Wednesday, October 26, 2011

zon gelap tenang.

''Dah lama saya simpan perkara nie.. dah lama saya nak cerita pada awak.. cuma jarak antara kita, membuatkan saya tak sempat nak cerita..''

''saya betul-betul buntu selepas segala pendebatan, kajian... saya keliru..saya tak tahu..saya TOTALLY LOST.. saya tak tahu sama ada jesus atau Allah mana satu yang benar? saya cuma tahu dunia ini punya satu tuhan.. persoalannya siapa? siapa? Jadi saya berdoa kepada God agar diberi petunjuk kalau dia benar-benar berkuasa tunjukkanlah saya jalan menuju ke arah Nya.''

Hujan renyai malam tu.. suasana sejuk dalam kereta, dan segala bunyi berpusat ke arah suaranya.. aku di sisinya mendengar setiap butir perkataan dengan penuh teliti, begitu juga dengan ayah ibu yang berada di kerusi depan.. abah yang dari tadi senyap..sama seperti aku, jiwa getar mendengar..

''saya ada dapat dua mimpi yang pertama..



saya mimpi bila saya buka pintu rumah saya nampak banyak mayat bergelimpangan.. tak kira sama ada  kanak-kanak, orang tua, remaja.. segala peringkat umur di situ.. saya takut.. saya takut, terdetik dalam hati ''ini ke tanda khiamat?''.. jadi saya lari sekuat hati dari situ.. sehinggalah saya tiba ke sebuah hutan.. sampai di hutan saya nampak ada seorang lelaki pakai jubah putih..saya lari dari lelaki tu, kerana bagi saya itu mungkin jelmaan hantu.. lelaki tu sempat berkata sesuatu kepada saya '' kamu.. kamu tak tahu tuhan kamu siapa...''

saya terus berlari sehingga saya sampai ke pejabat pendaftaran agama..dan di situ saya mengucap.. bukan itu saja, saya nampak banyak kawan-kawan kristian nak mengucap, memilih islam..

mimpi kedua..

masa tu saya drive kereta.. saya tak pernah drive kereta.. tetapi entah kenapa dalam mimpi tu saya drive pulak.. saya pandu sehinggalah kereta saya terbabas dalam sungai.. saya cuba lepaskan diri tapi semua pintu berkunci..air semakin penuh.. sehingga melepasi paras kepala saya tak boleh bernafas lagi...


masa tu saya rasa badan saya seolah-olah betul-betul berada di tempat kejadian... saya tak boleh bernafas ! saya hentak cermin kereta akhirnya saya tak berdaya..semua kelihatan kabur..

dan dalam mimpi tu saya bercakap '' Ya Allah..sesungguhnya aku belum bersedia untuk mati ya Allah.. berilah aku sekali lagi peluang ya Allah..'' 

berdoa...berdoa dan terus berdoa... 

dua mimpi nie membuatkan saya nekad untuk melafazkan syahadah...



---Ini kisah sahabatku.. ---

Perkongsian :

''MAHA PENYAYANG 

Walau bagaimanapun rahmat Allah tetap luas dan pintu keampunan sentiasa terbuka buat hamba-hamba Nya yang pernah tersasar. Lorong U-turn terbentang luas sehinggalah lampu kuning bertukar merah di saat nyawa sampai ke halkum. Pelbagai cara Allah memberi hidayah-Nya kepada hamba-hamba yang terpilih.

Kepelbagaian kisah hidayah dalam kehidupan ini menunjukkan betapa Penyayangnya Allah kepada hamba-Nya sehingga Rasullulah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ''Sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang disebabkan usahamu, maka ganjarannya lebih baik daripada unta merah (kenderaan yang paling mahal ketika itu)''. Hadis ini menjadi motivasi dan galakkan agar kita sentiasa berusaha menjadi sebab cahaya hidayah menerangi hati seseorang. Justeru, tanyalah diri kita tentang betapa banyakkah usaha yang kita telah lakukan untuk mengajak manusia ke arah hidayah Allah. Nasihatilah mereka, pujuklah untuk sama-sama menghadiri majlis ilmu dan membaiki diri.

Islam menggalakkan agar kita sentiasa memohon hidayah Allah. Ungkapan doa pada dua ayat terakhir surah al-Fatihah serta rangkap pertama doa qunut yang sering diulang-ulang sepanjang hari menunjukkan kita perlu sentiasa ''online'' dengan Allah di dalam kehidupan ini. Ada kalanya insan yang telah mula mengecapi hidayah Allah kembali terlalai sebelum benar-benar merasa kemanisannya'' petikan dari majalah i.

Subhanaallah sungguh Allah S.W.T menunjukkan kekuasaan serta kebesarannya.. semoga dengan perkongsian ini..aku dapat mengingatkan diri yang selalu alpa.. dan sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.. Assalamualaikum.. [1.39 a.m.]


Wednesday, October 19, 2011

Done !

Lega rasanya dah habis MUET... group lain muka agak tegang bila dalam kelas.. aku tak tahu kenapa group aku happy go lucky dari awal sampai la habis.. dalam happy gelak2, istifar sama2 dalam hati cuak sebenarnya..

Sama2 pergi kafe, makan.. aku duduk dengan semua group kelantan dan terengganu.. masa speaking tadi faham la apa yang dibincangkan.. tapi sampai kafe keluar bahasa kelate, ganu.. memang aku left out.. hehe.. tapi terima kasih ajak budak perak duduk sekali :)

jutaan terima kasih kepada group aku yang memang banyak tolak ansur, kerjasama bila nak berlatih.. kenangan kita sama2 sepanjang sem 1 nie takkan aku lupa..inshaallah sem 2 lebih bagus dari sebelum nie..

Selesai muet.. memang layan lagu nie sekejap.. Superman~

lepas tu study! esok FINAL exam..




Saturday, October 8, 2011

Gua baik?


What the hal guna GUA nie? antara lu wa..lu la wa... *bahasa KL gengterX.
Al kisah tetiba pagi ahad nie..gua teringat satu kisah, kisah lama purba kala.. kisah gua kena hentam dengan pembaca blog gua..mata pedih tahan ngantuk baru balik kerja, pukul 12 tengah malam..dapat 1 call~ ''macam nie ke perangai seorang perempuan bertudung? tulis kisah hidup sendiri dekat blog..cakap aib orang..bajet tulis ayat baik2 tapi perangai macam??''

Gua terkebil2, still blur.. gua diam kasi orang itu sembur gua sampai puas hati..

entri mana gua cerita aib orang ? gua ada sebut nama ke ?

Ok la malam tu penat gler 8 jam keje..pukul 12 tengah malam sampai rumah..gua hanya membalas ''maaf saya bukan malaikat mungkin kata-kata di blog ada sakitkan hati saudara.. harap dimaafkan..'' serius gua ngantuk tahap dewa..gua letak..sian mamat tu, gua kasi jawapan pendek..padahal dia sembur gua punya panjang..itu dia mesti dah buat rangka karangan sebelum call...hahaha..

Gua pun dah tukar no..kempunan mamat tunggu gua nak jawab, call2 tak dapat..sorry sebab baru sekarang gua teringat nak jawab.. XD

Ok la gua sape nak tulis benda baik2 dekat blog? ustazah bukan.. ngaji pun x sesedap peserta akademik Al-Quran..layak ke gua nak cakap pasal agama kan? kan? Perangai pun teruk..betul tu, memang gua tak layak bak kata lu tu..

TAPI.............

sebelum gua jawab..gua mohon anggap saja jawapan gua bukan penting ketepatannya tetapi anggaplah sebagai respon perbincangan dalam mencari sesuatu yang lebih tepat..gua tak kata bahawa perkara yang bakal gua ketengahkan ini sesutu yang benar tapi inshaallah boleh dijadikan batu loncatan untuk mencari kebenaran, Wallahualam..gua masih belajar. Mohon tunjuk ajar..

Jadi respon gua...

1. Gua tak pernah rasa gua BAIK.. kalau ada pernah terlintas rasa BAIK itulah paling TAK BAIK, riak! rasa diri bagus sangat..Moga Allah jauhkan itu dari gua..apa yang gua boleh katakan gua BUKAN budak BAIK tapi gua sedang berusaha ke arah menjadi lebih BAIK dari sebelumnya.

2. Gua tulis entri2 berbentuk keBAIKan bukan kerana gua dah jadi BAIK..takkkkkk! gua TAK BAIK. Tapi dengan cakap benda yang BAIK2..sekurang-kurangnya lidah terkawal dari cakap yang buruk.. takkan nak baca entri melagha je kan? perlu ada pengisian..

3.Gua pakai tudung, pergi dengar ceramah dekat masjid tidak bermaksud gua JADI BAIK 100% tapi sekurang-kurangnya telinga gua terhindar dari mendengar benda yang buruk..

Akhir kata, gua nak ucap terima kasih kerana call gua tengah malam kerana menjadi cermin buat gua. Cermin untuk gua reflek diri..melihat kekurangan diri selama nie. Maaf pada kekurangan gua, terima kasih lu bagi respon kaw2 terbaik lahhhh, gua suka orang jujur jenis terus-terang :) .. As salam.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...