Auchhh dah hilang kesegaran cerita nie sebab busy sangat
dengan assignments, test. So di hari cuti nie la nak update blog pun. Huhuhu..
Kena belajar untuk letak priority kepada hal yang penting..ye dak ?
#13 April
Satu program dianjurkan oleh UiTM, ‘Mengubah Destini Anak
Bangsa’ (MDAB). Program amende?? Okay sebuah program yg ingin menolong anak2
Melayu yang tercicir selepas tamat SPM tidak berkesempatan untuk menyambung
pelajaran ke universiti.
Jadi kerja kami adalah pergi ke lapan buah daerah kampung
dalam kawasan Parit Buntar..Mencari..mencari mereka yang layak.
Dari batch aku 16 orang sukarelawan yang terlibat, 18 orang
senior. Tapi yang senior di hantar ke Bagan Serai bersama pensyarah pengiring,
Ustaz. Mulanya aku cuak sangat sebab ini pengalaman pertama aku handle program
macam nie.. Sekali pensyarah pengiring pun tak ada. Last minute pulak tu Ustaz
kata dia tak join ke Parit Buntar.
Sampai saja di pejabat Tok Penghulu Parit Buntar..kami
disambut mesra oleh keluarga angkat. Malu, segan, gembira, excited semua
ada. Memang terbaik keluarga angkat kami
! baik2 semuanya.
Sampai la kepada agenda bermesyuarat.. aku tak di beritahu
oleh Ustaz akan ada mesyuarat, perlu memberi ucapan segala bagai. Tiba2
“Di minta wakil dari UiTM untuk menerangkan lebih lanjut
tentang projek ini dan memberi sedikit ucapan…”
Aku pandang ko. Ko pandang aku.
“Perhhh mana la aku prepare text ucapan derr !” sempat aku
bisik kat Izzah.
Muka kerek.. bangun je lahhhh.. Alhamdulillah segala penerangan
Allah permudahkan. Aku tak tergagap, tak tergetar..confident masih ada untuk
tatap 8 wajah hensem tok penghulu setiap daerah..hehe
saya ingin menjelaskan.... |
air teh yang ganggu tumpuan.. focus please. |
hehehe..apa lah yang dibual tuuu xD |
mari kita bekerjasama ooo yeahhh ! |
Okayy bergerak ke rumah angkat keluarga masing2.. masa nie
dah malam.. aku agak penat jadi berehat sebentar sebelum tinjau2 kawasan yang
nak kami tuju esok pagi..
Wani adalah partner aku untuk program nie, juga sahabat baik
aku, yang selalu membantu aku. Ya Allah terima kasih kurniakan seorang teman
seperti dia.
Ambil masa dalam 15 minit round dengan moto malam tu untuk
tengok kawasan mana kami patut pergi keesokan pagi.. Berapa tahun tak naik
moto..rasa seperti kembali ke alam remaja ! Hew hew.. Wani yang bawak.. aku
moto pun tak tahu bawak. Haha sedeyyyhhhh!
#14 April
Selesai solat subuh ibu angkat dah sajikan kami breakfast..
mihun goreng dan dua jenis kuih, karipap dan kuih seri muka. Aku makan bihun
dan jamah seketul kuih..
Pagi Ahad cuaca hujan.. tak seperti yang di rancang. Bapa
angkat kami terbaik, sanggup hantar kan kami dengan kereta. Terharu sangat
sebab melihat keadaan dia yang dah tua, bertongkat tapi masih semangat untuk
hantarkan kami. Aku tolak pada mulanya tapi bila dia dah bersungguh hanya Allah
mampu membalas segala kebaikan dan ucapan terima kasih tidak terhingga. Hargai
sangat :’)
ayah angkat awesome in the car ! |
Ini satu cabaran buat aku sebab aku tak tahu rumah mana yang
ada umur lingkungan 17 sampai 23 tahun. Ketuk rumah dari rumah ke
rumah..memberi aku kesempatan melihat sendiri kehidupan orang kampung..
Di sini aku dapat pengalaman yang terlalu mahal harganya
membuat aku lebih menghargai kehidupan yang aku nikmati selama nie.. Ada sebuah
rumah yang aku kunjungi, punya seorang nenek yang terbaring.. aku lihat makanan
disisinya yang bersemut.. nenek yang menghidap strok tak boleh
bercakap..tinggal bersama anak dan tiga orang cucu.
Selama ini terlalu banyak rungutan.. line connection
internet slow nak bengang, makanan tak berapa sedap, tak selera sangat nak
makan ..itu ini.. terlalu banyak yang merungut ..jika dibanding kehidupan
mereka di kampung aku jauh lebih beruntung. Malu. Malu dengan diri sendiri. Apa
Diba kau ingat ko anak raja ke ? Tuuu bukak mata dan minda tengok sendiri,
hayati sendiri ! Tak reti bersyukur ka !
Di luar rumah seorang pak cik sedang menangkap belut bersama
seorang adik kecil. Di situ aku rasa tercabar bagaimana seorang anak kecil
mampu untuk pegang belut begitu relax? Wani dah geli. Aku ambil kesempatan
untuk mencuba.. Yeahh berjaya tekan seekor belut..payah sangat nak pegang aihh
licinnnn naaa.. aku tekan2 terus belut tu..ngahaha !
handal adik nie..relax jeee |
yeahhh aku berjaya pegang.. ko ada ? hehe |
cara menangkap belut.. rezeki Allah luas terbentang..mereka berusaha :') |
Next, alhamdulillah berjaya jumpa calon yang layak..jeng3
bersungguh dia isi borang kan.. Semoga permohonan adik2 semua di terima..hargai peluang yang diberi dan belajar
bersungguh2 berjaya dunia akhirat..Amin..
adik, program ini adalah tentang.... |
ya adik..sila isi borang nieee...lengkap. |
sijil lahir nak jugak ke kak? |
Dalam sekitar pukul 10 cuaca dah okayyy..aku pujuk bapa dan
ibu angkat pulang ke rumah..Mana tidaknya tunggu kami sampai tertido dalam
kereta. Dia pesan, kalau dah selesai kerja..nanti call dia datang ambil..
Aku
senggih je. Tak cakap ya pun. Ngehehehe
Pasai nya bila selesai tugasan..gua dengan Wani teringin nak
jalan kat sawah padi jalan kaki !! Ahhhhh tenangnya.. freedom!! Jauh dari
kesibukan assignments.. nasib gua tak jumpa sungai kalau takkkkkk..mesti dah
terjun.
dari dalam kereta.. |
Wani excited ada buah ciku katanya.. xD |
jauh perjalanan luas permandangan... |
Mesra alam.. |
yang muda hormati yang tua..yang tua bimbing yang muda. |
Merenung ke luar jendela melihat kebesaran-Nya. |
Aku dengan Wani ambil keputusan untuk singgah sebentar..
bertanya khabar..aku cuba bukak topik tentang anak..
“pak cik ada anak ?”
“ada..”
“mereka di mana ?”
“mereka sibuk bekerja”
Panasss gua dengar..ahh come on lah derr! lu orang busy
macam mana pun.. lu orang tak boleh kasi tinggal ayah tepi hutan duduk kat
pondok sorang2.. masa kecik sapa lah yang jaga anak2 sampai berjaya..??
Aku harap sangat Allah lindungi aku tak jadikan hati aku
keras hati sampai sanggup buat kat mak ayah macam tuu..sesibuk mana bila aku
dah kerja nanti..jangan..jangan.. tinggalkan macam tu jee. Pasti ada masa untuk
mama and abah !
Aku tak sampai hati nak tanya banyak..sebab makin lama suara
pak cik tu dah macam nak tukar menangis.. Semoga Allah kurniakan hidayah agar
terdetik hati anak2 pak cik ini untuk pulang ke kampung.. Amin..
Kami sampai ke rumah keluarga angkat.. tu diaaaaa lauk
kampung disajikan... amboiii sedapnya !
sodappppppp ! |
Alhamdulillah kenyang…
Ada yang sangat aku terharu..sebenarnya kuih muih yang aku
makan pada waktu pagi mak angkat sendiri yang buat. Bayangkan hanya untuk aku
dan Wani…dia sanggup bangun pagi untuk buat karipap dan kuih seri muka.
Ternyata layanan orang kampung nampak keikhlasan dan kemesraan mereka. Terima
kasih banyak untuk mak angkat ku. Moga Allah balas jasa baik mak.. sobs..sobs.. baik sungguh hati mu.
Sarang hae mak :) |
Banyak lagi pengalaman berjaya aku kutip tapi rasanya cukup
setakat ini aku kongsikan.. moga akan ada program seperti ini lagi..
Jutaan terima kasih kepada keluarga angkat.. in sha Allah
saya dan Wani pasti menanti peluang untuk pulang ke Parit Buntar ! Rindu semua
di sana :’) Semoga di panjangkan umur, sihat selalu dan di murahkan rezeki.
Majlis penutup..
Moga bertemu lagi..in sha Allah. |
Penutup.. ? ya tepat sekali. |
Salam dibah, bila nk update cite baru lg? dh lme x dgr news....
ReplyDeleteSalam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Saya baru menemukan blognya. Nice. Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto.
ReplyDeleteJika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang, saya bisa membantu. Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi:)