Tuesday, February 26, 2013

Ini lah training nya !


Assalamualaikum..

Aku-nie-jenis-malas-nak-update-blog-kalau-tak-ada-something-big. So obviously this is something big ! AHAH..

Baiklah tibalah masa untuk berterus-terang untuk semua nie.. ecece macam drama pulak. Okay memandangkan kawan2 dah pun tertanya-tanya “Ko training apa ke benda nie Diba ?” puas aku sorok aku training apa.. tapi ada juga yang dah tahu sebenarnya. Yang dah tahu, sekadar tahu yang aku main skateboard. Ok tu je yang dia tahu. TU JE, SKATEBOARD.

Seorang hamba Allah yang dah tahu nie punya lah sembur aku kata main skateboard nie menambah dosa, aku melakukan maksiat iaitu berkhalwat dan segala benda negatif yang di lemparkan secara satu persatu ke muka aku. Serius pedih. Tapi aku tak salah kan kawan aku nie, dia tak tahu kan jadi bermacam andaian yang terlintas dalam kepala terus sembur macam api keluar dari mulut naga.

Aku jenis tak kisah jika ada yang ingin menegur nak2 kalau teguran membina memang aku ambil port nak dengar.. tapi kalau tegur tanpa usul periksa itu bukan jadi tegur dah. Itu tuduh nama nya. Aku tak sempat nak explain pun kawan aku nie punya marah. Dia terus blah.

Jadi dah tiba masa kot untuk aku jelaskan.
Baiklah memang betul aku berlatih skateboard waktu malam, aku satu2 nya perempuan di situ. Tapi..

#1 waktu

Tuduhan yang di buat yang kata aku main sampai lewat tengah malam itu sangat tak betul. Aku mula skate dari 9.30 malam sampai lah 11.30 malam setiap hari.. setakat nie aku tak pernah main lebih dari 12.00 paling lewat pun, 11.37 atau lebih awal bergantung pada bila ayah aku sampai. Ohh yess ! Ayah aku yang hantar pergi dan balik..

Kenapa aku pilih malam ? Dah tak reti ke nak keluar siang ? Dari hari pertama aku kenal Eddy (sifu yang ajar aku skate) aku dah minta dia ajar aku waktu pagi..tapi apakan daya beliau kerja dari pagi hingga ke petang.. Satu2nya waktu beliau free adalah malam.

#2 Tempat

Siapa yang duduk sekitar Ipoh mahupun perak aku rasa kalian cukup kenal dengan Taman Polo. Okayy memang banyak kisah negatif juga lah polo nie katanya ini tempat buat projek segala bagai. Kalau seseorang itu memilih untuk buat perkara tak elok, tak kira tempat mana2 pun boleh buat maksiat. Adakah tempat yang perlu di salahkan kalau berperangai buruk itu manusia ? Kesian Taman Polo yang kena sumpah saja !

Aku bukan berlatih bawah pokok tepi kerusi tempat gelap.. aku berlatih di kawasan simen yang luas, di atas stage tempat senaman aerobik yang selalunya ramai di situ. Terang benderang dengan cahaya spotlight. Dan ada sahaja family yang datang main roller skate, long board di situ. Walaupun aku saja perempuan di situ. Mak Cik2 yang berada di situ boleh menjadi saksi aku tak buat apa-apa. Aku hanya berdiri atas skateboard dan ride dengan bahagianya.

#3 Batasan

Memandangkan aku seorang je perempuan di situ. Obviously sangat tak manis. Ya aku cukup tahu itu. Tapi niat aku dan minat aku bukan kerana untuk lepak bersama kawan2 lelaki.. tapi adalah kerana minat. Entah lah aku nie dari kecik minat berenang, minat moto besar, sukan lasak semuanya ke arah sukan yang lelaki ceburi.. Aku tak boleh nak ubah siapa diri aku, buang apa yang aku minat macam tu je.

Alhamdulillah setakat nie, aku betul2 menjaga hubungan antara kawan berlainan jantina.. cakap apa yang perlu, bergurau sekadarnya. Aku tak bermain bertepuk tampar , ataupun menggedik di situ.

#4 Keluarga

Okay ini salah satu sumber kekuatan untuk aku. Keluarga. Terima kasih Ya Allah untuk keluarga yang memahami. Apa pun jua, kekuatan itu datang dari Allah.

Mama, abah, akak..cukup kenal perangai aku bagaimana. Mama memberi kepercayaan untuk aku lakukan apa saja minat yang ingin aku lakukan. Sebagai seorang anak aku sangat hargai untuk segala sokongan yang mama bagi jadi aku takkan khianati kepercayaan mama.

Abah pada mulanya agak pelik tapi lama kelamaan dia cuba untuk terima dan akhirnya dia bagi sepenuh sokongan untuk aku. “Kalau nak buat sesuatu jangan hangat taik ayam.. Main skateboard.. main biar jadi sampai profesional !” Serius kali pertama aku dengar ayah aku cakap macam tu timbul rasa terharu sangat.. Nak nangis pun ada..gembira, terharu semua di gaul sebati.

Uncle dan Auntie juga pernah temankan aku sekali skate. Happy sepupu perempuan aku pun ada sekali.. malam tu sangat best. Melihat uncle yang tak kekok untuk senyum dengan kawan2.. auntie yang ramah tegur kawan2.. buat aku rasa minat aku nie di restui juga lah oleh saudara mara..hehe

*padahal dalam hati dah cuak, apa yang saudara mara akan fikir*

#5 Kawan2

Okay nie panjang sangat nak olah. Rasa nak sebut je nama sorang2 kawan2 skater aku yang awesome nie.  Pasal kawan2 ini aku buat entri lain khas untuk diorang ! hehe

Maaf salah silap atas salah faham selama nie. Ada betulnya, aku bukan Muslimah yang baik. Aku tak harap orang pandang aku Muslimah yang baik pun.. fakta : aku bukan baik pun.

Harapan untuk segala-galanya aku buat diredhai Allah. Itu saja.

Enjoy the pics ! jumpa lagi…








1 comment:

  1. urmm awak ni still main skate ke?sbb sye law boleh nak join awak main skate

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...