Thursday, July 14, 2011

Semua yang di buat serba tak kena... kerja menimbun..

sampai satu tahap aku betul-betul down..

aku tak mampu nak fikir apa-apa lagi..

cuba...

buka chemistry.. tak boleh..

bio..tak boleh..

maths yang selama nie aku rasa senang tiba..aku rasa 5-2 pun aku tak tahuuu...

aku tolak semua....menangis.. hanya mampu menangis.. bajet lah kalau nangis semua benda boleh beres???

Kebetulan kakak aku call, aku curah segalanya..

tak ada apa pun..cuma aku asyik push diri sendiri kebelakangan nie..

sakit aku sebelum nie, buat aku tertinggal banyak benda.. mujur lah ada teman2 sebilik yang teramat baik.. memang aku sendiri tak faham..layak ke aku?

aku pengsan..aku tahu bila aku sedar aku memang dah ada atas katil dengan segala macam bau minyak dekat badan aku...

aku muntah nasi tengah hari dekat bilik lengkap sayur nasi tengahari tadi..diorang tolong mop, berbau pulak tuuu..

mereka tahan aku jangan buat apa2..cuma rehat jee..

kalau fikir siapa aku? sampai orang lap muntah aku??

sampai orang sanggup basuh kasut aku yang terkena muntah tuu??

Bagi aku terima kasih belum cukup untuk aku bayar semua jasa baik kawan-kawan aku nie..

Moga kalian berjaya dunia akhirat...

Aku kongsi kata-kata dari majalah solusi..majalah paling aku suka dan aku anggap macam makanan rohani bila waktu aku ''lapar''..

"Perjuangan pasti berhadapan dengan ujian dan cabaran. Ia ibarat lautan yang bergelora. Perjuangan itu mungkin menghadapi gelombang yang lebih hebat lagi. Perjuangan untuk hidup, melansungkan kehidupan, mencari erti kebahagian, cita-cita.. hanya mereka yang berani sahaja akan tegar meneruskan perjuangan. Sang pemberani akan utuh mempertahankan prinsip perjuangan, meskipun ramai yang telah lari meninggalkan barisan perjuangan. Mereka akan terus mara dalam perjuangan, sehingga ke titisan darah terakhir. Sang pemberani meniupkan roh kemenangan dan kejayaan yang membakar semangat rakan seperjuangan. Sang pemberani juga bersabar dengan derita perjuangan kerana itu merupakan mahar untuk menggapai syurga Allah s.w.t''

5 comments:

  1. nak kata satu je,5-2 jawpan dia 3...hehe


    Be cool ye^^

    ReplyDelete
  2. kuatkan semangat dibah :) jangan terlalu banyak fikir sangat , nanti mmudaratkan diri anda sendiri ..
    at least , kalau ada peluang masa rehat tuhh , rehatlah diri tuhh jgan nak study pulak masa rehat ..
    okay :)

    ReplyDelete
  3. Jaga kesihatan.Itu amatlah penting.take care.=)

    ReplyDelete
  4. apa yg penting,jangan mudah putus asa..jaga kesihatan ye..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...