Sunday, November 13, 2011

kenapa mereka ditarik?





Sekiranya ditanya, tiada siapa yang mahu berpisah dengan orang tersayang. Jauh dari pandangan mata, sentiasa di rindui..mahukan segalanya seperti dulu. Hati terkenang, mulut menyebut.

Ketika aku berdiri di sisi kuburnya..jujur..aku seakan masih tak percaya yang aku sedang berdiri di tanah perkuburan teman rapatku.. aku tenung tanah itu..kalau aku di jemput..apa aku mampu melepasi soalan mungkar nangkir? soalan yang hanya bisa di jawab jika bekalan mencukupi..jika tidak?

Furqan, Aishah, Maisarah,Sofea.. (bukan nama sebenar) kisah-kisah sahabatku..

Furqan sudah seperti abang ku sendiri. Furqan kehilangan adik disayangi, sebelum adik meninggal dia sekeluarga terpaksa berhadapan pelbagai ujian.. pertama ketika doktor beritahu bahawa jantung adiknya tidak mampu lagi berfungsi, kemudian mata.. sum2 tulang adiknya terpaksa di ambil lebih menyakitkan bila doktor nyatakan adiknya hanya mempunyai harapan 10 peratus untuk hidup..

Furqan terus menerus membacakan yassin di sisi katilnya mengharap keajaiban dari yang Maha Esa, agar adiknya pulih seperti biasa.

''ya Allah berikan la aku walau seminit untuk bercakap dengan angah ya Allah''

''angah, maafkan abang ngah, abang banyak buat dosa kat angah, maafkan abang..abang sayangkan angah.. jangan la angah pergi, kalau angah pergi sape nak tido dengan abang, main dengan abang, gaduh dengan abang..abang sayangkan angah..angah, tolong lah gerak jika angah dengar apa abang cakap, tolonglah bangun ngah, jangan tinggalkan abang''

namun, tiada respon dari angah.

Aishah pula hilang seseorang paling penting dalam hidupnya, orang yang susah payah melahirkannya. Walau Aishah tak pernah tunjuk wajah sedihnya pada aku, mahupun sebut rindunya pada ibu..tapi aku tahu pasti dia rindu.. Aishah bagi aku seorang sahabat yang sangat tabah..

Natural riak wajahnya walau sebenar hati derita..kalau aku berada di posisinya, aku tak tahu sama ada aku boleh jadi sekuat dia.. kerana tiada siapa yang boleh aku percaya seperti mana aku percayakan ibu ku... ibu adalah tempat aku curah segala rasa..

Kepada Aishah..aku sayang kamu! semoga kamu terus kuat.. 

Lebih perit buat Maisarah.. pagi tu, Maisarah menaiki bas sekolah seperti biasa.. sampai di sebuah simpang.. uncle bas menjerit..

''tengok2 ada orang kemalangan..tapi confirm dah mati..sebab polis dah tutup dengan plastik hitam..''

Maisarah lekas2 menuju ke arah tingkap.. keadaan jalan raya penuh di selaputi darah..membuatkan Maisarah terasa seram..melihat semua tu..tak sanggup untuk melihat.

Selesai kelas maths, Maisarah di panggil keluar, ayahnya kemalangan..Segala di jalan raya tadi muncul dalam kotak fikiran, dia pengsan.

''cikgu..cikgu..tolong saya cikgu..lagi seminggu nak raya..saya nak raya cikgu... saya nak raya dengan ayah !!''
itu yang keluar dari mulut bila dia tersedar.

Syukur bagi kita pada tahun ini yang masih punya kesempatan beraya bersama ayah dan bonda. 

Berlainan pula dengan Sofea.. Sofea sahabatku tidak kehilangan nyawa orang yang disayangi.. namun, terpaksa berjauhan dengan orang yang di sayangi cukup menyeksakan.

Sofea adalah gadis cina yang memeluk Islam. Tekad dia memilih Islam membuatkan dia di pulaukan keluarga.. tiada siapa menjadi tempat mengadu kasih.. walau aku ada, tapi itu tak sama seperti keluarga sendiri.. aku dengar tangisannya hingga lewat pagi..

Cabaran hebat seorang mualaf tidak cukup dengan di pulaukan keluarga..malah sahabat-sahabat yang dulu rapat turut pergi. Cabaran hebat bagi dirinya bila dia dipaksa makan babi bila dia pulang ke rumah oleh keluarganya..sengaja di hidangkan arak.. dia tetap memilih Allah yang Esa.

Mengapa orang yang kita sayang di tarik ? 
Aku tanya soalan ini pada diri sendiri ketika sahabat baik aku meninggal, berkali-kali aku persoalkan seolah tidak boleh menerima kenyataan. Tiada jawapan mampu aku berikan.
Apa tujuan Nabi Muhammad di utuskan ? Sebagai panduan kepada seluruh umat manusia, dan ketika lahirnya bercahaya..

Kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sungguh diliputi oleh pelbagai musibah dan penuh tragedi. Ayahnya meninggal dunia tatkala ibunya sedang mengandung. Tak lama kemudian, ibunya meninggal dunia dan dipelihara oleh datuknya yang bernama Abdul Muthalib. Datuknya pun meninggal dunia dan kemudian diasuh oleh bapa saudaranya yang bernama Abu Thalib. Tak lama kemudian bapa saudaranya juga meninggal dunia dan beliau berkahwin dengan Khadijah. Tak lama Khadijah juga meninggal dunia. Mengapa semua ini terjadi? Apakah hikmah di sebalik mesibah demi musibah ini ?

Sebahagian ulama berkata : Hikmah di sebalik musibah demi musibah yang menimpa Nabi Muhammad S.A.W adalah supaya tidak mempunyai tempat bergantung selain kepada Allah Ta'ala yang Yang Maha Esa.

Jadi, mungkin di kala orang yang kita sayangi ditarik jauh adalah untuk membuatkan kita ingatkan akan Dia yang maha berkuasa menghidup juga mematikan dan dikala sedih kepada Dia kita gantungkan harapan. Subhanaallah sungguh Allah S.W.T sayang akan hamba-hambaNya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman di dalam surah Muhammad, ayat 19 :

Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada (Yang Haq) melainkan Allah dan memohonlah ampunan bagi dosamu.


Rujukan : AL-Quran berjalan rahmat bagi sekalian alam karya Dr.Aidh bin Abdullah Al-Zarni.

P/S: mengapa diri ni mempersoalkan terus qada dan qadar mu Ya Allah ? Ampunkan dosaku aku tidak layak mempersoal walau sebesar zarah sekali pun. 

wahai tuhan ku tak layak ke syurga namun tak pula aku sanggup ke neraka mu.. :'(





3 comments:

  1. ye dba .tiada siapa yang boleh dipercayai seperti mana dba percayakan ibu dba... ibu adalah tempat fy slalu curah segala rasa..hmm .
    btw dba . thanx! *trharu

    myb de hikmah dsbliknyee . mngkin klu ibu fy mseh hidup lgi ., mngkin fy derhaka trhdapnye . mansyaallah .tue mngkin tdk trjadi tpi sapelah tahu melainkanNYA .

    ReplyDelete
  2. kalau fy ada pape nak share, jgn la malu.. walau kita x kenal dri skola rendah mcm yg laen.. tp diba selesa kwn dgn afy.. welcome dear ! :)

    mungkin juga..sgale nye telah ditetapkan, dan hanya Dia juga lah yg mengetahui segalanya.. Subhanaallah.

    ReplyDelete
  3. okiessss . heeeee . nti pape fy ngadu kat dba . hik3 .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...