Thursday, November 10, 2011

Senjata kita.

Aku, ko, korang..diorang..semua itu orang.. orang dekat ceruk kutub utara pun ada senjata nie.. Walaupun disebut 'senjata kita' tapi hakikat setiap orang punya senjata nie, kita tak perlu berkongsi dan lebih bagus kita boleh guna senjata pada bila-bila masa tapi sayang kita selalu guna bila masa susah, dilanda musibah.. Ya, itulah senjata umat Islam..DOA.

Doa merupakan senjata yang begitu kuat sehingga jauh lebih kuat dari

 kereta kebal......


mahupun bom nuklear..



Dipetik dari Al-Quran berjalan (Rahmat sekalian alam)-Dr. Aidh Bin Abdullah Al- Zarni.

masih ingat peperangan uhud? setelah bermusyawarah baginda bertawakal..


...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah... (Surah Ali-Imran : 159)

Tatkala Allah Subhanahu wa Ta'ala melihat para kekasihNya yang berjumlah 700 orang melawan pasukan musuh yang memiliki jumlah pasukan yang lebih ramai, Dia menurunkan para malaikatNya bagi membantu pasukan kaum muslimin.

Sa'ad bin Abu Waqqash berkata: ''Aku melihat dua malaikat turun di atas bukit Uhud dan mengenakan  pakaian putih.''

Pasukan malaikat ini dipimpin oleh malaikat Jibril 'Alaihissalam.

Dia selalunya bertanggungjawab untuk memporak-perandakkan pasukan musuh dan menurunkan bala bencana ke atas sesuatu kaum yang dimurkai Allah. Malah, kejadian letusan gunung berapi, tanah runtuh, gempa bumi dan mengubah fizikal manusia adalah dilakukan oleh malaikat Jibril berdasarkan perintah Allah Azza wa Jalla kepadanya.

Hissan berkata :

Ramai pasukan musuh yang mati semasa Badar;
Jibril di bawah bendera kami membantu Muhammad.

Semoga Allah sentiasa mencurahkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan malaikat Jibril 'Alaihissalam.

Kisah peperangan uhud tadi menunjukkan kuasa sebuah doa yang dimakbulkan.

Kenapa berdoa?
ke mana kita selalu gantungkan harapan kita? boypren? Tan Sri atau harta? sudah tentu tidak.. kita seharusnya menggantungkan harapan kita kepada Allah S.W.T dalam apa jua yang kita lakukan. Tidak kira sama ada kita mahukan kejayaan dalam pelajaran atau berjaya dalam bisnes sekali pun kita hanya berharap kepada-Nya. Allah berkuasa memberikan apa yang di kehendaki-Nya. Percayalah sesungguh bila kita benar-benar yakin akan rezeki itu kurniaan Allah hati akan menjadi tenang.. cuba bayangkan..


kapal yang anda naiki meletup dan karam..dan pada masa itu hanya anda dan beberapa orang terselamat dengan berpaut pada serpihan kayu..pasti hati cemas tak tahu apa harus dilakukan.. di sini anda gunakan senjata..berdoa tanpa henti mengharapkan bantuan bakal tiba.. 

apa jadi sekiranya anda seorang yang tidak beragama? sudah pasti anda tidak terlintas lansung untuk berdoa.. apa pentingnya berdoa? tak tahu bagaimana nak berdoa..alangkah rugi.. dan berkemungkinan mengambil jalan pintas membunuh diri. 

Selain dari menggantungkan harapan..doa adalah lambang cinta.. c i n t a.. cinta~~~ sebut banyak kali..


Love!
Love!
Love!

kata sayang awek.. kata sayang balak.. amboi..awek no 1 nampak..! jangan2.. kata sayang mak.. kata sayang ayah..takkan setakat kata sayang je.. larat ke hari2 setiap minit cakap macam nie

''mak..saya sayang mak''

''ayah..saya sayang ayah''

sebut setiap minit tau! sebab nak buktikan rasa sayang la katakan..pasti mak ayah pelik ''asal la anak aku nie?''

dekat awek or balak hantar text  ''i love you sayang'' korbankan kredit hantar setiap SAAT k? 

fikir balik..macam tu ke cara kita kalau betul sayangkan seseorang..? cukup sekadar kata tanpa buat apa-apa.

Kalau benar kita sayangkan seseorang..berdoalah untuk dia. Tak lain, tak bukan tak ada apa lagi yang kita nak kecuali mahukan orang disayangi itu dikurniakan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan yang baik.
Bagi aku itulah cara romantik dan paling berani sebab kita luahkan dalam hati dan hanya diri kita sahaja yang tahu. Tanpa pengetahuan orang yang kita doakan.. sayang seseorang bukan bererti kita wajib memiliki dia tapi melihat orang yang disayangi hidup dengan baik.. itu dah cukup.. 

tak puas hati? nak memiliki dia jugak? berbaloi ke kalau dapat memiliki tapi si dia lansung tak bahagia.. hidup tak ceria bersama tapi lebih kepada terpaksa. Sudah pasti anda pun terseksa tengok dia macam tu.. relax la korang, jodoh pertemuan di tangan Allah.. aku tahu korang frust sebab pertemuan memang dah ada, banyak pulak tu tak tahu berapa pertemuan korang dah jumpa..tapi jodoh  je belum ada.. sabar k..nak study ke nak kawin? ngeeee~

Penting sekali..Doa kesihatan mak ayah sentiasa sihat, di panjang kan umur..diberikan ketenangan, dah semoga Allah mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita semasa kecil.. :)

cabaran berdoa.
kalau nak buat baik..memang banyak cabaran dan godaan tapi jangan sesekali kita berputus asa dari rahmat Allah S.W.T kerana sesungguhnya Allah S.W.T itu maha mendengar.. 

mungkin adakalanya kita merasakan doa kita tidak di makbulkan..atau anda rasa tiada apa-apa perubahan dalam hidup anda.. percayalah aku pernah rasa benda yang sama.. sehingga membuatkan mak aku menangis..

benda nie jadi masa aku sekolah rendah..mak aku lama tak nampak aku solat.. mak aku tanya kenapa lama tak solat dengan muka tak malu aku jawab ''buat apa nak solat kalau banyak kali doa tak dapat?''

dengar jawapan tuu..mak aku terlopong.. bodoh betul aku masa tu.. minta rasa sombong kepada pencipta di buang jauh dari aku, jangan di tarik nikmat iman Ya Allah..

Allah tidak memakbulkan terus permintaan kita, tetapi Allah gantikan dengan yang lain. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Percayalah. Bersangka baiklah pada Allah.

Adab berdoa.
Kalau adab nie..biar aku bagi situasi yang aku sendiri alami.. 

Situasi 1 : tengah solat, tiba-tiba phone bunyi..apa lagi kepala dah bertumpu pada phone..aku pun solat macam bullet train kat jepun tu.. lansung tak ada tomakninah.. orang macam nie di katakan mencuri dalam solat.. rukuk, sujud macam pacat..

shinkansen-bullet train.

Dah tuuu..kalau dah selalu mencuri dalam solat..rasanya doa dimakbulkan ke?

situasi 2 : zaman sekolah menengah aku memang jahil, aku memang tak solat..tapi bila mak bebel..aku nak ambil hati dia..jadi aku buat2 la solat..

dah la jarang sangat solat..tapi doa panjang gilerr

''Ya Allah aku memohon pertolongan untuk.......
Ya Allah aku berharap agar.....
Ya Allah kurniakan lah aku........''

selesai aku amin kan doa baru aku perasan yang........


Dah tuuuuu macam mana?? 

senang cakap, apa kita buat biarlah seiring.. perangai dan doa tu biar la sama cantik sama padan.

Wallahu'alam..

P/S: doa jangan tak doa ! lagi banyak lagi bagus :)





















9 comments:

  1. Sangat2 bermakna.
    Puas hati rasa bc n3 panjang macam ni... ^^,
    Semua tersurat...
    Btw, tersenyum juga bila part 'selesai' 2...
    (^-^)y

    "Waroj'ana ilallah~~~~"

    ReplyDelete
  2. pang!!! *tampar muka sendiri.. macam x caya rumah tua muslimah dtg blog sy..huhu..

    terima kasih :') tu la pasal mula2 x perasan.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Banyak yang tersurat dan tersirat. MOga kita lebih meng-imankan diri kepada Allah. :)

    ReplyDelete
  4. inshaallah..moga kita semua bersatu mendekat diri kepada-Nya :)

    ReplyDelete
  5. membaca sambil tersenyum.. (",)... nice story...

    kebanyakan negara berusaha menyediakan senjata perang yg hebat2...

    tapi banyak juga yg lupa untuk menyediakan askar perang yg punya senjata doa yg hebat..

    kalau askar pun tak solat, macamana nk dapat bantuan Allah?? tampak sukar kan.. T_T

    ReplyDelete
  6. terima kasih fuad :)

    berat2 kalau askar pun tak solat..kekuatan luaran dtg dari kekuatan dalaman sebenarnya.. ya sukar Y.Y

    ReplyDelete
  7. salam.

    Benar, action speak louder than words. Tunjukkan rasa sayang dengan perbuatan, bkn dgn kata-kata semata. Lagi berbekas.

    jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Berdoalah, jika tidak dimakbul di dunia, pasti menjadi pahala yang besar di akhirat nanti. InshaAllah.

    Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  8. mmg beda cara olahannye.

    ReplyDelete
  9. betul kata rumahtua dlm blogny, mmg beda cara olahannye.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...