menjadi doktor. Jadi lah seorang doktor yang soleh dan solehah. Jadikan
Al-Quran dan sunah rujukan kalian selain kitab2 medik..bila ini kalian pegang aku percaya bila melayani pesakit, mereka lebih mudah untuk redha malah kalian juga turut terasa bahagianya berada dalam bidang ini. Sebuah medan
dakwah yang cukup besar. ]
3
kali darah aku kena ambil.. sebab aku nie badan tak banyak darah..cucuk kali
pertama tak keluar.. kali kedua dekat tempat lain ada la sikit keluar.. kali
ketiga baru boleh..
#13
March 2013
Setelah
penantian selama beberapa hari… bermacam2 aku dah fikir apa yang bakal jadi kat
mama andai aku pergi dulu.. Hari result ! sebelum tu aku nak ucapkan terima
kasih kepada teman2 rapat yang tidak putus2 untuk kata semangat dan doa dari
kalian.. 6 orang yang sangat special
dalam hidup aku. Biarlah tak ramai kawan asalkan yang sedikit itu berkualiti
dan sentiasa ada.
Aku
sayang ! Aku hargai kalian.. *hugs* (yang perempuan jerhhh..) haha
Tak
dapat aku balas semuanya moga hati kita sentiasa berbalas dengan doa. Di mana
pun kita berada.
Sekali
lagi Allah ingin menunjukkan kekuasaan-Nya. Doktor Chang terkejut dengan result
aku. Everything is perfectly normal. Dia cakap miracle ! Aku sebut
Alhamdulillah.
Speechless.
Salah
satunya aku cukup percaya ini berkat doa dari seorang ibu.
Apa
pun Allah juga lah yang mempunyai kekuasaan melakukan, mengubah segala-galanya.
Kun Fa Ya Kun. Yakin itu. Maka hati mu akan tenang menjadi hamba-Nya. Sujud
syukur atas segala-galanya.
#ApaYangAkuDapat
#ApaYangAkuMahuKongsiKan
Apa
yang aku dapat, aku bersyukur untuk segala nikmat dan ujian dari-Nya. Begitu
indah dan unik cara Dia menguji Hamba-Nya kerana kasihkan Hamba-Nya.
Apa
yang mahu kongsikan telah aku ceritakan. Oh yer ! Buat yang membaca kalau
dapatkan rawatan dari doktor make sure korang tahuuu apa kandungan ubat, apa
kesan sampingan ubat tersebut. Penting ! sangat ! *sungguh2 nie warning*
Take
care semua ! Assalamualaikum. *senyum lagi* :)
Bersyukur bersujud pada-Mu Ya Allah.. |
Kalau fikir kuat, in sha Allah kuat jadi nya.. Mentaliti seseorang sangat mempengaruhi tindakannya. |
alhamdulillah... (",)
ReplyDeletesungguh, manfaat dan mudharat hakikatnya datang dari Allah swt.. (",)
alhamdulillah :) betul tu saudara fuad ^^
ReplyDeletePray hard, stay strong, live to the fullest Adiba. :)
ReplyDeletethank you so much Dacron.. i will :) May Allah bless you.
ReplyDeleteby the way. Dacron is me, Ali Imran. Still remember right? haha :D May Allah bless you too ;)
ReplyDeletehahaha mesti lah ingat.. sama2 ponteng kelas physics padahal SPM dah dekat..lulzz..
ReplyDeletemiracle. :)
ReplyDelete