Wednesday, October 26, 2011

zon gelap tenang.

''Dah lama saya simpan perkara nie.. dah lama saya nak cerita pada awak.. cuma jarak antara kita, membuatkan saya tak sempat nak cerita..''

''saya betul-betul buntu selepas segala pendebatan, kajian... saya keliru..saya tak tahu..saya TOTALLY LOST.. saya tak tahu sama ada jesus atau Allah mana satu yang benar? saya cuma tahu dunia ini punya satu tuhan.. persoalannya siapa? siapa? Jadi saya berdoa kepada God agar diberi petunjuk kalau dia benar-benar berkuasa tunjukkanlah saya jalan menuju ke arah Nya.''

Hujan renyai malam tu.. suasana sejuk dalam kereta, dan segala bunyi berpusat ke arah suaranya.. aku di sisinya mendengar setiap butir perkataan dengan penuh teliti, begitu juga dengan ayah ibu yang berada di kerusi depan.. abah yang dari tadi senyap..sama seperti aku, jiwa getar mendengar..

''saya ada dapat dua mimpi yang pertama..



saya mimpi bila saya buka pintu rumah saya nampak banyak mayat bergelimpangan.. tak kira sama ada  kanak-kanak, orang tua, remaja.. segala peringkat umur di situ.. saya takut.. saya takut, terdetik dalam hati ''ini ke tanda khiamat?''.. jadi saya lari sekuat hati dari situ.. sehinggalah saya tiba ke sebuah hutan.. sampai di hutan saya nampak ada seorang lelaki pakai jubah putih..saya lari dari lelaki tu, kerana bagi saya itu mungkin jelmaan hantu.. lelaki tu sempat berkata sesuatu kepada saya '' kamu.. kamu tak tahu tuhan kamu siapa...''

saya terus berlari sehingga saya sampai ke pejabat pendaftaran agama..dan di situ saya mengucap.. bukan itu saja, saya nampak banyak kawan-kawan kristian nak mengucap, memilih islam..

mimpi kedua..

masa tu saya drive kereta.. saya tak pernah drive kereta.. tetapi entah kenapa dalam mimpi tu saya drive pulak.. saya pandu sehinggalah kereta saya terbabas dalam sungai.. saya cuba lepaskan diri tapi semua pintu berkunci..air semakin penuh.. sehingga melepasi paras kepala saya tak boleh bernafas lagi...


masa tu saya rasa badan saya seolah-olah betul-betul berada di tempat kejadian... saya tak boleh bernafas ! saya hentak cermin kereta akhirnya saya tak berdaya..semua kelihatan kabur..

dan dalam mimpi tu saya bercakap '' Ya Allah..sesungguhnya aku belum bersedia untuk mati ya Allah.. berilah aku sekali lagi peluang ya Allah..'' 

berdoa...berdoa dan terus berdoa... 

dua mimpi nie membuatkan saya nekad untuk melafazkan syahadah...



---Ini kisah sahabatku.. ---

Perkongsian :

''MAHA PENYAYANG 

Walau bagaimanapun rahmat Allah tetap luas dan pintu keampunan sentiasa terbuka buat hamba-hamba Nya yang pernah tersasar. Lorong U-turn terbentang luas sehinggalah lampu kuning bertukar merah di saat nyawa sampai ke halkum. Pelbagai cara Allah memberi hidayah-Nya kepada hamba-hamba yang terpilih.

Kepelbagaian kisah hidayah dalam kehidupan ini menunjukkan betapa Penyayangnya Allah kepada hamba-Nya sehingga Rasullulah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ''Sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang disebabkan usahamu, maka ganjarannya lebih baik daripada unta merah (kenderaan yang paling mahal ketika itu)''. Hadis ini menjadi motivasi dan galakkan agar kita sentiasa berusaha menjadi sebab cahaya hidayah menerangi hati seseorang. Justeru, tanyalah diri kita tentang betapa banyakkah usaha yang kita telah lakukan untuk mengajak manusia ke arah hidayah Allah. Nasihatilah mereka, pujuklah untuk sama-sama menghadiri majlis ilmu dan membaiki diri.

Islam menggalakkan agar kita sentiasa memohon hidayah Allah. Ungkapan doa pada dua ayat terakhir surah al-Fatihah serta rangkap pertama doa qunut yang sering diulang-ulang sepanjang hari menunjukkan kita perlu sentiasa ''online'' dengan Allah di dalam kehidupan ini. Ada kalanya insan yang telah mula mengecapi hidayah Allah kembali terlalai sebelum benar-benar merasa kemanisannya'' petikan dari majalah i.

Subhanaallah sungguh Allah S.W.T menunjukkan kekuasaan serta kebesarannya.. semoga dengan perkongsian ini..aku dapat mengingatkan diri yang selalu alpa.. dan sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.. Assalamualaikum.. [1.39 a.m.]


2 comments:

  1. Nice post. May her actions be a big contribute to Islam and may Allah guide her always.

    ReplyDelete
  2. thanks epul.. lama x dengar kaba ko doe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...