Friday, June 24, 2011

HHN

Mengapa di sini ?
Apa di cari?
Dahulunya mungkin hanya
menebus kesilapan lalu..
Dari hari ke hari
usaha tiada mahu henti..
kerana ku tahu hasil usaha
dinikmati nanti..

Dalam kembara mencari ilmu
ada ketika dianggap remeh
penat cukup sebati
apa salahnya derita di rasai
jika wajah abah berseri,
mama tersenyum lagi..

Hati sebenarnya belum tetap pada paksi
Kadang kala terlintas pada siapa mahu aku tunjukkan
teman? lecturer? siapa hebat...
umpama mencari redha manusia.. Ya Allah jauhi aku itu..

Awal kalam salah niatnya,
jerih- perih hanya kerana 4.0
mahu sampai ke puncak
aku alpa dalam pendakian ini..
perlu ada dua..
genggam dunia.. genggam akhirat.
Lakukan kerana Lillahi Taala
dengan itu temui ketenangan diri..

Kerana..
pendakian tanpa iringan akhirat
umpama penat sampai di puncak tapi
menanti masa untuk jatuh kembali..

Tidak sesekali mahu terlibat dunia cinta murahan
kerana paradigma seumpama ini di depan mata..
di sini aku lihat pelindung paling utuh,
Iman.
kuat rohani, maka kuat fizikal..

Berpangku usaha, menongkat doa
semoga kuat H.adapi, terus H.ayati.
inshaallah N.ikmati..

12.47 a.m..

2 comments:

  1. jika hanya mengejar dunia, akhirat akan terlepas dari genggaman. Tapi jika mengejar akhirat, nescaya dunia itu sentiasa dalam genggaman. Moga Allah redha. jangan mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah, biarlah mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan manusia. Kamu harus kuat :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...